Family Day 2022 Pacak 3 Khemah Unta Di Gopeng Riverside


assalamualaikum & salam sejahtera 😊
petang Selasa. seharian hari ni Melaka bercuaca mendung saje. hujan renyai di pagi hari. nyaman suasana. tidak berpeluh meskipun berkali-kali turun naik tangga

di kala ada masa ni, nak up satu entri throwback. kisah saya dan adik-beradik camping sekali lagi di Gopeng Riverside. pilihan kakak saya utk kami ulang camping di sini. punya la kami 5 beradik excited dgn family day ni, all of us da pun memiliki khemah unta masing-masing tau. saya sgt la gembira. berjaya meracuni adik-beradik utk join aktiviti family camping. best

kami family camping di sini selama 4 hari 3 malam dulu tu. dan kali ni, dari 8 hingga 10 Mac saje, 3 hari 2 malam 😍. sekali lagi, camping di sini dalam keadaan cuaca yang tidak berapa kering, hujan hujan hujan! 😄
[ Klik jika belum baca : Wild Camping di Gopeng Riverside ]
hujan lebat di hari pertama..
baldi menadah air hujan di penjuru khemah

kakak sulung saya, kak Nim tidak dapat bersama. suaminya tidak sihat, masih berada di hospital waktu ni. hanya kami berempat iaitu kakak kedua, abang, saya dan adik perempuan. 
Selasa (8.3.2022) - hari pertama.kami berempat gerak dari rumah masing-masing. adik saya tiba di Gopeng Riverside paling awal, sekitar jam 11 pagi. dia da reserve dulu dah tapak kami. saya tiba kemudiannya, jam 12 tghari. waktu tu, awan berarak berat di dada langit. hu hu hu risau rasa hati ni, Allah je Maha Tahu. tiap kali kami camping, pasti berkembar dgn kehadiran hujan. aduhai... nasib badan.
mr.asben dan adik ipar terus bermula pacak khemah. memula nak pacak 4 khemah. semua khemah unta. khemah saya, 2 khemah unta 2022 saiz L kepunyaan akak kedua dan abang serta 1 khemah unta 2022 saiz M kepunyaan kakak sulung. mereka baru je beli khemah unta ni, so ni kali la nak test buka semua

namun, 3 unta saje berjaya di pacak kerana di pertengahan nak set up khemah dan segalanya, hujan turun dengan amat lebat. 😁berkecah segala tempat bila flysheet ruang legar di antara khemah-khemah kami rebah dan tapak khemah lencun dek air hujan

agak kelam-kabut masa tu. semua lelaki-lelaki dewasa memasang flysheet sewaktu hujan. basah kuyup mereka bertiga. sedang kelam-kabut, abang saya dari Kedah pun tiba. membantu, namun dia pun basah kuyup juga. sewaktu 2-3 jam kekalutan kami tu, tak sempat nak snap gambar langsung! hanya video yang diambil oleh anak-anak 😄. tak dapat saya nak upload di sini... bila lencun, gelak ramai-ramai. anak-anak ikut sama meriah

skit saje la saya share
ketika ni baru bermula kekelam-kabutan tu tau
fuh! kecoh 😄

bila da melepasi jam 2 petang, barulah dpt kami semua bertenang. khemah semua da ok. susun atur barang semua da selesai. masa utk jamu selera. nasib baiklah da ready bawak lauk-pauk. hanya tinggal masak nasi je

para ayah makan dulu lah
baju hijau, my mr.asben
yg di hadapan dia, adik ipar saya, Awi
dan di sebelah sini, abang saya dari Kedah, abg Boi (boy sebutannya)
ha ha ha ha sebab dia sorang dulu kala anak lelaki mak, memang dipanggil Boi

siap juga flysheet ruang legar kami. baru la dpt set up meja dan atur segala makanan tengahari. ayah, abah dan abi dipersilakan makan dulu la. lapar! kerja keras kot pacak khemah dan segala bagai. alhamdulillah

kakak kedua saya, kak Ina tiba setelah semua keadaan terkawal. dia gi masuk hotel berdekatan dulu. yes, kak Ina tak tido khemah tau 😆 ha ha ha ha... sib baik ada hotel yang hanya 5-10 minit je perjalanan ke campsite Gopeng Riverside ni
 petang tu, suasana sejuk, minum petang, goreng nugget

air sungai deras! dan warna coklat
anak-anak hanya boleh pandang, tidak dibenarkan mandi lagi

kita bergambar dulu la ye sambil makan nugget 😄

tea time

anak-anak yg join
anak saya 3. anak adik, An, juga 3
anak abg Boi kurang 2, hanya Aamir yg join
Aishah & Ammar ada tugasan sekolah, tinggal di Kedah

set up khemah kami yg simple. hanya 3 khemah unta dapat naik kali ni. sebab khemah unta 2022 saiz M pun da besar tau. so, tak perlu lah pacak hingga 4 khemah. semua ni mencukupi. kami famili, maka kami arrange tido mcm balik rumah abah. anak-anak perempuan 1 khemah dan anak lelaki 1 khemah. di tengahnya ruang legar utk makan-makan dan lepak

khemah saya, khemah unta 2019 saiz M di sebelah hujung sini

di side sini, khemah unta 2022 saiz L dan S
saiz berbeza beberapa cm saje
kedua-duanya besar dan cantik

hujan lebat tadi, kan
disediakan batu bata untuk menyeberang dari khemah ke khemah


bila hujan dah reda, barulah susun semula kedudukan meja dan kerusi begini


ruang kosong utk makan di lantai gitew

di khemah saya
di depan tu punca elektrik
utk charge phone, lampu-lampu dan kipas-kipas

saya da standby extension wire socket 40 meter dah. campsite memang sediakan plugpoints di sekitar. maka, dgn extension socket ni, mudahlah kami-kami nak charging dan masak nasi. alhamdulillah..

kawasan berlopak air
orang-orang lelaki amik batu-batu kecil tutup
boleh la jadi tempat melangkah

stok makanan kami! 😄jajan utk anak-anak je sebakul

pondok ni adalah tempat masak-memasak kami

malam tu kami bbq. hujan turun renyai-renyai halus saje. alhamdulillah. anak-anak bebas ke sana ke mari. kami makan-makan ramai-ramai. gelak ketawa. berborak aneka topik secara rawak. selebihnya, enjoying the food.


membakar ayam

malam, air sungai kekal tinggi dan deras ye

Rabu (9.3.2022), cuaca dari subuh amat baik dan air sungai dah jernih.awal pagi anak-anak semua da dikejutkan. selepas subuh masing-masing da tak dibenarkan tidur semula. hari elok, aktiviti mesti bermula awal. seminit pun tak boleh dibazirkan!

An, adik saya dan kak Nurin
preparing sandwich telur rebus



apa lagi, sarapan di pinggir sungai
kakak-kakak sarapan sambil makan sandwich gitewww..


Awi buat maggi goreng
adik ipar saya ni memang pakar masak 👍


nugget lagi for breakfast


round kedua, makan maggi goreng pula ye

abis makan maggi, sambung mandi sungai

one thing about camping ni, kita tak terikat dgn keadaan. semua berlaku releks saje dan gaya bebas. takde aturan yang perlu diikut. anak-anak mandi-manda, kami yg dewasa lepak di khemah dan borak kosong adik-beradik. just enjoy apa terhidang di depan mata, pemandangan nan indah, makanan panas-panas, udara segar..

ni la masa utk berborak bebas. anak-anak pun bergaul mesra tanpa diganggu oleh televisyen atau komputer. diorang berendam saje dlm sungai. gelak ketawa bergurau senda

kari ayam for lunch

2 kali besar kari ayam ye
kak Ina chef utk lauk tengahari
kami masak guna kayu api tempat bbq malam td

pagi-pagi, matahari tak la menyinar terik

bila da kul 11 pagi, terpaksa naikkan flysheet di tempat masak ni
panas matahari da menyengat kulit 😀

rezeki Allah
setengah hari kedua ni tak hujan
sungai pun cantik keadaannya

anak-anak mandi-manda bersuka-ria dipantau ketat. ayah-ayah ada je bergilir-gilir pantau tepi sungai. mak-mak jgn cakap la, dari atas dok jerit, "jaga adik tu"... "jgn lepas pelampung!"... "jgn ketengah sgt!"... kita tak nak la suka suka hati, berakhir dengan kedukaan. 
ada sekali tu, 3 org anak-anak terlepas ke hujung sana tu. Allahu Akbar, kecut perut saya bila lihat Nurin, Muhammad dan Aamir da jauh di bawa arus ke hujung sana dgn pelampung mereka. mereka tak dpt nak kawal keadaan. menjerit panggil abg Boi dan Awi. "tolong... tolong!" dpt la diselamatkan. ditarik semula oleh ayah-ayah. hmmmmmm... memang bulat la mata mak-mak. memandang mereka-mereka penuh makna 😡

ayah-ayah & mak-mak gilir-gilir pantau dari atas

cuaca elok
but still hujan skit di lewat petang hingga ke malam




kami memilih tapak di bahagian atas, tidak mahu ambil risiko utk berkhemah di tapak terlalu dekat dgn sungai. meskipun tapak tu amat cantik, bersih dan pasti wow jika pacak khemah di situ. khemah kami besar, kami ramai. tak mahu kekalutan jika terjadi apa-apa kecemasan. tak nak la sebut apa-apa bencana, kan. kami tak henti berdoa agar keadaan baik-baik saje sepanjang kami berkhemah

kawasan luas dan selesa
kami-kami sahaja di area ni
aman damai lah..

menjadi rutin bila camping, kul  petang mula nyalakan ubat nyamuk

good night..

Khamis (10 Mac).alamak. hari ketiga, hari balik. lemahhh! belum puas! tapi nak buat camne, berapa hari pun stay sini, takkan ada kepuasan. pasti akan rasa sedih bila nak balik hu hu hu hu..

sekali lagi kurniaan cuaca cantik oleh Allah
best

sarapan simple saje ramai-ramai
cekodok ikan bilis

rutin standard mana-mana campers, hari terakhir merupakan hari mengemas sedikit demi sedikit. kebebasan hanya utk anak-anak. mereka disuruh utk mandi-manda bagi membolehkan ibu ayah mengemas apa yg patut. sebagaimana di kebanyakan campsite, waktu utk check out adalah jam 12 tengah hari. ini bagi membolehkan campers baru masuk utk pacak khemah pula

task saya seperti biasa - kemas dapur
lap meja
lap rak dapur
pack masuk beg masing-masing

pondok ni saya bersihkan lantainya dari sisa masak-memasak
siap sedia bersih utk next camper 👍

bersih dah..

bila khemah unta da simpan, barang-barang kecil kumpul satu tempat
sebab anak-anak masih di sungai
karang diorang nak mandi lah, bertukar pakaian dan lain-lain


menunduk kan si unta L


siap dah semua mengemas
borak
dari kiri - my mr.asben, abg Boi, abg Roslan (husband k Ina) dan Awi

terima kasih ayah, abah dan abi..

[ Baca sini juga : Review Campsite Gopeng Riverside ]

feel bila ramai-ramai camping ni, amat berbeza bila kita adik-beradik ramai-ramai dok hotel. kesibukan dia tu tak sama. kita takkan stereotype bila camping sebab dugaan dan masalah tu datang tanpa disangka 😄. bila gitu, rasa nak marah pun ada, rasa bengang. tapi ada juga time, gelak ramai-ramai. maklumlah, remeh kot bila camping ni. terutama bila nak balik, kekadang tiba-tiba kereta tak muat! haru! nak kena kemas-kemas balik. ini masuk mana, itu masuk mana. gitu lah

apa yg utama, kerjasama semua ahli camping. semua mesti main peranan samada kecik atau besar. baru la dpt memupuk rasa happy. menjadi bahan gelak bila kita borak-borak lepas tu

... jom camping


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2022/07/family-camping-2022-pacak-3-khemah-unta-di-gopeng-riverside.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Menu Family Mart Bawah Rm10 Mesti Cuba Di Tahun 2022

11 Menu Family Mart Bawah Rm10 Mesti Cuba Di Tahun 2022

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 369 hits
Semakin hari semakin banyak cawangan Family Mart di seluruh Malaysia jadi tidak susah untuk mencari outlet Family Mart terdekat di tempat anda Keadaan ini memberikan saingan sihat pada kedai serbaneka lain untuk berkembang pesat Jadi jom ki...
Star Fitness International Yoga Day 2022

Star Fitness International Yoga Day 2022

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 229 hits
Hi Korang Pusat gim dan kecergasan Star Fitness telah menganjurkan satu sesi yoga Star Fitness International Yoga Day 2022 bertempat di Centro Mall Klang pada 25 Jun 2022 Sabtu lepas Sesi yoga ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal ...
20 Mama Papa Selebriti Mewarnai Anugerah Pa Ma Gala 2022 Pastinya Memberi Inspirasi

20 Mama Papa Selebriti Mewarnai Anugerah Pa Ma Gala 2022 Pastinya Memberi Inspirasi

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 165 hits
Pa Ma Gala 2022 kembali lagi Program anugerah digital ini memberi penghargaan kepada barisan selebriti yang yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial tetapi juga menjadi inspirasi buat ibu ayah milenial di luar sana Uniknya u...
Bnn Sita 96 3 Hektare Lahan Ganja Hingga 4 125 Ton Sabu Periode 2021 Mei 2022

Bnn Sita 96 3 Hektare Lahan Ganja Hingga 4 125 Ton Sabu Periode 2021 Mei 2022

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 152 hits
Selain itu BNN RI juga menangani tindak pidana pencucian uang Dari tahun 2021 hingga Bulan Mei 2022 dengan jumlah 18 kasus 22 tersangka dan jumlah nilai aset yang disita Rp 123 006 011 057 00 kata Petrus
Tarikh Bayaran Terkini Bantuan Bujang Rm600 2022

Tarikh Bayaran Terkini Bantuan Bujang Rm600 2022

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 406 hits
Bantuan Keluarga Malaysia adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah Kami kongsikan kepada anda jumlah Bantuan BKM yang...
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 216 hits
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022 Untuk makluman semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaa...
500 Entrepreneurs In Jadikan Halal Pilihan Utama Anda Campaign By Hdc Under 2022 Budget Initiative

500 Entrepreneurs In Jadikan Halal Pilihan Utama Anda Campaign By Hdc Under 2022 Budget Initiative

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 191 hits
500 Entrepreneurs In Jadikan HALAL Pilihan Utama Anda Campaign By HDC Under 2022 Budget Initiative A total numbers of 500 halal entrepreneurs from the micro small and medium enterprise sector has been selected to participate in the Make Hal...
Persediaan Menaik Dalam Saham Jpm Untuk Minggu Bermula 27 Jun 2022

Persediaan Menaik Dalam Saham Jpm Untuk Minggu Bermula 27 Jun 2022

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 157 hits
Garisan merah indikator Perbezaan RSIGaris hitam Tahap anjakan semula FibonacciJPM membuat paras rendah baru minggu lepas sekitar 111 47 tetapi menutup minggu positif pada 117 24 Dengan tukul pembalikan kenaikkan pada carta mingguan dan per...
Quickcheck Can You Trust Cheap Aidiladha Sacrifice Packages The Star 16 06 2022

Quickcheck Can You Trust Cheap Aidiladha Sacrifice Packages The Star 16 06 2022

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 227 hits
WITH Hari Raya Aidiladha just around the corner ads offering affordable Aidiladha sacrifice will soon be sighted online Are they all legitimate offers On Tuesday the Federation of Malaysian Consumer Associations deputy secretary general Nur...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni