Fasha Sandha Rezeki Terindah






Aidilfitri kali ini cukup bermakna buat pasangan popular Nur Fasha Sandha Hassan dan Aidil Aziz apabila menerima berita gembira seminggu sebelum ketibaan Syawal.

Ketika menjayakan fotografi edisi Aidilfitri pada 21 Mei lalu, Fasha berkongsi, dia baru sahaja mengetahui dirinya hamil tiga minggu.

Aidil mengalir air mata kegembiraan tatkala Fasha melakukan kejutan memaklumkan dirinya kini berbadan dua. Rakaman video kejutan itu turut dikognsi Aidil di laman Instagram miliknya.

Menurut Fasha, dia dan Aidil memang mahu menimang cahaya mata secepat mungkin.

“Kami tidak seperti pasangan pengantin baru lain yang lebih suka menikmati bulan madu sebelum menimang zuriat.

“Saya memang mahukan anak lagi apatah lagi usia pun sudah mencecah 35 tahun,” katanya.

Hasil perkahwinan pertama bersama Rizal Ashram, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Kata Fasha, ini juga berkat doa anak-anak yang sejak dulu sering menyuarakan hasrat mahukan adik.

“Rayfal selalu cium perut saya dan berkata dia mahu adik. Doanya diangkat dan impiannya bakal menjadi kenyataan.

“Sebaik diberitahu mengenai kandungan ini, Rayfal dan Jemaima sangat gembira,” katanya.

Selain daripada itu kata Fasha, dia selalu berdoa setiap kali solat agar segera dikurniakan cahaya mata.

“Saya ada bacaan doa khas agar dikurniakan zuriat secepat mungkin. Syukur, Allah menerima doa saya dan diberikan rezeki secepat ini,” katanya.

Di awal kehamilan ini Fasha mengehadkan pergerakannya agar tidak terlalu lasak.

Bagaimanapun, akvititi wajib lebaran tetap diteruskan seperti biasa.

“Bagaimanapun Aidilfitri tetap disambut dengan meriah. Kunjung mengunjung tetap diteruskan seperti biasa.

“Lebih-lebih lagi kami pengantin baru, sudah tentu menziarah sanak saudara jauh dan dekat satu kemestian bagi mengeratkan silaturahim.

“Bukankah perkahwinan juga membawa makna penyatuan dua keluarga,” katanya.


KETIKA majlis perkahwinan Fasha dan Aidil.
Fasha dan Aidil bernikah pada 30 Mac lalu dan majlis resepsi berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis diikuti majlis menyambut menantu di tanah kelahiran Aidil di Rembau, Negeri Sembilan.

Bercerita mengenai rumah tangganya, Fasha bersyukur kerana bertemu jodoh dengan lelaki yang sangat menyayangi dirinya dan bertanggungjawab.

“Bayangkan sejak berbadan dua ini, abang Aidil akan memastikan saya tidak terlalu penat. Dia mahu saya dan kandungan sihat.

“Saya sebenarnya okay kerana sudah ada pengalaman. Jadi, saya tahu bagaimana hendak jaga diri dan kandungan.

“Cuma, saya faham abang Aidil risau. Maklumlah ini pengalaman pertamanya berdepan situasi isteri hamil dan bakal menimang cahaya mata,” katanya.

Hidup lebih terurus

Sementara itu, Aidil berkata hidupnya berubah selepas menyunting Fasha sebagai isteri.

Hari-hari yang dilaluinya kini jauh berbeza dengan zaman bujang dulu.

“Sekarang sudah ada yang menjaga makan pakai saya. Kalau nak tahu saya kurang gemar makan di luar.

“Jadi, saya berterima kasih kepada isteri yang setiap hari masak meskipun kini hamil. Dia pandai masak. Walaupun juadah ringkas, hasil air tangannya sangat sedap,” katanya.

Bercerita mengenai sambutan lebaran, Aidil berkata mereka tidak mengamalkan sistem giliran dan lebih senang dengan apa juga keputusan yang diputuskan bersama.

