Family Get Together Jiboi
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Family Get Together - Jiboi. A major throwback ni 😏 dah lama terperam dalam draft huhuhu...kisah tahun lepas sempena November dan Oktober diraikan di teratak Jiboi. Oleh kerana semua ahli keluarga dikurniakanNYA rezeki masa lapang pada waktu itu. S.i.l dengan dibantu oleh anak-anak sedaranya telah merancang family get together tersebut
Alhamdulillah terima kasih s.i.l gigih betul beliau, siap sediakan atur cara majlis. Seminggu sebelum kejadian tu dalam grup WA family hampir setiap hari ada reminder muahahhaaa..
Aryssa yang pada mulanya tak jadi nak balik Seremban sebab tiket ERL Butterworth - KL Sentral dah habis. Tetapi akhirnya dapat juga turut serta sebab babahnya berjaya mendapatkan tiket flight hahahaa... rezeki Aryssa dapat bersama-sama family get together. Begitu juga dengan Keyna yang study di UMK tu ada sekali. Keyna dah memang planning pulang bercuti 2 minggu pada ketika itu
Acara pertama petang tu adalah untuk onty&uncle iaitu teka pasangan. Acara bermula lewat sedikit disebabkan cuaca hujan renyai-renyai so ada onty&uncle yang datang lewat haish!
Pujian harus dieberikan kepada anak-anak sedara ni. Pandai betul mereka mencipta permainan sebabnya onty semua memang tak boleh nak gambarkan keadaannya huhuhu.. Mula-mula semua onty diminta masuk ke dalam rumah. Sementara uncle pulak kena duduk kat luar. Apa berlaku di luar pada masa itu Mrs. A memang tak boleh nak agak hahahhaa..
Tiba-tiba bila disuruh keluar inilah yang berlaku. Serius surprise! camno nak teka nih!? 😜😂
Teka pasangan
Uncle semua dah kena bungkus dengan kain pelekat dari kepala sampai kaki
Onty boleh check dari depan aje kalau dah confident suami sendiri berdiri depan mereka.
Huru-hara onty semua bila masa dah nak tamat tu, berdebar jugak bila bukak kok salah pasangan mesti sedih
Selepas acara teka pasangan. Onty&uncle kena lawan berlari dalam kain pulak. Ini paling lawak dan paling wins ngeh! ngeh! ngeh! sebabnya dah tua-tua pun ada yang main cendekei! bak kata orang nogori 9. 😂😂😂 Oh! ya anak sedara yang Kakngah tu termasuk dalam ketagori onty&uncle jugak sebabnya dia aje yang dah berkahwin
Lari menuju bahagia 😍
Tepi kiri sekali Mr.&Mrs.A
Strategi masing-masing pasangan mana yang patut duk depan ngeh! ngeh! ngeh!
Sedang mendengar arahan setelah beberapa kali batal dek main cendekei
Acara akhir untuk onty&uncle adalah belonku belonmu tapi ada juga seorang anak sedara di kedua-dua belah pihak.
Belonku Belonmu/ lelaki vs perempuan
Kepit belon di badan tak boleh pegang belon
sambung macam keretapi sambil jalan buat 2 pusingan
Perempuan tewas walaupun sampai dulu sebab sambungan terputus akibat trajis belon meletop muahahhaa..
Setelah acara sukaneka onty&uncle tamat. Bermulalah pula sukaneka untuk anak-anak sedara a.k.a anak fruit. Mereka dibahagi kepada 3 kumpulan
Tiru gaya di belakang
Tiru 3 pergerakan yang dibuat oleh leader masing-masing
Aryssa peserta pertama kemudian tunjukkan gaya yang ditiru kepada peserta kedua pulak
dan seterusnya hingga peserta akhir tunjuk semula pada leader
Games rebut kerusi
Games ni rasanya ramai yang tahu.
Buat pusingan ikut kerusi sambil dengar muzik
Bila muzik stop kena duduk atas kerusi cepat-cepat siapa tak dapat duduk tersingkir
Games tiup tepung
Tiup tepung sampai jumpa gula-gula
Dah jumpa gula-gula lari pindahkan ke pinggan lain
Walaupun ada 8 games yang dirancang untuk anak-anak fruit tapi 3 aje yang sempat dimainkan sebabnya dah lewat petang hampir maghrib. Atok suruh berhenti dan mandi bersiap-siap untuk solat maghrib seterusnya buat tahlil arwah dan isyak berjemaah
Last sebelum mandi membersihkan diri 😅😆😍
Aduh! macam panjang lagi pulak nak cerita. Nantilah Mrs. A sambung part 2 ya. Tunggguuuu..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2024/02/family-get-together.html