Fast Gel Z Pen Baru Dari Faber Castell Menulis Lancar Dakwat Cepat Kering Dan Tidak Comot
FAST GEL Z PEN BARU DARI FABER-CASTELL MENULIS LANCAR, DAKWAT CEPAT KERING DAN TIDAK COMOT ! Hello Ogos ! Ya Allah. Rasa macam sekejap masa berlalu, dah masuk Ogos 2021 dah , kan? Bermulanya bulan baru. Macam biasa, mummy akan Siapkan planning Ogos, bawa planning yang lepas-lepas (yang tak lepas lepas) ke bulan Ogos pulak . Biasanya, mummy akan menulis dalam planner, diary, cash flow book dan ada beberapa buku lain . Rasa puas, bila menulis !
FAST GEL Z PEN BARU DARI FABER-CASTELL MENULIS LANCAR, DAKWAT CEPAT KERING DAN TIDAK COMOT !
Cerita tentang bab menulis ni, mummy sangat memilih pen tau. Mummy menitik beratkan pen yang selesa di pegang ketika menulis dan kelancaran waktu menulis . Kalau korang nak tahu, mummy baru je mencuba pen terbaharu dari FAST GEL Z PEN BARU DARI FABER-CASTELL MENULIS LANCAR, DAKWAT CEPAT KERING DAN TIDAK COMOT !
CIRI-CIRI FAST GEL Z PEN BARU DARI FABER-CASTELL MENULIS LANCAR, DAKWAT CEPAT KERING DAN TIDAK COMOT !
Selain FAST GEL Z PEN BARU DARI FABER-CASTELL MENULIS LANCAR, DAKWAT CEPAT KERING DAN TIDAK COMOT mummy sukakannya sebab Faber-Castell Fast Gel Z mempunyai ciri-ciri yang berikut:
• Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan• Dakwat yang pekat dan terang• Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis• Boleh diisi semula
Mata Pen Baharu Sempurna Dengan Teknologi Kelikatan Dakwat Ultra Rendah. Menawarkan Penulisan Yang Lebih Lancar. Faber-Castell Malaysia telah melancarkan Fast Gel Z, pen gel boleh retrak yang menghasilkan pengalaman penulisan yang sempurna, menjadikannya pen gel paling lancar dalam pasaran.
Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled inovatif dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan 1 rendah bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Gabungan yang inovatif ini pen Fast Gel Z memberikan pengalaman penulisan yang tiada pada pen lain di pasaran.
Teknologi mata pen baharu ini mengurangkan geseran antara kertas dan pen, menghasilkan hasil tulisan yang rata. Dalam ujian perbandingan geseran, Fast Gel Z menunjukkan tahap geseran yang paling rendah berbanding pen gel pesaing lain.
“Faber-Castell sentiasa berusaha menghasilkan produk inovatif bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar serta dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya sewaktu menulis untuk jangka waktu yang lama, menyebabkan para pengguna tidak berpuas hati. Ini telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke mercu yang berbeza” kata Andrew Woon, Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia.
“Dengan membawa teknologi terkini seperti teknologi mata pen yang sempurna dan ciri dakwat ultra licin, pelanggan dapat menikmati kepuasan penulisan sejati menggunakan Pen 1 Kelikatan merujuk kepada ukuran keupayaan cecair untuk menahan aliran. Cecair tebal tidak akan mudah mengalir apabila ia mempunyai kelikatan tinggi sementara cecair nipis akan mudah mengalir kerana ia mempunyai kelikatan rendah. Apabila dakwat kelikatan ultra rendah digunakan, hanya sedikit tekanan yang perlu digunakan pada pen - ini menghasilkan prestasi tulisan yang bersih dan lancar.
Fast Gel Z kerana ia menjamin penulisan yang mudah, terang dan garisan yang jelas, tanpa tersekat-sekat, dan tidak comot,” tambah Andrew.
Menurut Andrew lagi, pen gel merupakan segmen perniagaan yang penting bagi Faber-Castell Malaysia. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kantar, sebuah syarikat penyedia data dan perunding terkemuka dunia, pasaran bagi pen gel di Malaysia pada 2019 sudah mencecah RM43 juta.
Menurut laporan oleh Persistence Market Research pada 2020, pasaran alat tulis sedunia dijangka akan berkembang sebanyak 1.5 kali ganda pada 2030. Para pelajar merupakan penyumbang terbesar pasaran sebagai pengguna alat tulis, dan pasaran sedang menuju perkembangan di CAGR sebanyak lima peratus menjelang 2030. Dalam kesemua jenis alat tulis, pen merupakan segmen yang besar dengan pegangan sebanyak 60 peratus dalam pasaran alat tulis secara global.
Jangan lepaskan peluang untuk merasa kesempurnaan Fast Gel Z sekarang! Pen gel ini datang dalam dua varian - 0.5mm dan 0.7mm, kedua-duanya boleh didapati dengan dakwat hitam, biru dan merah.
Pen Fast Gel Z dijual pada harga RM5 setiap satu sementara dakwat isi semula pada harga RM3.50.
Boleh didapati di mana-mana kedai alat tulis dan pasar raya di seluruh negara dan juga eShop Faber-Castell di https://shop.faber-castell.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2021/08/fast-gel-z-pen-baru-dari-faber-castell.html