“Tiada beza beraya di mana dulu kerana famili saya mahupun keluarga Fasha tetap keluarga saya. Tahun ini kami beraya di Perlis dulu kemudian barulah pulang ke Rembau,” katanya.

Bercerita mengenai dirinya yang bakal bergelar bapa, Aidil nyata teruja dan bahagia.

Bibirnya tidak lekang mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki secepat ini.

“Ramai berpesan supaya jangan terlalu seronok bercerita kerana kandungan masih baru dan belum cecah usia tiga bulan.

“Saya sangat bersyukur dan berharap peminat mendoakan Fasha dan anak dalam kandungan sihat,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/fasha-sandha-rezeki-terindah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamil Enam Minggu Fasha Sandha Keguguran

Hamil Enam Minggu Fasha Sandha Keguguran

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 340 hits
Baru saja bulan lalu Fasha Sandha mengumumkan berita gembira bahawa dia disahkan berbadan dua namun hari ini peminat dikejutkan dengan berita sedih The post appeared first on
Ibu Minta Maaf Doktor Dah Pesan Tapi Ibu Degil Fasha Sandha Keguguran

Ibu Minta Maaf Doktor Dah Pesan Tapi Ibu Degil Fasha Sandha Keguguran

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 402 hits
Pelakon Fasha Sandha mengalami keguguran dan berita ini di maklumkan olehnya menerusi akaun instagram pagi ini Dia yang hamil pada bulan lalu redha dengan ketentuan Illahi walaupun masih bersedih Ibu mintak maaf suamiku tercinta Rayfal dan ...
Hiburan Netizen Tersentuh Hati Fasha Sandha Kongsi Video Suami Mengaji

Hiburan Netizen Tersentuh Hati Fasha Sandha Kongsi Video Suami Mengaji

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 490 hits
Menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki seorang suami yang penyayang dan paling penting sekali mempunyai didikan agama yang baik untuk mengemudi bahtera rumah tangga dengan harmoni Baru baru ini perkongsian Fasha Sandha di akaun Instagr...
Video Bagus La Rezeki Akak Fasha Dapat Suami Pandai Mengaji Menjaga Solat Netizen

Video Bagus La Rezeki Akak Fasha Dapat Suami Pandai Mengaji Menjaga Solat Netizen

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 344 hits
Jika anda mengikuti perkembangan Fasha Sandha menerusi Instagram pastinya dapat melihat kebahagiaan pasangan selebriti terkenal Fasha dan Aidil apabila Fasha berkongsi foto fotonya kepada peminat BACA Wow Post 10 Foto Sambut Birthday Rizman
Dugaan Syawal Fasha Sandha Alami Keguguran

Dugaan Syawal Fasha Sandha Alami Keguguran

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Aktres popular Fasha Sandha mengumumkan berita duka apabila mengesahkan kandungan ketiganya yang berusia hampir dua bulan mengalami keguguran Fasha 35 memberitahu perkhabaran tersebut menerusi satu kemas kini di laman Instagram...
Pertunangan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Pertunangan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 617 hits
SUMBER Nur Fasha Sandha Hassan 34 akhirnya bertunang dengan aktor Aidil Aziz sekali gus mengesahkan gosip cinta antara mereka Fasha dan Aidil bertunang dalam sebuah majlis tertutup di Ampang hari ini Majlis hanya dihadiri kaum keluarga dan ...
Diam Diam Jangan Cakap Jangan Degil Sangat Peminat Nasihat Fasha Sandha Keguguran

Diam Diam Jangan Cakap Jangan Degil Sangat Peminat Nasihat Fasha Sandha Keguguran

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 823 hits
Belum lama semalam peminat dikejutkan dengan berita sedih apabila Fasha mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu BACA Menerusi Instagram miliknya Fasha berkongsi gambar dan memohon maaf maaf kepada suami dan anak ...
Indah Ruhaila Belum Rezeki

Indah Ruhaila Belum Rezeki

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 484 hits
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina Kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka Namun tidak semu...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Auto Brewery Syndrome

Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya