Family Day Di Melaka Private Glamping


Lepas balik bercuti Family Day di Melaka Private Glamping, sampai je rumah badan rasa tak selesa. Pening kepala, mula kerap bersin dan tekak rasa perit sangat.
Cuaca di Melaka panas lain macam. Kering dan berangin. Emak kata cuaca panas laut. Yelah kalau dekat rumah panas tapi boleh tahan lagi.

Minggu lepas kami ada Mini Family Day untuk tahun 2024, keluarga sebelah Diah. Mini Family Day sebab ramai juga ahli anggota keluarga tak dapat sertai.

Keluarga besar itu lah isu dia. Ada je halangan. Apa pun Syukur, dari 10 beradik sembilan orang berjaya munculkan diri bersama keluarga masing-masing.

Oh kami sewa satu kawasan tu jadi sangatlah privasi.







 




Family Day Di Melaka Private Glamping
Setakat ni kalau nak buat gathering besar-besaran kena tunggu Hari Raya. Jadi rancangan seterusnya kita cuba lagi di masa akan datang supaya semua dapat berkumpul.

Rancangan asal kami sepatutnya berkumpul di Terengganu. Nak pergi Pulau. Masing-masing memang suka laut tapi seperti biasa. Kita rancang saja. Tuhan yang bagi keizinan.

Dari tahun lepas dah brainstorm dan cari tempat yang kena dengan poket. Jadi lepas berbincang kami pilih Melaka sebagai tempat bercuti.

Adik cadangkan kami bercuti di Private Glamping Bukit Katil Melaka. Tempat tu baru je dibuka hujung tahun lepas. Tak banyak lagi review tapi setakat kami survey semuanya bagus.









Melaka Private Glamping Bukit Katil
Siapa sangka, dekat Melaka pun dah ada tempat untuk glamping. Ingat lagi waktu awal-awal dulu glamping mula terkenal, Diah ada tulis tentang glamping.

Vivy Yusof Glamping dengan best friend dia di Pahang. Glamping atau nama lain dia ialah Glamarous Camping. 

Seronoknya Melaka Private Glamping ni dia bina unit bilik / igloo di satu kawasan besar. Ada tiga unit bilik yang bersambung dan lima unit igloo.

2 unit igloo berada dia bahagian atas bilik dan selebihnya di bina atas tanah. Memang cantik. Setiap Igloo disediakan katil Queen size, bilik berhawa dingin, kipas, televisyen, buaian dan puas hati dengan hiasan dalaman.










Tiga bilik tu pula lebih besar dari unit Igloo. Disediakan dua buah katil queen, bilik air, televisyen, iron board dan seterika dan berhawa dingin.







Kemudahan yang ada seperti pool, kolam jakuzi, bilik karaoke siap playstation dan open kitchen dengan BBQ pit. Disediakan dua bilik air dekat bahagian luar.







Boleh menampung sehingga 30 orang pengunjung menginap pada satu masa. Memang sesuai untuk buat mini family day, gathering, reunion atau jamuan makan makan.

 

 

Aktiviti Sepanjang Family Day
Kembali pada cerita family day, kami rancang untuk berehat, bersuka ria dan habiskan masa berkualiti sama-sama.

Waktu check in ialah 3.00 petang dan anak-anak memang tak sabar nak terjun pool. Kaum ibu mula menuju ke dapur sediakan makanan. Petang sikit dah mula sediakan bahan-bahan untuk BBQ.







Memandangkan masa pun singkat je jadi memang elak untuk keluar. Melaka kan terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Sayang kalau masa terbuang di atas jalan raya.

Malam tu kami buat BBQ, tukar-tukar hadiah, birthday celebration dan buat beberapa game untuk hiburkan anak-anak. Masak pun ala kadar untuk alas perut sahaja.









Masing-masing tunjuk bakat bila masuk bilik karaoke. Bertukar-tukar sesi ikut peringkat umur. Karaoke anak-anak, lepas tu giliran suami bersama ipar duia dan akhir sekali giliran wanita ya.

Ya Allah bersyukur sangat Allah bagi kesempatan kami berkumpul dan buat emak gembira. Siap request next family day ya.

 




Review Melaka Private Glamping Bukit Katil
Review ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi apa yang Diah alami sepanjang dua hari satu malam di Melaka Private Glamping.

Secara keseluruhan Diah amat berpuas hati dengan pengalaman yang kami dapat. Kemudahan lengkap, dekat dengan kedai in case ada barang nak cari.

Pool walaupun kecil tapi okay lah asal ada. Diah stay dalam bilik jadi memang selesa. Tekanan air paip kuat. Kelengkapan seperti tuala, katil dan cadar semua bersih. Ada Netflix.












Adik cakap keadaan dalam Igloo panas terutama waktu check in ke petang. Memang wajib on kan aircond.

Bagus sebab kemudahan lengkap termasuk Peti Ais, Dapur & Peralatan memasak, Penapis air – COWAY, dan Periuk Nasi.











Harga Tempahan & Cara Hubungi

Dibawah ni ialah harga yang kami bayar untuk dua hari satu malam. Untuk harga yang tepat elok hubungi mereka sendiri. Kot berubah ada promosi ke.
Berikut adalah harga promosi sempena pembukaan *MELAKA PRIVATE GLAMPING*


*Hari Isnin - Khamis*

RM1488 (2 Hari 1 Malam)

RM2888 (3 Hari 2 Malam)

 

*Hari Jumaat -Ahad & Public Holiday Dan Cuti Sekolah*

RM1988 (2 Hari 1 Malam)

RM3888 (3 Hari 2 Malam)

 

*Untuk weekend mereka hanya terima tempahan guest 3hari 2malam sahaja ya..*

*Makluman mesra bahawa MELAKA PRIVATE GLAMPING hanya memuatkan maximum 25-30 orang sahaja termasuk kanak-kanak*

*Hanya menerima Muslim Guest sahaja*

 

MELAKA Private Glamping

Whatsapp      Facebook
Lot 997, Solok Kampung Teluk, Bukit Katil, 75450 Melaka









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2024/02/family-day-di-melaka-private-glamping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Commotion Erupts At Popular Melaka Theme Park Over One Day Free Entrance

Commotion Erupts At Popular Melaka Theme Park Over One Day Free Entrance

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 291 hits
MELAKA A commotion erupted at a popular theme park in Ayer Keroh here after a large crowd took advantage of the one day free entrance offered by the state government Melaka Tengah OCPD Christopher Patit said the overcrowding at the entry po...
Mursyidul Am Pas Selain Melaka Pas Yakin Dapat Dapat Kuasai Negeri Lain Pada Pru16

Mursyidul Am Pas Selain Melaka Pas Yakin Dapat Dapat Kuasai Negeri Lain Pada Pru16

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 119 hits
Haspaizi ZainPAS yakin parti itu akan dapat menambah lagi bilangan negeri yang akan dikuasai mereka termasuk Melaka pada Pilihan Raya Umum akan datang Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata ini berdasarkan sokongan yang ditunjukkan rakyat ke...
Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson Dan Melaka

Berehat Bersama Keluarga Sekitar Port Dickson Dan Melaka

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 257 hits
ini merupakan percutian yang tak dirancang dan tiada dalam senarai ikutkan awal pagi tu aku dan iwan pergi klinik untuk minum air gula hehehe kemudian kitorang singgah dobi nak basuh baju lepastu dapat panggilan dari ayah ajak pergi port di...
Polis Saran Guna Pengangkutan Awam Elak Jalan Sesak Di Melaka

Polis Saran Guna Pengangkutan Awam Elak Jalan Sesak Di Melaka

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 213 hits
MELAKA Orang ramai disaran menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan jalan raya berikutan pertambahan aliran trafik yang tinggi sempena cuti Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu hari ini Ketua Polis Melaka Datuk Zainol S...
Homestay Yang Berdekatan Kawasan Pelancongan Di Melaka

Homestay Yang Berdekatan Kawasan Pelancongan Di Melaka

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 246 hits
Jika anda mahukan homestay yang berdekatan dengan kawasan pelancongan Homestay Bonda Banda Hilir adalah pilihan yang tepat Dimana KE RED SQUARE HANYA 7 MIN KE MENARA TAMING SARI HANYA 10 MINKE A FAMOSA HANYA 8 MINKE QUEEN VICTORIA FOUNTAIN ...
Taman Tema Upin Ipin Di Melaka 2026

Taman Tema Upin Ipin Di Melaka 2026

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 245 hits
Taman Tema Upin Ipin yang sebelum ini dirancang dibangunkan di Alor Gajah di sini kini di peringkat rundingan akhir antara syarikat perfileman animasi popular Les Copaque Production Sdn Bhd dan MCorp Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf ...
7 Tempat Wajib Di Melaka Patut Di Lawati

7 Tempat Wajib Di Melaka Patut Di Lawati

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 297 hits
Sekiranya anda merancang untuk bercuti ke negeri Melaka apa kata anda cuba datang ke Bandar Hilir Melaka yang menjadi salah satu tempat tarikan bagi para pelancong Anda pastinya sudah mengetahui mengenai negeri Melaka yang kaya dengan tempa...
Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Gagal Ke Gua Sejengkal

Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Gagal Ke Gua Sejengkal

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 256 hits
Dari kami turun ke kiri Haa ada pantai yang cantik lagi Tapi disini ada banyak batu Kena berhati hati lah ye memijak batu batu tu Encik suami dah kedepan Kita sibuk ambil gambar Yelah nak buat modal blog kenalah ambil gambar Nama pun blogge...
Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Pulau Intan

Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka Pulau Intan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 212 hits
Perjalanan ke Pulau Intan sangat menarik disajikan dengan keindahan pantai sebelah kiri Sesekali berhenti untuk ambil gambar Mana boleh lepaskan peluang begini Rasa macam nak duduk healing di atas batu ni Tapi tak boleh sebab perlu teruskan...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Maut Tertusuk Keris Ketika Buat Persembahan Depan Pengantin

Lebai Beri Nama Isteri Penerima Zakat

Jarang Jarang Dapat Bergambar Dengan Pemimpi Nabi

Apa Itu Malaysian Dream

Sabah Lanjut Kontrak Kim Swee

Dapatkan Rawatan Estetik Kulit Bagi Hilangkan Melasma Jeragat Di Klinik Dr Bazilah