Lynas Kejar Masa Cari Tapak Baru Lupus Sisa Radioaktif Selepas Jas Tolak Pada April Lalu


 

KUALA LUMPUR - Syarikat perlombongan Australia Lynas Rare Earths Limited mesti membina kemudahan pelupusan tetap (PDF) berikutan keputusan Putrajaya tahun lalu untuk memperbaharui lesennya selama tiga tahun dengan beberapa syarat.
Antaranya, PDF mesti dibina dalam masa setahun. Tetapi rancangan Lynas untuk membinanya di Bukit Ketam - terletak di hutan simpan sekitar 35km dari Kuantan, Pahang - mengalami masalah susulan penolakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada April.
Lynas menunjukkan rancangan pembinaan tempat pelupusan di Bukit Ketam masih berjalan dan firma itu mendakwa JAS memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai cadangan berkenaan.

Pun begitu dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan firma itu sekarang sedang memohon kelulusan untuk membina kemudahan pelupusan tetap itu di lokasi lain.
Tapak baru PDF itu terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, di Lot 89798, yang terletak bersebelahan dengan kilang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

Sementara itu, JAS mengesahkan kepada Malaysiakini Lynas sedang mencari kawasan untuk membina PDF untuk sisa penulenan air larut lesap (WLP) yang beradioaktif di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Pegawai JAS juga berkata terma rujukan (TOR) untuk penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi tapak baru itu telah diluluskan pada 14 Julai.
Selanjutnya, JAS berkata pihaknya sedang dalam proses melakukan penilaian kesan alam sekitar untuk tapak PDF itu.
Pada 27 April, laman web JAS mendedahkan pihaknya telah menolak laporan EIA mengenai rancangan Lynas sebelum ini di Bukit Ketam. Laporan itu disediakan oleh syarikat perunding EIA AGV Environment Sdn Bhd.
Bagi tapak baru berkenaan, Gading Senggara Sdn Bhd (GSSB) kekal sebagai kontraktor untuk PDF tetapi syarikat perunding EIA yang berbeza, Dr Nik & Associates Sdn Bhd, telah dilantik.

Menurut dokumen TOR daripada sumber yang boleh dipercayai, tapak baru yang dicadangkan itu cuma dalam lingkungan 30 meter ke utara dari kilang Lynas.
Dokumen tersebut menyatakan pada asalnya terdapat lima pilihan. Antaranya, pilihan Bukit Ketam "diberhentikan" kerana terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Kuantan dan hulu sungainya menjadi sumber pengambilan air minuman.
"Tapak (baru) itu sudah ada di Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE). Oleh itu, dijangka tiada konflik penggunaan tanah. Pilihan ini dipilih sebagai pilihan terakhir."
Kerajaan Pahang bantu 'perolehan kembali' tanah
Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini, Lynas dan kontraktor PDF, GSSB nampaknya telah mencapai kesepakatan dengan kerajaan Pahang mengenai cadangan tersebut, yang akan membantu melepasi halangan berkaitan masalah tanah.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, pada surat kepada GSSB, menyatakan Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri telah "secara prinsip setuju" supaya Lot 31375 dapat digunakan sebagai lokasi alternatif untuk PDF itu.
Kerajaan negeri juga bersetuju Perbadanan Setiausaha Negeri Pahang (PSK) akan memohon untuk "perolehan kembali" bahagian Lot 31375.
Ia membabitkan tanah seluas 28.328 hektar (70 ekar) dan terletak di Mukim Sungai Karang, daerah Kuantan.
Namun kerajaan negeri juga menekankan berdasarkan prinsip "kepentingan umum", tapak pelupusan sampah tidak boleh dibina di kawasan perindustrian dan sisa penulenan air larut lesap (WLP) beradioaktif yang terkumpul di tapak LAMP perlu dipindahkan ke tempat pembuangan tetap.
Malaysiakini belum dapat mengesahkan kesahihan dokumen yang didedahkan itu secara bebas.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Sallehuddin Ishak, Lynas Malaysia dan GSSB tidak menjawab pertanyaan Malaysiakini setakat laporan ini ditulis.
Keluasan tanah, simpanan sisa lebih kecil
PDF yang dicadangkan di Gebeng memerlukan keluasan tanah yang lebih kecil berbanding rancangan sebelum ini di Bukit Ketam. Kapasiti simpanan telah dikurangkan sebanyak 18 peratus.
Tapak Bukit Ketam yang dicadangkan melibatkan tanah seluas 58.25 hektar. Rancangan asalnya membina dua sel simpanan residu WLP berskala besar dengan jumlah keseluruhan 1.35 juta meter padu, bersamaan dengan 540 kolam renang saiz Olimpik.

