Fasha Sandha Sebak Apabila Bekas Suami Hantar Rakaman Video Ini
Fasha Sandha dengan anak memang sangat rapat dan sangat manja. Di laman Instagram Fasha selalu sahaja memuat naik banyak gambar dia dan anak-anak selain daripada aktiviti kerja. Pendek kata, Fasha memang seorang ibu yang suka manjakan anak-anak.
Walaupun sudah berpisah dengan Jejai,namun hubungan Fasha dengan bekas suami di katakan sangat baik demi anak-anak. Mereka juga sering berhubung untuk berkongsi perkembangan anak-anak walaupun sudah tidak tinggal serumah.
Menurut Fasha dalam perkongsiannya, jika dia sibuk bekerja, anak-anak akan tinggal dengan sang ayah dan nenek.Waktu ini Fasha juga ada berkongsi perasaan bahawa dia juga pasti akan rindukan anak-anak termasuklah rindu untuk mandikan mereka dan hantar mereka ke sekolah.
Sebab itulah hanya mereka yang berada dalam situasi Fasha Sandha pasti akan memahami perasaannya sebagai seorang ibu.Dalam satu posting baru-baru ini, Fasha berkongsi bahawa dia merasa tersentuh hati apabila melihat rakaman video yang di hantar oleh bekas suaminya.
Dalam rakaman itu, di lihat anak sulung Fasha berumur 3 tahun mahu di hantar ke sekolah bersama neneknya. Neneknya pula ada masalah dengan kaki kiri menyebabkan sukar untuk masuk ke dalam kereta.
Tanpa di minta tolong, anak Fasha berusaha mengangkat kaki neneknya sendiri sehingga masuk ke dalam kereta. Fasha merasa sangat bangga melihat bagaimana anaknya menjaga sikap sepanjang berada di rumah nenek tanpa dia di sisi.
VIDEO :
https://mfadhly.net/wp-content/uploads/2018/12/fasaa.mp4
Ramai yang memuji sikap anak Fasha yang sangat penyayang pada orang tua walau usianya masih muda. Netizen juga memberi banyak sokongan kepada Fasha yang di katakan menahan rindu kepada anak-anak apabila mereka tinggal dengan bapa mereka.
SEKALIPUN berlaku perpisahan antara dia dengan bekas suami, namun itu bukan alasan untuk aktres Fasha Sandha membataskan kasih sayang Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3, dengan bapa mereka, Rizal Ashram atau Jejai.
Bagi Fasha, dia dan Jejai sepakat bahawa adalah tidak adil untuk mengheret anak-anak mereka yang masih kecil dalam kmelut yang dihadapi mereka.Dalam masa sama, Fasha dan Jejai akan berusaha melakukan yang terbaik demi kedua-dua cahaya mata mereka
“Pencraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak2 kecil yang tidak berdosa, agar anak2 membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.
“Walau apa juga ‘kisah’ di sebalik pencraian sesebuah rumahtangga biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa kerana anak2 tidak sepatutnya tahu tentang permasalahan,kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan tentang masalah,” tulis Fasha berkongsi perasaan dalam laman sosial Instagram peribadinya.
Menerusi entri tersebut, Fasha turut memuat naik fotonya bersama Jejai dan anak mereka.Luahan rasa Fasha mendapat pujian daripada peminat dan rakan artis.
Rata-rata kagum dengan pendirian Fasha sebagai ibu yang cuba memberi kebahagiaan sebaiknya buat anaknya.Fasha dan Jejai mendirikan tumah tangga pada 27 April 2012. Bagaimanapun, kedua-dua mereka bercerai pada 20 Januari 2016 selepas tidak memiliki persefahaman.
Sebelum Fasha, Jejai pernah bekahwin dengan pelakon Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.
Fasha juga bakal menamatkan zaman jandanya tahun depan selepas mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Aidil Aziz yang juga seorang pelakon pada 18 November lalu.
Sumber : KD Via layansudah
The post Fasha Sandha Sebak Apabila Bekas Suami Hantar Rakaman Video Ini appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/12/24/fasha-sandha-sebak-apabila-bekas-suami-hantar-rakaman-video-ini/