Fat Leonard Dari Malaysia Bakal Bocor Rahsia Skandal Rasuah Terburuk Tentera Laut As


 
Minderjeet Kaur -September 26, 2021‘Fat Leonard’ memberikan hadiah haram dan menaja pesta seks untuk kakitangan Blue Ridge sekurang-kurangnya 45 kali dalam tempoh tujuh tahun. (Gambar YouTube)PETALING JAYA: Leonard Glenn Francis, ahli perniagaan Malaysia yang terbabit dalam skandal rasuah terburuk Tentera Laut Amerika Syarikat, bersedia membocorkan rahsia melalui sembilan episod audio siar mingguan bermula 5 Okt ini.
Wartawan terkemuka Tom Wright daripada “Billion Dollar Whale”, yang akan menganjurkan rancangan berkenaan di saluran YouTube beliau berkata, “Anda tidak akan melihat tentera AS dengan cara yang sama lagi.”
Ini adalah kali pertama Francis bercakap secara terbuka mengenai skandal besar yang menggemparkan Tentera Laut AS membabitkan beberapa pegawai kanan.
Wright menulis di saluran YouTube Project Brazen, wawancara dengan Francis boleh didengar melalui rancangan audio siar itu di platform seperti Apple, Spotify dan lain-lain setiap minggu mulai 5 Okt.
Wartawan Wong Chun Wai dan Wright akan muncul di siaran web Wong pada 8.30 malam 28 Sept ini di Facebook dan YouTube, dengan kedua-duanya akan bercakap mengenai skandal terbesar itu sebagai pembukaan kepada pelancaran rancangan audio siar berkenaan.
Francis, 53, lazimnya dikenali sebagai “Fat Leonard”, dituduh menyediakan wang tunai, pelacur, perbelanjaan perjalanan, barangan mewah dan tiket konsert kepada ramai pegawai Tentera Laut AS, termasuk daripada Armada Ketujuh.
Dia mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan menipu pihak tentera membabitkan USD35 juta (RM146 juta), walaupun beberapa pegawai berpendapat, kerugian ditanggung tentera laut jauh lebih besar.
Menurut sumber, dia dikenakan tahanan rumah di San Diego sejak ditahan pada 2013 dan “sedang dipantau” pihak berkuasa sementara menunggu kesnya selesai.
Antara 2006 dan 2013, Francis memberikan hadiah haram, menganjurkan pesta dan menaja parti seks untuk kakitangan Blue Ridge sekurang-kurangnya 45 kali, menurut rekod mahkamah persekutuan dan dokumen tentera laut yang diperolehi The Washington Post di bawah Akta Kebebasan Maklumat.
Katanya, pegawai Blue Ridge menerima sekitar USD1 juta (RM4.19 juta) dalam bentuk hidangan gourmet, minuman keras, wang tunai, percutian, tiket penerbangan, pakaian ditempah, cerut Cuba, jam tangan mewah, daging lembu, beg tangan berjenama, perabot antik dan tiket konsert.
Akhbar itu melaporkan Francis membina rangkaian pemberi maklumat untuk memperoleh itinerari rahsia, menurut dokumen mahkamah.
“Menggunakan pengaruh hebat sebagai warga asing, dia kemudian menggesa perisiknya di Blue Ridge untuk mengubah haluan kapal pengangkut pesawat dan kapal lain ke pelabuhan dikawal syarikatnya supaya dia dengan mudah mengenakan caj berlebihan ke atas Tentera Laut bagi minyak, bekalan dan perkhidmatan lain.”
Rekod jenayah Francis bermula pada 1989 ketika dia berusia 21 tahun, apabila dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kerana memiliki dua pucuk revolver semasa terbabit dalam mengendalikan sebuah pub.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/fat-leonard-dari-malaysia-bakal-bocor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Beli Radar Tentera Terkini Dari As

Malaysia Beli Radar Tentera Terkini Dari As

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 394 hits
Malaysia beli radar tentera terkini dari AS Kementerian Pertahanan memutuskan pembelian sistem radar berpusat di darat terkini dari firma pertahanan aeroangkasa ternama Amerika Syarikat Lockheed Martin Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan...
Usahawan Tuan Ruhil Founder By Reefa Bakal Kongsi Rahsia Jutawan Di Program Dr Azizan Titan Summit 2021

Usahawan Tuan Ruhil Founder By Reefa Bakal Kongsi Rahsia Jutawan Di Program Dr Azizan Titan Summit 2021

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 766 hits
USAHAWAN TUAN RUHIL FOUNDER BY REEFA BAKAL KONGSI RAHSIA JUTAWAN DI PROGRAM DR AZIZAN TITAN SUMMIT 2021 Ya Allah seronoknya bila tengok ramai bumiputra berjaya dalam bisnes Bukan kaleng kaleng pendapatan mereka tau berjuta Dan paling serono...
Usahawan Batang Buruk Hedy S Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan Rm1 Juta Sepanjang Pkp Dalam Program Titan Summit 2021

Usahawan Batang Buruk Hedy S Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan Rm1 Juta Sepanjang Pkp Dalam Program Titan Summit 2021

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 642 hits
Usahawan Batang Buruk Hedy s Bakal Kongsi Rahsia Raih Jualan RM1 Juta Sepanjang PKP Dalam Program Titan Summit 2021 Dimana ada kemahuan disitu ada jalan Bagi saya pepatah ini sangat sinonim dengan mereka yang sedang berjuang dalam perniagaa...
Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan Richworks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik

Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan Richworks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 563 hits
Program Titan Summit 2021 Bakal Dedah Rahsia Usahawan Jutawan Titan RichWorks Kekal Raih 7 Angka Walau Semasa Pandemik l Assalamualaikum Teruja betul bila Ana baca kisah usahawan yang berjaya bergelar usahawan jutawan pada usia muda Dan pal...
Rasuah Dan Kegagalan Pm Melayu Di Malaysia

Rasuah Dan Kegagalan Pm Melayu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 399 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOF Mahathir PM4 PM7 Skandal FOREX spekulasi jual beli matawang asing Skandal BMF Bumiputera Malaysia Finance Skandal Perwaja Steel Skandal MAMINCO Skandal MAS Malaysia Airline System Skandal empangan BAKUN Sarawak Skandal PK...
Hampir 1 000 Kawasan Lembah Klang Bakal Alami Gangguan Air Selama 4 Hari

Hampir 1 000 Kawasan Lembah Klang Bakal Alami Gangguan Air Selama 4 Hari

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 257 hits
MALAYSIA NOW Gangguan tersebut dijangka bermula pada 9 pagi 13 Oktober hingga 9 malam 16 Oktober Sebanyak 998 kawasan di lima wilayah Air Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air bagi memberi laluan kerja penambahbaikan dan penyenggara...
Kerajaan Melaka Bakal Tumbang

Kerajaan Melaka Bakal Tumbang

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 375 hits
Minderjeet Kaur and Nicholas Chung PETALING JAYA Spekulasi kerajaan Melaka yang diterajui Umno bakal tumbang bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional dan Bersatu didakwa akan menyokong Pakatan Harap...
Terkini Spekulasi Politik Melaka Adakah Bakal Berlaku Pertukaran Kerajaan

Terkini Spekulasi Politik Melaka Adakah Bakal Berlaku Pertukaran Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 296 hits
Angin politik di Melaka kini mula bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan Senario itu sekali gus bakal menyaksikan melaka yang sebelum ini pernah dipimpin ph selepas Pilih...
Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

Zahid Sahkan Tiada Mn Umno Bakal Bertanding Solo Pas Gayut Pada Bersatu

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 327 hits
Ketika host my online TV menanyakan soalan sekiranya BN bertanding bersama Muafakat Nasional berapa kerusi parlimen dijangka boleh dimenangi dan berapa negeri dapat diperintah oleh gabungan itu Dengan selambanya Presiden UMNO menjawab Saya ...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit