Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman Penjara


PUTRAJAYA, 13 Dis – Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dibenar menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadapnya kerana menggunakan dadah, sehingga rayuannya selesai.
Pada pertengahan November lepas, Farid Kamil diperintahkan menjalani hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei lepas dan dia menjalani hukuman itu di Penjara Kajang.
Hari ini, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu selesai didengar.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Farid Kamil dengan syarat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
“Bagaimanapun, pemohon (Farid Kamil) boleh memohon pasport diserahkan sementara kepadanya jika ada keperluan,” kata Hakim Yaacob yang bersidang bersama-sama Hakim P. Ravinthran dan Hakim Datuk Abu Bakar Jais.
Terdahulu, peguam Kee Wei Lon memohon penangguhan itu sementara kebenaran untuk merayu didengar pada 7 Jan 2020.
Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail tidak membantah terhadap permohonan peguam itu.
Sebelum ini, Farid Kamil telah pun menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang, selepas Mahkamah Majistret tidak membenarkan permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.
Bagaimanapun, pada 19 Jun lepas Mahkamah Tinggi sama membenarkan permohonan pelakon itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang sedang dijalaninya sehingga rayuannya selesai dan dia dibebaskan dari penjara.
Sepanjang perbicaraan bermula 18 Dis 2018, di Mahkamah Majistret seramai lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pelakon itu memilih untuk berdiam diri.
Mengikut peruntukan undang-undang, sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri, mahkamah tiada pilihan lain selain menyabitkan tertuduh atas pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, Farid Kamil didakwa menggunakan dadah dikenali sebagai THC, iaitu ‘11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 4.30 petang, 11 Jan 2018.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Turut hadir di mahkamah isterinya, pelakon Datin Diana Danielle.
Sumber: Bernama
The post Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman Penjara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/13/farid-kamil-dibenar-tangguh-hukuman-penjara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Benarkan Adam Rosly Tangguh Hukuman Penjara 6 Bulan

Mahkamah Benarkan Adam Rosly Tangguh Hukuman Penjara 6 Bulan

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 623 hits
Mahkamah membenarkan Adam Rosly diikat jamin RM300 000 dengan 2 penjamin warga tempatan tetapi perlu menyerahkan pasport antarabangsanya dan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 2 minggu KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini har...
Ma Kabulkan Kasasi Idrus Marham Hukuman Menjadi Dua Tahun Penjara

Ma Kabulkan Kasasi Idrus Marham Hukuman Menjadi Dua Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 270 hits
Mahkamah Agung mengabulkan kasasi terdakwa kasus suap PLTU Riau Idrus Marham Pengajuan kasasi dilakukan Idrus usai putusan Pengadilan Tinggi DKI Jakarta memberikan hukuman 5 tahun penjara denda Rp 200 juta subsider 3 bulan kurungan Vonis in...
Mahkamah Agung Korting Vonis Advokat Lucas Hukuman Menjadi 3 Tahun Penjara

Mahkamah Agung Korting Vonis Advokat Lucas Hukuman Menjadi 3 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 280 hits
Majelis hakim agung yang memutus perkara tersebut adalah Surya Jaya Krisna Harahap dan Mohamad Askin
Viral Karena Mandi Sambil Naik Motor 2 Wanita Ini Terancam Hukuman Penjara

Viral Karena Mandi Sambil Naik Motor 2 Wanita Ini Terancam Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 465 hits
Dua perempuan yang jadi perbincangan setelah video mandi dan keramas di atas motornya viral terancam pidana penjara hingga tiga bulan Dilansir Suryamalang com keduanya dinyatakan melanggar Pasal 493 KUHP Junto 511 KUHP Berdasarkan ketentuan...
Altantuya Penjara Nafi Dakwaan Shafee

Altantuya Penjara Nafi Dakwaan Shafee

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 366 hits
Peguam Muhammad Shafee Abdullah semalam membuat kenyataan bahawa berdasarkan maklumat yang sangat dipercayai tetapi tidak boleh disahkan oleh dirinya bahawa banduan itu pernah dibawa keluar pada Februari tahun ini Peguam yang mewakili bekas...
Rayakan Natal Di Brunei Terancam Penjara Dan Denda Rp 280 Juta

Rayakan Natal Di Brunei Terancam Penjara Dan Denda Rp 280 Juta

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 290 hits
Siapapun yang terbukti merayakan Natal secara ilegal di Brunei Darussalam bisa dihukum lima tahun penjara serta denda hingga ratusan juta Demikian menurut sebuah deklarasi yang dilaporkan oleh Sultan pemimpin negara kecil yang kaya akan min...
12 Banduan Maut Dalam Penjara

12 Banduan Maut Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 350 hits
PANAMA CITY Sekurang kurangnya 12 orang terbunuh dan 13 lagi cedera dalam kejadian tembak menembak antara banduan di sebuah penjara di sini semalam Polis merampas beberapa senjata api termasuk lima pistol dalam kejadian di penjara La Joyita...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing

Ewon Slams The Door On Cabinet Post Confirming A Reshuffle Is Next

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps