Fasha Sandha Bertunang Dengan Aidil Aziz



MalaysiaGazetteRokkiah Md Noor menyarungkan cincin tanda pertunangan ke jari Fasha sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak.

KUALA LUMPUR – Aktres terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan, 34 atau panggilan komersial, Fasha Sandha akhirnya menamatkan hubungan cinta dengan aktor Aidil Aziz apabila terjalinnya ikatan pertunangan antara mereka berdua hari ini dalam sebuah majlis tertutup di Ampang.

Majlis serba sederhana itu hanya dihadiri kaum keluarga dan teman rapat atas permintaan kedua belah keluarga berlangsung selepas Asar.

Pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang dari pihak Fasha mengandungi antaranya sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.

Fasha disarungkan sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil iaitu Rokkiah Md Noor sambil disaksikan oleh ayah Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau. Ibu Fasha, Hatijah Tehman turut hadir bersama kaum keluarganya bagi memeriahkan majlis pertunangan itu.

Menurut Fasha juga pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin tahun lalu, majlis pertunangan ini adalah sangat istimewa untuk dirinya secara peribadi kerana tidak pernah melalui fasa bertunang sebelum ini meskipun pernah mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Tambah Fasha yang akan memulakan pengambaran drama bersiri Semua Salahku TV3, status janda tidak pernah menghalang untuknya berkahwin semula asalkan lelaki yang bersamanya boleh menyanyangi kedua anak-anaknya dengan baik.

“Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini. Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya.

“Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil. Dia juga cukup akrab dengan kedua anak saya dari sejak awal saya perkenalkan kepada mereka lagi. Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa, dan bijak mengambil hati mereka berdua. Malah Aidil juga pandai menghormati kedua ibu bapa dan keluarga saya,” tambah Fasha lagi.

Fasha yang mula mengenali Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 31 akhir tahun lalu selepas mereka terbabit sama dalam satu penggambaran sitkom. Sejak itu, pasangan ini mula akrab dan akhirnya tampil tanpa menafikan sebagai pasangan kekasih sekitar pertengahan tahun ini.

Aidil yang juga pengusaha perniagaan kecil mangga asam boi, Kingmangifera, menyifatkan perkenalan selama setahun bersama Fasha sudah cukup meyakinkan hatinya untuk menerima bintang terkenal ini untuk menjadi tunangannya.

“Saya sukakan sifat keibuan yang ada pada Fasha dan dia selalu menghargai orang di sekelilingnya. Sifat sederhana yang ada pada Fasha membuatkan dia disayangi ramai termasuk saya dan keluarga.

“Bohong kalau saya katakan tiada yang persoal atau memandang pelik kerana siapa saya yang masih bertatih membina nama untuk memiliki hati Fasha yang cukup besar profilnya sebagai pelakon di Malaysia.

“Namun saya percaya soal jodoh ini bukan kerja kita dan jauh sekali untuk kita persoalkan. Sudah tertulis jodoh saya dengannya dan saya menerima baik ketentuan itu. Justeru persepsi negatif atau apa saja pandangan orang lain tak perlu saya fikirkan.

“Keutamaan saya sekarang adalah bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan diri bagi membina sebuah keluarga bersama Fasha dan dua anaknya kemudian hari bila kami berkahwin.

“Saya melihat tempoh bertunang ini adalah satu fasa persediaan saya untuk memimpin sebuah keluarga tak kira dari aspek ilmu agama, kewangan, mental dan juga percaturan akan datang.

“InshaAllah saya tak nampak sebarang masalah kerana hubungan saya dan Fasha berlandaskan keikhlasan, rasa jujur antara satu sama lain dan sentiasa berkomunikasi dalam memperbaiki mana kurang dan salah.

“Alhamdulillah saya lihat ia satu perkembangan yang cukup baik untuk kami berdua sebelum berkahwin kelak”, katanya yang drama lakonannya, Cinta Lemon Madu dan Villa Ghazara kini ditayangkan di TV3. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/fasha-sandha-bertunang-dengan-aidil-aziz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Aidil Aziz Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana

Akhirnya Aidil Aziz Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 774 hits
Akhirnya Aidil Aziz Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis SederhanaAkhirnya Aidil Aziz Fasha Sandha Selamat Bertunang Dalam Satu Majlis Sederhana
Sibuk Lakukan Persiapan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Bertunang Tidak Lama Lagi

Sibuk Lakukan Persiapan Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Bertunang Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 875 hits
Mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat sejak setahun yang lalu pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka dengan orang ramai Sering memuat naik gambar berdua di akaun Instagram masing m...
Kad Sudah Diedar Fasha Sandha Aidil Bakal Bertunang

Kad Sudah Diedar Fasha Sandha Aidil Bakal Bertunang

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 600 hits
Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh Cik Pang melalui Harian Metro tahniah diucapkan buat Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz Lagipun The post appeared first on
Jejai Doakan Kebahagiaan Fasha Sandha Aidil Aziz

Jejai Doakan Kebahagiaan Fasha Sandha Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 405 hits
Berita pertunangan Fasha Sandha bukan saja menggembirakan peminat malah bekas suami Jejai juga turut mendedikasikan ucapan buat Fasha Selain ucapan tahniah Jejai The post appeared first on
Selamat Bertunang Jangan Tunggu Lama2 Ucapan Jejai Untuk Fasha Dan Aidil Buat Peminat Sebak

Selamat Bertunang Jangan Tunggu Lama2 Ucapan Jejai Untuk Fasha Dan Aidil Buat Peminat Sebak

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 681 hits
Pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang telah mengikat tali pertunangan semalam telah menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis yang telah meninggalkan ucapan di Instagram kedua dua pasangan pelakon ini Turut tidak ...
Fasha Sandha Dan Jejai Dipuji Netizen

Fasha Sandha Dan Jejai Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 387 hits
SERING meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak bersama pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya Jejai terus dapat pujian netizen Ini bukan kali pertama sambutan bersama itu dilakukan Terbaru Fasha bersama bekas suami Rizal Ashram Ramli ...
Aziz M Osman Nor Aliah Lee Dapat Cucu

Aziz M Osman Nor Aliah Lee Dapat Cucu

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1034 hits
TIADA apa yang lebih menggembirakan bagi mana mana ibu dan bapa apabila anaknya dulunya ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah melangkah setapak lagi dalam kehidupan dengan menjadi ibu dan ayah juga Begitulah kegembiraan yang dirasai o...
Juara Gegar Vaganzar Musim Ke 5 Noryn Aziz

Juara Gegar Vaganzar Musim Ke 5 Noryn Aziz

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 729 hits
Juara Gegar Vaganzar Musim Ke 5 Noryn Aziz Tahniah Akhirnya terjawab sudah siapa juara Gegar Vaganzar Musim Ke 5 selepas 8 minggu bersiaran Untuk persembahan pertama duet tu suka dengar suara Amelina nyanyi lagu The Power Of Love tu Lainlah...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef