Farrell Cipta Kejutan Penuh Bergaya Menyampaikan Emas Sukma Pertama Sabah


Atlet Lompat Tinggi dari Sabah Farrel Glenn Felix Jurus meraikan kegembiraan selepas berjaya memenangi pingat emas bagi acara lompat tinggi lelaki akhir pada #SUKMA di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Beliau mencatat ketinggian 2.15m. Foto 📸 Shafiq Hashim | BERNAMA
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


SUKMA: Farrell sumbang Emas Pertama Sabah Bagi Acara Sukan lompat tinggi Kuala Lumpur: Status 'budak mentah' empat tahun lalu akhirnya dipadam Farrell Glenn Felix Jurus pada penampilan keduanya di Sukan Malaysia (Sukma) apabila berjaya meraih emas acara lompat tinggi di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

FARELL menang emas lompat tinggi. FOTO Bernama
Lebih membanggakan, kejayaan atlet Sabah berusia 20 tahun itu hadir selepas mengatasi pemenang gangsa Sukan Sea Hanoi yang juga rakan senegerinya, Mohamad Eizlan Dahalan yang terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua.

Pelari lompat tinggi Farrell (kiri) dan Mohd Eizlan telah memperoleh emas dan perak untuk Sabah.
Farell memastikan kilauan emas menjadi miliknya selepas mencatatkan lompatan 2.15 meter (m) mengatasi Eizlan (2.06m) manakala Kuan Jyh Yunn dari Perak meraih gangsa (2.03m).

Kejayaan Farrell menyaksikan dia menebus kekecewaan pada penampilan pertamanya yang ketika itu berusia 16 tahun di Sukma 2018 di Perak apabila dia pulang dengan tangan kosong.

Emas dimenangi atlet berasal dari Tenom itu juga adalah emas pertama buat kontinjen Sabah pada temasya kali ini.

"Sudah tentu saya berbangga dengan kejayaan ini apatah lagi dapat merekodkan catatan peribadi terbaik saya di sini. Saya juga gembira dapat menewaskan Eizlan yang lebih berpengalaman daripada saya.

"Kunci kejayaan saya adalah fokus dalam latihan, jaga makan, tidur awal dan yang paling penting disiplin," katanya yang gagal dalam usaha melakukan lompatan setinggi 2.18m tetapi percaya masa akan tiba untuk dia merekodkan catatan itu.

Farrell, berkata fokusnya selepas ini adalah untuk melayakkan diri ke Sukan Sea Kemboja tahun depan.

"Saya tidak pernah beraksi di Sukan Sea dan ia adalah impian saya. Namun, saya sedar perlu bekerja keras dan meningkatkan lagi prestasi bagi melayakkan diri ke temasya itu," katanya.



Sementara itu, acara lempar cakera wanita menyaksikan atlet Johor, Nur Atiqah Sufiah Md Hanizam memenangi emas dengan catatan 44.99m manakala Nani Sahirah Maryata dari Pahang meraih perak (39.97m) dan atlet Sarawak, Vanessa Niega Franky gangsa (35.38m).

Saingan bagi acara lompat kijang wanita pula diungguli atlet Perak, Nurul Ashikin Abas yang mencatatkan 12.81m diikuti Ng Yu Jie dari Pahang meraih perak (11.79m) manakala gangsa menjadi milik atlet Sabah, Dayang Shari Uluk (11.53m).

Bagi acara lontar peluru lelaki, atlet remaja kebangsaan, Jonah Chang Rigan yang mewakili Sarawak memenangi emas dengan catatan 16.65m diikuti atlet Perlis, Kamal Farhan A Rahma meraih perak (16.31m) manakala Farm Loong Deng gangsa (15.84m).

SOURCE: RED BULL

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2022/09/farrell-cipta-kejutan-penuh-bergaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja 14 Tahun Sabah Cipta Kejutan Emas Di Kolam Renang Sukma

Remaja 14 Tahun Sabah Cipta Kejutan Emas Di Kolam Renang Sukma

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 184 hits
PERENANG Sabah Loo Yie Bing Loo memenangi pingat emas acara 200m gaya bebas wanita hari ini FOTO HAZREEN MOHAMAD Sukma Loo Yie Bing buktikan usia muda bukan halangan Loo Yie Bing KUALA LUMPUR Baru berusia 14 tahun namun siapa sangka perenan...
Sukma Benedict Ian Gawok Akhiri Penantian 6 Tahun Rangkul Emas Olahraga 110m Berpagar Lelaki Buat Sabah

Sukma Benedict Ian Gawok Akhiri Penantian 6 Tahun Rangkul Emas Olahraga 110m Berpagar Lelaki Buat Sabah

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 270 hits
Benedict dalam larian untuk memenangi emas acara 110m lelaki Sukma lari berpagar di Bukit Jalil hari ini Sukma Benedict Ian Gawok akhiri penantian 6 tahun rangkul emas Olahraga 110M Berpagar Lelaki KUALA LUMPUR Benedict Ian Gawok dari Sabah...
Senarai Penuh Atlet Pemain Acara Sukan Badminton Sukma 2022

Senarai Penuh Atlet Pemain Acara Sukan Badminton Sukma 2022

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 362 hits
Acara Badminton untuk temasya SUKMA 2022 atau dikenali juga dengan SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 20 September hingga 24 September 2022 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur Untuk acara ini sebanyak 14 pasukan yang men...
Sukma Sabah Draws With Terengganu In Opening Football Match

Sukma Sabah Draws With Terengganu In Opening Football Match

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 158 hits
Adzrien Harun BANGI Sabah threw away a two goal lead as they opened their Malaysia Games football campaign in Group C with a 2 2 draw against Terengganu today Mohd Nezemizan Naslon scored in each half to give Sabah a heathy lead but Mu
Sukan Malaysia 2022 Logo Maskot Lagu Rasmi Dan Jadual Penuh Acara Sukma 2022

Sukan Malaysia 2022 Logo Maskot Lagu Rasmi Dan Jadual Penuh Acara Sukma 2022

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 270 hits
Sukan Malaysia 2022 2022 Sukma Games bermula pada 16 September 2022 hingga 24 September 2022 dan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Malaysia ke 20 kali ini Logo SUKMA 2022 seperti dalam gambar di bawah bersama maskot SUKMA 2022 Oyen Hari...
Sukma 2022 Sabah Wushu Team Secure Four Bronze Medals

Sukma 2022 Sabah Wushu Team Secure Four Bronze Medals

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 230 hits
Melaka 8217 s Sydney Chin Sy Xuan shows her gold medal won during the Women Taijijian event flanked by silver winner from Selangor Mandy Cebelle Chen and bronze winner from Sarawak Yong Arifah Khairul Kok 8211 Bernama photo KUALA LUM
Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia Raja Charles Iii Beri Kenyataan Pertama Penuh Emosi

Ratu Elizabeth Ii Meninggal Dunia Raja Charles Iii Beri Kenyataan Pertama Penuh Emosi

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 188 hits
Istana Buckingham telah mengesahkan Ratu Elizabeth II telah meninggal dunia selepas 70 tahun berkhidmat sebagai Raja dengan negara itu kini berkabung secara rasmi Ratu Elizabeth II menghembuskan nafasnya yang terakhir disisi ahli keluargany...
Sabah Sapu Emas 4x100m Wanita

Sabah Sapu Emas 4x100m Wanita

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 482 hits
Detik yang menggembirakan bagi atlet olahraga dari pasukan Sabah terdiri daripada Feova Yi Fie Chelsea Cassiopea Nur Aishah Rofina Aling dan Patronella Lisong apabila berjaya menduduki tempat pertama dalam acara 4x100 meter Wanita Akhir pad...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Kronologi Kes Zulfarhan Osman Zulkarnain



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Graduan Kejuruteraan Usahawan Sambal Acar Ikan Masin

Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur