Farah Rose Lulus Juruterbang Akhirnya Jadi Penyanyi
Farah Rose, lulus juruterbang akhirnya jadi penyanyi
EMPAT tahun lalu, dia dilayangkan tawaran rakaman lagu daripada komposer Eddie Hamid. Ketika itu, dia baru selesai mengadakan persembahan dalam sebuah acara di Langkawi.
Tanpa berfikir panjang, Farah Rose atau nama sebenarnya Nur Farah Najihah Rosmi terus menyatakan persetujuan apatah lagi menjadi penyanyi adalah impiannya sejak kecil.
Pucuk muda berusia 22 tahun itu menyifatkan tawaran tersebut sebagai peluang keemasan untuk memperkenalkan lagi diri dan bakat dimiliki.
Meski tanpa sebarang pengalaman, Farah Rose menjadikan kekerapan menyertai pertandingan nyanyian sebagai platform mengasah minat, sekali gus mengejar impian menjadi bintang.
“Saya memang minat menyanyi dan mahu menjadi penyanyi. Saya sering menyertai pertandingan nyanyian sejak kecil dan tidak terkecuali pergi uji bakat. Cuma belum rezeki.
“Jadi, apabila mendapat tawaran merakamkan lagu daripada komposer Eddie Hamid, saya anggap ini adalah peluang keemasan. Tidak ada alasan untuk saya menolak.
Dalam masa sama ibu dan bapa saya juga memberikan sokongan penuh.
“Dari kecil lagi mereka yang banyak ketengahkan bakat saya. Mereka selalu bawa saya masuk pertandingan menyanyi,” katanya.
Juruterbang
Biarpun peluang sudah terbuka, Farah Rose terpaksa melupakan seketika tawaran nyanyia kerana perlu melanjutkan pengajian dalam bidang penerbangan di HM Aerospace Langkawi pada 2018.
Selepas tamat pengajian dan melengkapkan 200 jam penerbangan pada Disember tahun lalu, Farah Rose kini bersedia untuk fokus terhadap nyanyian.
Mempertaruhkan Ceritaku, ciptaan sepenuhnya Eddie Hamid, lagu yang dirakam pada 2020 tersebut menjadi introduksi Farah sebagai penyanyi.
“Saya dapat lagu berkenaan pada 2018 lagi. Tapi, ketika itu saya masih belajar atau dalam latihan.
“Cuma saya sempat curi masa dan merakamkan single ini pada 2020. Tapi tidak dilancarkan lagi sebab bimbang mengganggu jadual. Itu yang tangguh sehingga awal tahun ini.
“Saya nekad untuk rakam dan teruskan dalam bidang nyanyian kerana memang minat saya.
“Saya fikir peluang yang datang ini bukan selalu biarpun ambil masa empat tahun. Alhamdulillah, lagu Ceritaku ini akhirnya dapat dilancarkan,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu Ceritaku, Farah Rose berkata, bukan sesuatu yang mudah buatnya merakamkan single bergenre balada.
Menurut Farah Rose, dia mengambil masa enam jam untuk merakamkan lagu berkenaan iaitu dari jam 10 malam hingga 4 pagi.
“Ini adalah single pertama saya dan pengalaman pertama masuk studio. Sejujurnya memang susah. Ketika proses rakaman baru saya belajar yang mana setiap baris dan bait lirik itu kena ada emosi.
“Dalam masa sama, saya perlu ada cara tersendiri dalam nyanyian. Saya tidak boleh terikut atau tiru cara penyanyi lain. Jadi, nak mendapatkan semua itu memang ambil masa.
“Apa pun saya berterima kasih kepada abang Eddie Hamid kerana banyak membantu sepanjang proses rakaman,” katanya.
Menariknya juga, lagu Ceritaku turut dipilih menjadi antara lagu tema drama bersiri Honeymoon yang bakal ditayangkan menerusi slot Dahlia, TV3 pada Mac depan.
Runut bunyi
“Terima kasih kepada pihak produksi iaitu Mache Allstar. Penantian selama empat tahun itu berbaloi juga. Saya anggap ini satu permulaan yang baik bagi lagu Ceritaku.
“Sama macam penyanyi lain juga, pastinya platform drama dan lagu tema ini sedikit sebanyak membantu lagu itu untuk dikenali,” katanya.
Ditanya sejauh mana pandangannya mengenai gimik yang sering digunakan segelintir pihak dalam mempopularkan lagi karya mereka, Farah Rose punya pendirian tersendiri.
“Tidak dinafikan apabila gimik itu menjadi tular, memang membantu menaikkan nama seseorang. Tapi sejauh mana kesannya kepada diri dan kerjaya berbalik pada isu yang dibawa.
“Kalau ditanya saya secara peribadi, saya tidak mahu menjadi tular disebabkan perkara yang mengaibkan atau bukan bukan.
“Kalau boleh biarlah perkara itu masih memberi gambaran positif. Cara paling selamat adalah gunakan media sosial sendiri untuk mempromosikan lagi lagu ini.
“Tapi andai kata satu hari nanti saya tular dan bukannya daripada saya sendiri, saya okey dan bersedia untuk berdepan perkara itu,” katanya. K Online
Farah Rose, lulus juruterbang akhirnya jadi penyanyi
Baca Artikel Menarik :
Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad
Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
MB Perak dipuji Ketua Pembangkang
7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
Uyaina kena kecam pakai tanduk (Video)
GV8: Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
Bila PAS sama PAS berperang
Vicha akhirnya tayang suami tercinta
Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak
PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM
Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]
Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya
The post Farah Rose, lulus juruterbang akhirnya jadi penyanyi appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/25/farah-rose-lulus-juruterbang-akhirnya-jadi-penyanyi/