Namun, tapak cadangan baru di Gebeng kurang separuh (48.6 peratus) berbanding rancangan asalnya, dan kapasiti penyimpanan hanya 1.1 juta meter padu, atau sekitar 440 kolam renang Olimpik.
Dari segi reka bentuk, PDF baru yang dicadangkan itu akan mempunyai empat sel simpanan selari.
Terdapat dua jenis sisa utama yang dihasilkan oleh kilang pemprosesan nadir bumi Lynas iaitu, sisa penulenan air larut lesap (WLP) beradioaktif dan sisa buangan bukan radioaktif tidak berjadual Neutralization Underflow Residue (NUF).
Sisa WLP yang dihasilkan oleh Lynas telah terkumpul di lima kemudahan simpanan sisa sementara (RSF) di laman LAMPnya sejak 2012 dan lebih banyak lagi akan terus menimbun sehingga tahun 2023.
Bergegas, tarikh akhir makin dekat
Selepas bertahun-tahun bantahan dibuat, Lynas bersetuju untuk memindahkan proses pemecahan dan larut lesap (cracking and leaching), yang menghasilkan sisa WLP, kembali ke Australia menjelang Julai 2023.
Sementara itu, semua sisa WLP yang ada mesti dipindahkan ke kemudahan simpanan tetap.
Dianggarkan pada tahun 2023, jumlah sisa WLP akan menjadi sekitar 1.04 juta meter padu.
Sebelum PDF dapat dibina, sangat penting bagi Lynas untuk menyelesaikan beberapa masalah dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Untuk perkara berkaitan dengan tanah, firma itu mesti mendapat kelulusan kerajaan negeri manakala penilaian kesan alam sekitar bergantung kepada kelulusan JAS.
Di samping itu, pembaharuan lesen dan pengurusan sisa radioaktif pula bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Kerajaan Pakatan Harapan pada mulanya mahu Lynas menghantar pulang sisa WLP ke luar negara tetapi kemudian mengubah keputusannya dan sebagai ganti membenarkan Lynas membina PDF.
Selepas EIA menolak rancangan PDF di Bukit Ketam, AELB bersetuju untuk memanjangkan tarikh yang ditetapkan untuk membina PDF sehingga 2 September 2021.
Ini bermakna firma itu mempunyai masa kurang dari dua bulan untuk melakukannya.
Dalam satu kenyataan kepada parlimen pada 16 Julai tahun lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Lynas boleh kehilangan lesen operasinya jika gagal memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Putrajaya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/lynas-kejar-masa-cari-tapak-baru-lupus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Lubang Masa Nak Goreng Baru Cantik Wanita Ini Kongsi Resipi Donut Guna Sukatan Cawan

Buat Lubang Masa Nak Goreng Baru Cantik Wanita Ini Kongsi Resipi Donut Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 438 hits
Kadang kadang rasa geram bila buat donut tak segebu yang kita nak kan Kalau mama nak resipi donut yang gebu boleh ikuti resipi mudah ini Kita pandai buat donut kampung je Bahan bahan 1 2 cawan air suam 1 2 paket mauripan 1 sudu gula 1 sudu ...
Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

Peneroka Felda Tarik Nafas Lega Bersemangat Selepas Kerajaan Umum Hutang Lupus

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 308 hits
Peneroka merasa bagaikan berada dalam mimpi selepas mendengar pengumuman tersebut Suasana kabus pagi di Felda Chini Peneroka Terkejut namun bersyukur dengan keputusan kerajaan melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion m...
Pasangan Kekasih Dicekup Polis Selepas Drama Kejar Mengejar 45 Minit

Pasangan Kekasih Dicekup Polis Selepas Drama Kejar Mengejar 45 Minit

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 226 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sepasang kekasih yang cuba melarikan diri menaiki kereta diberkas polis selepas aksi kejar mengejar selama 45 minit dalam kejadian yang bermula di Permatang Tok Bidan Kepala Batas Ketua Polis Daerah Seberang Perai...
Mahkamah Tolak Permohonan Tiga Individu Cabar Keputusan Lanjut Lesen Operasi Lynas

Mahkamah Tolak Permohonan Tiga Individu Cabar Keputusan Lanjut Lesen Operasi Lynas

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR Tiga individu hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk mencabar keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas anggota Kabinetnya melanjutkan lesen kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd sel...
Selepas 227 Hari Parlimen Kembali Riuh

Selepas 227 Hari Parlimen Kembali Riuh

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 263 hits
SUDAH enam bulan atau lebih tepat 227 hari pintu Parlimen tidak dibuka Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak digunakan sejak tempoh tersebut Semuanya dek kerana penularan wabak Covid 19 yang kian meruncing Ia memaksa pemerintah melakukan lock...
Wanita Ditemui Maut Selepas Lima Hari Demam Panas

Wanita Ditemui Maut Selepas Lima Hari Demam Panas

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 298 hits
MALAYSIA DATELINEDemam panas sejak Hari Raya Aidiladha 20 Julai lalu tetapi semalam sudah ditemui sudah tidak bernyawa Nik Nurjihan Nik Mahayuddin 43 ditemui meninggal dunia akibat Covid 19 di rumahnya di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam...
Vaksin Covid 19 Terlarut Terurai Dalam Darah Selepas Jalankan Tugas Dr Suhazeli Abdullah

Vaksin Covid 19 Terlarut Terurai Dalam Darah Selepas Jalankan Tugas Dr Suhazeli Abdullah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 240 hits
Dr Suhazeli Abdullah Gambar hiasanTimbul keraguan adakah selepas vaksin swab test PCR secara automatik akan positif Sebab secara teorinya vaksin itu mengandungi virus yang dimatikan atau antibodi Covid 19 jadi swab test akan jadi positif Ra...
Mb Kedah Hilang Kredibliti Tegur Rakyat Selepas Didenda Langgar Sop

Mb Kedah Hilang Kredibliti Tegur Rakyat Selepas Didenda Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 298 hits
Pengasas Piagam Rakyat Mohamed Haniff Khatri berkata Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya menyalahkan diri bukannya rakyat atas peningkatan kes Covid 19 di Kedah kerana enggan mematuhi SOP PETALING JAYA Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md N...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan