Fasa Satu Pembayaran Bpn 2 0 Disalurkan Kepada 9 86 Juta Penerima B40 M40


Pembayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40, setakat ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi KITA PRIHATIN.
“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-29 yang dikeluarkan hari ini.
Bagi Geran Khas PRIHATIN (GKP) pula, Tengku Zafrul berkata mereka yang telah membuat permohonan sehingga tarikh tutup 31 Oktober, boleh menyemak status permohonan bermula 27 November manakala pembayaran dijangka bermula pada 30 November.
“Dijangka bahawa 200,000 PKS Mikro layak bakal menerima bantuan one-off (sekali) berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan RM600 juta,” katanya.
Mengenai Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang bermula sejak Oktober 2020, beliau berkata setakat 6 November, sebanyak RM122.19 juta telah dibelanjakan bagi membantu 24,762 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 203,654 pekerja.
Sementara itu, Tengku Zafrul menegaskan kerajaan terus komited untuk memulih dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi demi memperkukuh daya tahan negara dalam mendepani sebarang bentuk krisis.
Menurutnya, kerajaan telah menggariskan tiga matlamat utama di bawah Belanjawan 2021 iaitu untuk menjamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.
“Kesemua inisiatif dan program yang telah diumumkan menerusi Belanjawan 2021 dijangka dapat menambah 4 mata peratusan kepada KDNK negara pada tahun hadapan, dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
“Ini merupakan kesinambungan daripada pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang telah menyumbang antara 3.7 – 4 mata peratusan kepada KDNK negara tahun ini,” kata Tengku Zafrul.
Dalam laporan itu, beliau juga berkata mungkin ada wujud tanggapan salah atau persoalan mengenai pelaksanaan moratorium tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada Bank Negara Malaysia.
Ini termasuk persoalan mengenai bantuan kewangan, bantuan pembayaran semula bersasar, dokumentasi bagi bank-bank, proses permohonan, kadar faedah dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Bernama
Soalan lazim bantuan tunai bagi B40, M40

The post Fasa Satu pembayaran BPN 2.0 disalurkan kepada 9.86 juta penerima B40, M40 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/19/fasa-satu-pembayaran-bpn-2-0-disalurkan-kepada-9-86-juta-penerima-b40-m40/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Penerima Bpn Yang Layak Boleh Mohon Sebelum 15 Nov

Bukan Penerima Bpn Yang Layak Boleh Mohon Sebelum 15 Nov

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 233 hits
M Update 11 11 2020 Orang ramai yang bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional 2020 sebelum ini tetapi memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diingatkan agar membuat permohonan BPN 2 0 selewat lewatnya pada 15 Nov ini Lembaga Hasil Dalam Neger...
Bayaran Bpn 2 0 Fasa Kedua Semakan Bayaran Bermula Januari 2021

Bayaran Bpn 2 0 Fasa Kedua Semakan Bayaran Bermula Januari 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 625 hits
BAYARAN BPN 2 0 FASA KEDUA SEMAKAN BAYARAN BERMULA JANUARI 2021 Anda ingin tahu tarikh BAYARAN BPN 2 0 FASA KEDUA Kepada pemohon yang baharu sahaja buat permohonan baharu dan rayuan BPN 2 0 bayaran akan dibuat pada Januari 2021 Berdasarkan ...
Bayaran Bpn 2 0 Gagal Kredit Tarikh Pembayaran Tunai Di Bsn

Bayaran Bpn 2 0 Gagal Kredit Tarikh Pembayaran Tunai Di Bsn

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 348 hits
BAYARAN BPN 2 0 GAGAL KREDIT TARIKH PEMBAYARAN TUNAI DI BSN Bagi penerima BPN 2 0 yang tidak mempunyai akaun bank mereka boleh melakukan pengeluaran di cawangan Bank Simpanan Nasional bermula 26 Oktober lalu Sekitar 6 000 penerima yang dida...
Pencemaran Sungai Selangor Lebih Satu Juta Pengguna Di 7 Wilayah Bakal Terjejas

Pencemaran Sungai Selangor Lebih Satu Juta Pengguna Di 7 Wilayah Bakal Terjejas

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 384 hits
Gambar hiasan CYBERJAYA 8211 Sebanyak 1 139 008 pengguna di 1 279 kawasan di tujuh wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 6 petang ini Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata gangguan
Belanjawan 2021 Rm180 Kredit Telco Untuk B40 Rm50 E Wallet Kepada Belia

Belanjawan 2021 Rm180 Kredit Telco Untuk B40 Rm50 E Wallet Kepada Belia

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 481 hits
KERAJAAN mengumumkan bantuan RM180 kepada lapan juta belia dalam bentuk kredit telekomunikasi untuk golongan B40 bertujuan mengurangkan beban kewangan mendapatkan kemudahan internet Bermula suku pertama 2021 lebih kurang lapan juta penerima...
Maiwp Sedia Rm9 5 Juta Bantuan Zakat Kecemasan

Maiwp Sedia Rm9 5 Juta Bantuan Zakat Kecemasan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 266 hits
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM9 5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan kepada golongan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat MAIWP dalam satu kenyataan menyatakan dua syarat utama permohonan ini ...
5 Juta Dana Silver Care Bantu Warga Emas Tangani Kesan Covid 19

5 Juta Dana Silver Care Bantu Warga Emas Tangani Kesan Covid 19

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 235 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Sebanyak S 5 juta daripada Dana Silver Care oleh Yayasan Perubatan Asia akan membantu seramai 500 warga emas menyesuaikan diri selepas gangguan COVID 19 dengan menggunakan alat alat digital Warga emas dapat meminjam
Kian Popular Pengikut Ig Kim Seonho Bertambah Lebih 1 Juta Sejak Bintangi Start Up

Kian Popular Pengikut Ig Kim Seonho Bertambah Lebih 1 Juta Sejak Bintangi Start Up

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 262 hits
Tak dapat disangkal bahawa Kim Seon ho kini merupakan pelakon yang sering meniti di bibir peminat penonton K Drama bukan sahaja sebab kacak namun bakat lakonannya yang hebat Kini sibuk dengan drama Start Up pelakon itu terus berjaya mencuri...
Bayaran One Off Kepada B40 Relevan Ketika Ekonomi Meleset Pandemik Kata Pakar

Bayaran One Off Kepada B40 Relevan Ketika Ekonomi Meleset Pandemik Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA Pakar ekonomi berpandangan bayaran one off kepada rakyat terutama golongan B40 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 hari ini sangat relevan walaupun untuk jangka pendek Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzan...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik