Source: Here04 Julai 2020 - Sepatutnya hujung minggu Julai ni kami pilih satu lokasi jalan-jalan makan angin. Al-maklumlah sekarang sudah masuk Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kami si suami isteri berserabut dengan kerja, maka pergi melihat haiwan-haiwan semulajadi ni salah satu terapi menghilangkan stress.
Dalam lama web Farm In The City telah mengumumkan pembukaan semula pada 19 Jun 2020, dan keluar satu pop-up promosi Harga tiket masuk ke Farm In The City dengan diskaun 50%!!. Kami pergi secara walk-in dengan harga tiket RM29.00 seorang untuk dewasa, manakala percuma bagi kanak-kanak bawah 90cm. TEMPOH PROMOSI SEHINGGA 19 JULAI SAHAJA!


Dalam bahagian Sangkar Burung ni memang menarik untuk melawat lama sebab sangkarnya agak besar dan burung-burung dalam tu terbang bebas je. Ada pelbagai jenis burung, ayam, merak, itik. Nampak macam suasana kampung sangat. Masa ini tiada penjaga bagi bijirin kepada pelawat untuk bagi makan burung pada tangan sebab sebelum itu kami pernah pergi bagi makan burung pada tangan.

Burung-burung dalam ini boleh dikatakan agak mesra manusia, ada juga burung yang berani datang pada manusia kalau ada makanan/ Macam ayam, itik itu biasalah penakut sikit.
Seterusnya ke kawasan terbuka untuk ke bahagian Mamalia. Ada Liama, Kura-kura besar, kambing. Mamalia dalam ini pun agak mesra dan mudah didekati untuk bergambar. kalau ada lebihan sayuran boleh bergambar untuk bagi makan pada mamalia.
Kura-kura besar memang merayau je dalam ni.
Lliama ke Apaca. Bulu dia memang sangat lembut. Seronok je belai binatang ni.
Kambing Perut hitam ni katanya keluarga baru dalam FITC ni.
Antara keunikan FITC berbanding Zoo lain adalah kita dapat lihat dengan dekat dan berinteraksi dengan haiwan.
Lokasi seterusnya ke kolam Ikan, Arnab. Sini hampir ke penghujung dah. Kalau korang rasa macam tak puas hati nak bergambar bersama haiwan-haiwan yang dah lepas, masih boleh pusing lagi
Mungkin jam dah lewat petang, arnab-arnab semua dalam kurungan rumah mereka. Biasanya arnab-arnab pun berkeliaran dalam ruangan bebas bersama pelawat untuk bergambar dan bagi makan.
Banyak betul kura-kura ni, ye lah, haiwan ni kan panjang umur, mudah dijaga dan makan sayur-sayur je. Sebelum ni dalam kurungan ni ada kancil, masa pergi ni takde pula. Ada burung-burung juga.
Masa jalan-jalan kami dah hampir jam 6 petang, jadi krew di sini dah mula bawa masuk haiwan ke kandang, rumah masing-masing. Untuk Pony Ride tiada semasa PKPP ini. Jadi mampu tengok dalam kandang sahaja Pony ni.
dan akhir sekali pusing-pusing satu FITC ini, tembus ke ttik permulaan di kawasan Parrot ni. Masa keluar dah hampir jam 6 petang, krew pun dah siap-siap nak bawa parrot ini masuk rumah dah. Tak dapat nak tengok pertunjukkan dan bergambar dengan parrot. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |