Family Time Kami Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu


Assalamualaikum. Sabtu lalu, 2hb Feb hari tu .. Kmia dan family berkesempatan menginap di Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu. Memandangkan Shumi bercuti 6 hari setelah 10 hari berada di MRSM, kitaorang pun buatlah planning nak isi masa cuti yang limited itu sebaik-baiknya. Disebabkan kami nak balik kampung 3hb Feb tu, atuk dan opah nak jumpa cucunya yang tak sempat jumpa sebelum ke Tawau hari tu maka 2hb Feb tu kitaorang manfaatkan sebaik-baiknya. 
Cari tempat 'check-in' yang seperti kami buat selalu tu .. tempat tu pula harus ada semua yang kami perlukan, meaning semua gembira, umi, baba dan anak-anak hehe. Cari punya cari, itu yang terbooking di Pan Borneo Hotel. 
Image dari https://www.tripadvisor.com.my.
Lokasi hotel ni .. tidaklah jauh sangat dari pusat bandar KK. Terletak di putatan, lebih kurang 20 minit perjalanan dari KK tapi depend dengan jammed masa tu lah. Bangunan hotel ni pula terletak di atas pusat membeli belah One Place Mall. Keluar bilik, turun dah boleh shopping hehe. 
Image dari https://www.mudah.my/
Bilik yang ditawarkan .. memandangkan hari tu kitaorang last minute booking, kebanyakan bilik telah pun fully booked. Nak-nak lagi time perayaan, kebanyakan hotel di sekitar KK ni memang mendapat permintaan yang tinggi. Kitaorang bernasib baik hari tu dapat juga lah book Superior Room|Harga RM222nett semalam. 
Puas hati dengan bilik ni .. luas, bersih dan selesa
Bilik ni dilengkapi dengan 32" Flat Screen Tv, ada Minibar, kelengkapan membuat coffee atau Tea, Safety Box, WIFI percuma dan yang penting NO SMOKING room. Maksudnya hotel tidak membenarkan guest merokok di dalam bilik. Jika ada yang berbuat demikian, caj pembersihan sebanyak RM200 akan dikenakan.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik
Selain Superior Room ni, hotel ni juga menawarkan Deluxe Room|RM255nett, Executive Club Room|RM305nett, Family Room|RM328nett dan Executive Suite|RM360nett.

Masa Check-in ialah jam 2 petang. Hari tu selepas check-in kitaorang terus ke KIDZ Family Playground yang terletak di Level 2, One Place Mall. Nak pergi ke tempat ni senang jer, korang keluar bilik menuju ke lif, tekan turun tingkat 2 .. dah sampai.
Bagi family yang ada membawa anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah, tempat ni memang sangat sesuai untuk korang. Kmia sebenarnya kalau playground public ni kurang sikit sebab korang tau lah ada yang tidak terjaga rapi terutama dari segi kebersihannya tapi kat tempat ni memang puas hati. Puaslah Shamzi dan Damia hari tu main. Shumi pula dah kategori remaja tetapi tetap ada permainan mesin yang disediakan untuk mereka bermain di playground tu. 
Ada pelbagai pilihan permainan dalam ni. Hari tu dorang main di Frozen World, caj RM15 seorang untuk unlimited time. Mainlah puas-puas sampai tempat ni tutup hehe. Ada juga pakej2 disediakan jika anak-anak nak bermain lebih daripada satu permainan
Dari playground ni kitaorang pergi ke Fitness Centre yang terletak di Level 3M. Hubby nak keluarkan peluh katanya. Nak workout kononnya. Kemudahan gym ni boleh digunakan secara percuma oleh mereka yang menginap di hotel ni.

Laju si hubby berlari. Tidak puas hati katanya sebab berat naik 2kg. Shumi bersenam lenggang-lenggang kangkung je
Habis berworkout, kitaorang balik ke bilik semula untuk refresh kan diri .. cewahh refresh ko hehe dan solat maghrib. Tentang makan malam, kitaorang tidak risau sangat sebab kat hotel ni ada mempunyai restoran yang menawarkan hidangan buffet yang sedap pada harga yang berpatutan.

The Coffee House Restaurant | malam tu kitaorang sekeluarga memilih untuk mencuba makan malam International Buffet di restoran ni. Harga yang dikenakan cuma RM45nett untuk dewasa dan RM30nett untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun.



Pelbagai pilihan makanan dan juga manisan. Selain tema International Buffet, restoran ini juga menawarkan tema lain seperti Barbeque Night Buffet yang boleh korang nikmati setiap malam hari jumaat
Selepas makan malam kitaorang tak naik bilik dulu. Hubby katanya nak melepak sekejap dan 'menyumbangkan' satu dua buah lagu di The Lobby Lounge Karaoke. Berada di Level 3M satu aras dengan kemudahan-kemudahan lain di hotel ni. Di sini korang dan family boleh lepak-lepak kupi-kupi sambil mendengar live band kat situ. Kalau korang nak berkaraoke cam kami hehe boleh je. Korang order ja minuman kat situ, suda boleh menggunakan karaoke yang disediakan di lobby lounge tu. Malam tu sempatlah juga hubby menpersembahkan dua buah lagu kepada pengunjung di lobby lounge itu .. cewah!


Kitaorang balik ke bilik lebih kurang dalam jam 10 malam. Semua dah penat, kenyang dan senang hati terus tertidur dengan nyenyak hehe.

Awal pagi 3hb Feb tu, lepas semua dah mandi, segarkan badan .. perut masing-masing dah mula berkeroncong. So apalagi dengan pantas turun ke Level 3M menuju ke The Coffee House Restaurant untuk menikmati buffet breakfast yang diberikan secara percuma untuk dua orang jika korang menginap di hotel ni. Cam Kmia ni ada tambahan anak 3 orang pula hanya membuat bayaran sebanyak RM38nett untuk Shumi manakala RM19nett seorang untuk Shamzi dan Damia.

Pilihan Kmia hari tu. Ringkas tapi mengenyangkan
Siap refill tenaga hehe .. masa yang ditunggu-tunggu Shamzi dan Damia. Horeee mandi kolam. Tahap excited Shumi tak seperti dulu, menuju ke alam remaja katakan. Dah malu terlompat-lompat cam budak-budak. Swimming Pool hotel ni juga terletak di level 3M. Ada kolam khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.



Dekat 2 jam juga dorang 'berkubang' di situ. Jam 11 pagi tu kitaorang naik bilik dan bersiap-siap untuk check-out.  Check-out pada jam 12 tengahari sama seperti hotel-hotel yang lain. Selepas check-out kitaorang simpan dahulu barang-barang dalam kereta sebab nak plan lunch di The Coffee House sebelum bergerak balik. Oh ya .. yang bawa kereta tu, tidak payah risau di mana nak parking. Korang park sahaja kereta di tempat letak kereta One Place Mall tu dan simpan ticket. Masa korang check-out minta sahaja hotel 'chopkan' ticket tu dan ianya terus FOC. Tak payah bayar gitu. Kitaorang hari tu park di Level 2. Senang dekat dengan lif hotel.

Dah siap letak barang, anak-anak pun mengadu lapar sebab lama 'berkubang' tadi, kitaorang geraklah ke restoran The Coffee House di hotel tu. Lunch tidak ada menu buffet, tetapi korang boleh menikmati pelbagai menu ala carte yang ditawarkan. Hari tu kitaorang mencuba menu promosi mereka

Buy 1 Free 1 Lunch Menu! Ada dua pilihan harga, RM15 atau RM20. Pilih mana-mana dari set yang ditawarkan. Dan setiap hidangan didatangkan dengan minuman buah atau pun kopi atau teh panas
Masing-masing buat pilihan dan order. Makanan sampai terus makan. Betul-betul kelaparan ni hehe.


Habis makan sebenarnya semua pun dah kenyang. Tapi ada satu menu dessert yang menarik perhatian Kmia.


Cendol Cake! Wah menarik ni. Kalau cendol yang sejuk-sejuk tu dah biasa kita makan kan. Ni cendol cake .. oleh sebab nak merasa maka kitaorang pun orderlah semangkuk cendol dan sepotong kek cendol.

Macam mana rasa kek tu? Cam ala ala cheese cake tekstur puding perisa cendol hehe. Kira uniklah kek ni. Rugi korang kalau tak cuba
Ok semua pun dah kenyang dan happy, kitaorang pun bergerak balik ke rumah sebab petang tu nak bergerak balik ke kampung pula. Tapi sebelum tu hubby singgah solat sekejap di surau yang ada disediakan oleh hotel ini untuk kemudahan tetamunya.

Fuhhh! Sehari semalam ko di hotel ni, padat dengan aktiviti dengan family. Biar penat janji semua happy. Tiada alasan untuk tidak bersama dengan family kan. Alasan sibuk tu tidak boleh diterima pakai bila nak luangkan masa dengan family.

Korang yang tiba-tiba berminat juga nak habiskan masa bersama family di hotel ni, boleh contact mereka di 😊

Telepon : +60 88 327 777Email : [email protected] : http://www.panborneohotelkk.com/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.miakassim.com/2019/02/family-time-kami-pan-borneo-hotel-kota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imlek Di Hotel Bekas Markas Freemason Di Kota Malang

Imlek Di Hotel Bekas Markas Freemason Di Kota Malang

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 275 hits
Hotel di Jalan Cerme 16 itu masuk sebagai bangunan warisan cagar budaya Bangunannya pernah menjadi markas komunitas Freemason sebelum beralih menjadi pemancar radio dan hotel seperti sekarang ini
Kufi Wednesday 68 Kota Kinabalu

Kufi Wednesday 68 Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 842 hits
Kota KinabaluKota Kinabalu merupakan bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000 memerlukan kira kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur Dahulunya dikenali sebagai Jesselton ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malay...
Local 5 Best Reliable Flower Delivery Service In Kota Kinabalu

Local 5 Best Reliable Flower Delivery Service In Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 359 hits
Local florists in Kota Kinabalu can be found everywhere but only a few of them offer reliable flower delivery service in Kota Kinabalu These local florists can deliver the perfect floral gift for any ocassion and you never have to worry whe...
Local Top 7 Custom Made Cake Bakeries In Kota Kinabalu

Local Top 7 Custom Made Cake Bakeries In Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 426 hits
Wondering where to find local bakers around Kota Kinabalu These are some of the local cake bakeries in Kota Kinabalu and they are recommended by my friends and relatives 1 Lynnett Cake House This local homemade baker takes custom design cak...
Scoot Airlines Kota Kinabalu Singapore

Scoot Airlines Kota Kinabalu Singapore

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 346 hits
Hits 1Scoot Airlines the low cost arm of the Singapore Airlines Group today launches the sale of flights for daily Scoot Airlines Kota Kinabalu Singapore services slated to commence in December 2019 Subject to regulatory approval Scoot also...
1 Mei Family Day Batu Layar Kota Tinggi Johor

1 Mei Family Day Batu Layar Kota Tinggi Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 463 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Pada tarikh 1 Mei 2016 komuniti Sahabat Johor Darul Takzim menganjurkan FAMILY DAY yang bertempat di Batu layar Kota Tinggi Johor ini adalah kali pertama event family day di anjurkan tujuan adalah untuk...
Nikmati Penginapan Selesa Di Hotel Muzaffar Melaka

Nikmati Penginapan Selesa Di Hotel Muzaffar Melaka

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 826 hits
Cuti sekolah pada Mac 2019 dah semakin hampir Rasanya ramai yang dah survey tempat tempat menarik dan hotel hotel untuk penginapan seisi keluarga Sekiranya ada yang berhajat dan merancang untuk bercuti ke Melaka apa kata cuba untuk menginap...
Dianiaya Di Hotel Borobudur Hidung Penyelidik Kpk Harus Dioperasi

Dianiaya Di Hotel Borobudur Hidung Penyelidik Kpk Harus Dioperasi

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 262 hits
Dua pegawai Komisi Pemberantasan Korupsi dianiaya sekelompok orang di Hotel Borobudur Jakarta saat tengah menyelidiki dugaan tindak pidana korupsi Alhasil hidung salah satu pegawai lembaga antirasuah itu harus menjalani operasi
The Kampar Boutique Hotel Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable

The Kampar Boutique Hotel Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 366 hits
The Kampar Boutique Hotel Hotel Dengan Rekaan Yang Instagrammable l Assalamualaikum Dulu kalau sebut Kampar I was like apa ada dekat Kampar tu Lain lah kalau sebut Ipoh ke Taiping ke tak pun Kuala Kangsar Popular lah jugak kan Tapi tu dulu ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut