Fam Join Saya Apa Maksud Tmj


 
Ciapan ringkas Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada seorang warga maya mengenai bila baginda akan kembali menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jumaat mengundang lebih banyak persoalan daripada menawarkan jawapan.
Harus ramai tertanya-tanya apa yang dimaksudkan Pemangku Sultan Johor dalam jawapannya kepada @icaddcuy di laman Instagram itu tetapi sebagai seorang yang gemar berteka-teki, baginda tidak menghuraikannya sambil membiarkan orang ramai membuat tafsiran sendiri.
Sambil jawapannya membayangkan tiada minat untuk kembali memimpin badan induk bola sepak negara – jawatan yang pernah disandangnya selama genap setahun hingga 25 Mac 2018 – apa yang boleh difahami daripada ciapannya ialah baginda tidak berminat selepas lebih enam tahun meninggalkan FAM.
Beberapa bekas pemain bola sepak kebangsaan – antaranya Wan Jamak Wan Hassan, Safee Sali dan Hairuddin Omar – menyusuli pesanan TMJ itu dengan harapan supaya baginda mempertimbangkan peranan itu semula kerana berpendapat tiada tokoh lain yang lebih berkemampuan ketika ini.
Namun, selain belum memberi sebarang reaksi berbeza, ciapannya pada Jumaat, “Saya tak join FAM (tapi) FAM join saya” menjelaskan pendirian baginda belum berubah tapi tidak menolak untuk membantu badan induk itu dalam kapasiti berbeza. Mungkin itu yang boleh difahami.
Tidak cukup setakat itu, malah Tunku Ismail pada Ahad mengkritik pula beberapa individu dalam kepimpinan FAM sebagai gagal menjalankan tugas dengan baik hingga menghalang kemajuan sukan itu di negara ini.
Ini juga mengundang teka-teki terhadap siapa sebenarnya yang dimaksudkannya sebagai tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak tempatan.
Tetapi apabila baginda membuat perbandingan dengan Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Erick Thohir di atas kemajuan pasukan kebangsaan republik itu, maka orang membaca ia ditujukan kepada Presiden FAM Hamidin Mohd Amin.
Juga ia tidak berhenti mengundang persoalan. Apakah TMJ kecewa dengan Hamidin – pemimpin yang diangkat baginda sendiri sebagai pengganti dan seorang yang cukup komited untuk membangunkan bola sepak negara — ketika melepaskan jawatan presiden FAM enam setengah tahun lalu?
Berbalik kepada persoalan sama ada TMJ akan kembali memimpin FAM, rasanya ia tidak berkemungkinan atas pengalaman tidak menggembirakan selepas baginda menang tanpa bertanding jawatan itu dalam Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac 2017.
Selepas hanya enam bulan dalam jawatan berkenaan, Tunku Ismail mendedahkan terdapat perancangan di sebalik tabir untuk menurunkan baginda. Menegaskan tidak akan tunduk, TMJ berkata apa juga usaha untuk menggantikan baginda – dan ketua pegawai eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) ketika itu, Kevin Ramalingam – tidak akan berjaya.
“Beberapa ahli Exco (FAM) tidak bersetuju dengan pandangan saya kerana mereka mahukan orang mereka sendiri. Tapi maaf, ini sebuah persatuan bola sepak, bukannya parti politik,” kata baginda dalam sidang media selepas Kongres FAM di Johor Bahru pada 5 Okt 2017.
Berselang enam bulan, Tunku Ismail membuat kejutan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers bahawa baginda patut meletak jawatan selepas mendapat kritikan di media sosial berikutan ranking Harimau Malaya turun dari 175 ke 178. Walaupun hanya tiga anak tangga, baginda menganggapnya “satu kegagalan besar”.
Akhirnya pada 25 Mac 2018, Tunku Ismail mengumumkan peletakan jawatannya dalam sidang media selepas kongres tahunan FMLLP di Gelang Patah. Baginda turut mengumumkan menerima pelantikan selaku pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang baru ditubuhkan menggantikan FMLLP ketika itu.
Membuka mulut mengenai sebab-sebabnya meninggalkan FAM lebih setahun kemudian pada 23 Mei 2019, TMJ berkata ia selepas ramai pihak termasuk penaja serta rakan kongsi liga menggesa baginda menjadi pengerusi MFL dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak negara.
“Tanggungjawab FAM adalah untuk menjaga pasukan kebangsaan, jawatankuasa tatatertib, jawatankuasa disiplin dan sebagainya untuk lebih kepada formal di mana bukan fokus khusus kepada liga. Saya tidak boleh memegang dua jawatan kerana saya hanya boleh komited kepada salah satu jawatan itu.
“Apabila kebanyakan bajet, penajaan dan kerjasama adalah menerusi MFL, saya menganggap lebih baik saya berada di MFL dan serahkan (jawatan presiden) FAM kepada Hamidin yang merupakan seorang cukup komited untuk membangunkan bola sepak negara,” kata TMJ dalam satu sidang media khas di Johor Bahru.
“Ramai juga yang mengatakan saya meninggalkan FAM (tanpa berbuat apa-apa). Kalau nak bercakap mengenai sumbangan saya kepada bola sepak semasa saya menjadi presiden FAM, saya telah selesaikan semua hutang FAM (RM12 juta wang sendiri dan RM1.4 juta saman daripada MP & Silva). Saya tidak tinggalkan FAM tanpa berbuat apa-apa,” tambahnya.
Berpandukan kenyataan itu semata-mata, sukar untuk membayangkan Tunku Ismail boleh dipujuk untuk menjadi presiden FAM semula atau itu yang patut menjadi keutamaannya ketika ini.
Lantas, apa maksud ciapan “FAM join saya”?
Ia mungkin boleh dirujuk kepada dokumen ‘Strategi Skuad Kebangsaan’ yang akan menyaksikan Harimau Malaya diurus oleh sebuah badan bebas dipimpin seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) atau pengarah teknikal (TD) seperti dikongsi Tunku Ismail di laman Instagram 3 Sept lalu.
Cadangan itu dimengertikan ramai sebagai bayangan skuad Harimau Malaya mungkin ‘diswastakan’. Namun, ini diperjelaskan Timbalan Presiden FAM Yusoff Mahadi pada 7 Okt lalu bahawa ia bukan berkonsep penswastaan, sebaliknya satu unit baharu di bawah FAM akan ditubuhkan untuk memantau dan mengendalikan skuad kebangsaan secara khusus.
“Isu penswastaan pasukan kebangsaan ini tidak timbul kerana akan ada satu unit khas untuk pasukan kebangsaan yang turut membabitkan skuad B-23.
“Idea ini adalah daripada Pemangku Sultan Johor dan dibincangkan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Idea ini adalah untuk membantu dan menambah baik skuad kebangsaan,” katanya selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa FAM.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh seterusnya berkongsi pada 25 Okt lalu bahawa Tunku Ismail telah memberi pandangan dan cadangan mengenai pelan pembangunan bola sepak Malaysia dalam satu perbincangan yang disertai kedua-duanya bersama Anwar dan Hamidin.
“RM15 juta yang telah diumumkan oleh perdana menteri untuk Harimau Malaya perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Patik telah mendengar pandangan dan cadangan Tunku Mahkota Ismail dalam perancangan yang telah disediakan oleh FAM. Pemangku Sultan Johor mempunyai pengalaman dalam meningkatkan taraf bola sepak,” kata Hannah menerusi laman Facebook tanpa menghuraikan lebih lanjut.
Ini membawa kepada satu lagi persoalan apakah Tunku Ismail akan menjadi CEO unit khas untuk pasukan kebangsaan yang akan ditubuhkan di bawah FAM? Hanya TMJ mempunyai jawapannya pada peringkat ini. Kita nantikan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/fam-join-saya-apa-maksud-tmj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Ketimbang Dan Contoh Penggunannya

Maksud Ketimbang Dan Contoh Penggunannya

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 80 hits
Maksud Ketimbang dan Contoh Penggunannya Perkataan ketimbang baru baru ini mencuri perhatian ramai apabila Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakannya dalam ucapan rasminya semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober lalu...
Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat

Bahasa Isyarat Malaysia Maksud Contoh Bahasa Isyarat

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 114 hits
Bagi orang pekak di Malaysia mereka menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain Bahasa isyarat dapat difahami sebagai bahasa yang bergantung kepada pergerakan tangan badan dan bibir serta tidak...
Bahasa Istana Contoh Perkataan Maksud

Bahasa Istana Contoh Perkataan Maksud

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 90 hits
Bahasa Istana merupakan bahasa yang mempunyai laras bahasa yang kaya dengan budi dan kesopanan Bahasa ini juga sering digunakan sebagai perhubungan antara keluarga diraja dan rakyat jelata serta hal ehwal di dalam istana Selain itu bahasa i...
Maksud Ketimbang

Maksud Ketimbang

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 73 hits
Penggunaan ketimbang dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mempunyai beberapa perbezaan yang ketara walaupun kedua duanya berasal dari akar yang sama Berikut adalah perbandingan antara kedua dua bahasa nbsp Bahasa Melayu nbsp 1 Maksud Da...
Pendidikan Manusiawi Kpm Maksud Pelaksanaan

Pendidikan Manusiawi Kpm Maksud Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 78 hits
Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek sebelum ini telah memperkenalkan agenda Pendidikan Manusiawi di dalam Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan matlamat di kementerian tersebut Agenda ini merupakan sebahagian daripada hala tuju KP...
Ceo Gisb Dan Isteri Fail Habeas Corpus Minta Dibebaskan Segera Ini Maksud Habeas Corpus

Ceo Gisb Dan Isteri Fail Habeas Corpus Minta Dibebaskan Segera Ini Maksud Habeas Corpus

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 46 hits
Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya Azura Md Yusof Mereka yang didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang telah memfailkan permohonan habeas corpus untuk pembebasan sert
Apa Maksud Shiqaq Dalam Perkahwinan

Apa Maksud Shiqaq Dalam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 71 hits
Apakah SHIQAQ Shiqaq ini adalah pergaduhan yang berpanjangan dalam rumahtangga Contohnya asyik bergaduh walau sekecil kecil benda Keadaan dalam perkahwinan tu lagi banyak gaduh daripada aman Proses sabitan Shiqaq ini selalunya akan dilakuka...
Maksud Hadis Hiasilah Al Quran Dengan Suara Kamu

Maksud Hadis Hiasilah Al Quran Dengan Suara Kamu

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 82 hits
Terdapat sebuah hadis yang berbunyi Hiasilah Al Quran dengan suara kamu Apakah status hadis ini dan apa maksudnya Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanf...
Warna Hitam Penerangan Contoh Maksud Warna

Warna Hitam Penerangan Contoh Maksud Warna

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 72 hits
Warna hitam merupakan ratu atau permaisuri bagi semua jenis warna Ia merupakan warna yang paling gelap dan terhasil daripada ketiadaan atau penyerapan penuh cahaya seperti warna putih dan warna kelabu Hitam sering dikaitkan atau dikonotasik...
Huawei Tech With Love

Pengasas Beras Faiza Asal Mesir

Sagittarius And Gemini

What Are The Lucky Numbers For Pisces

What S Virgos Symbol

Forever Single A First Look At The 2025 Suzuki Dr Z4s And Dr Z4sm

Samsung Sahkan Pilihan Upgrade Baru Peminat Galaxy Perlu Buat Keputusan

Tarot For Aries


echo '';
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia


Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Ekovest S Lim Explores Sale Of Toll Roads For Rm5bil

Misplaced Priorities Federal Territories Mufti Bill

Zahid Criticises Pac For Failing To Get Accurate Info On Semarak20 Sale

Boost Your Rankings With Powerful Gov Backlinks

Alarm System Rumah Berbunyi Ketika Ketiadaan Orang Di Rumah