Fam Gantung Nik Akif Dan Tiga Pemain Liga M3


Bernama Nik Akif turut diberi amaran keras selain akan dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama. - Gambar fail 

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kelantan Nik Akif Nik Mat terlepas peluang beraksi pada pertemuan menentang Negeri Sembilan esok selepas beliau digantung dua perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana berkelakuan ganas semasa menentang Sarawak, 6 April lepas.

Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Premier berkenaan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu berkata keputusan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa itu semalam dengan satu penggantungan adalah secara automatik iaitu ketika Kelantan menentang PDRM pada 12 April lepas.

Nik Akif turut diberi amaran keras selain akan dikenakan hukuman lebih berat sekiranya mengulangi kesalahan sama, katanya dalam kenyataan hari ini.

Baljit berkata mesyuarat semalam turut memutuskan hukuman penggantungan perlawanan ke atas tiga pemain Liga M3 iaitu dua orang dikenakan penggantungan enam perlawanan sementara seorang lain digantung empat perlawanan berserta denda RM500.

Jasmir Mehat (SAMB FC) dan Muhammad Rizqi Azman (DDM FC) digantung enam perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik namun kedua-duanya digantung bagi tiga perlawanan terlebih dahulu manakala baki ditangguhkan, tertakluk kepada kelakuan baik pemain selama enam bulan dari tarikh penerimaan keputusan.

"Jika pemain didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan tiga perlawanan ini akan berkuat kuasa dengan serta-merta," katanya.

Penggantungan tiga perlawanan ke atas Jasmir yang merupakan akibat kad merah yang diterimanya semasa menentang Ultimate FC pada 6 April di Padang Pulapol, melibatkan perlawanan menentang Glory United pada 14 April (penggantungan secara automatik), Armed Forces (21 April) dan Kelantan United FC (28 April).

Penggantungan Muhammad Rizqi yang didapati bersalah memukul bahagian leher pemain Puchong Fuerza FC, Zulkefli Baharuddin pada perlawanan 7 April di Stadium Mini MMU, Cyberjaya, membabitkan perlawanan menentang Ultimate FC pada 13 April (penggantungan secara automatik), Glory United FC (20 April) dan Armed Forces FC (28 April).

Pemain Tun Razak FC, Mohammad Firdaus Yusof pula dikenakan penggantungan empat perlawanan dan denda RM500 kerana menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil berkenaan.

"Penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan secara automatik dan hukuman denda sebanyak RM500 dikehendaki dijelaskan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan, dan diberi amaran keras dan hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama," katanya.

Mohammad Firdaus menjalani penggantungan secara automatik pada perlawanan membabitkan Tun Razak FC menentang Ultimate FC (30 Mac) dan berbaki tiga lagi penggantungan iaitu menentang Kelantan United (21 April), Kuching FA (27 April) dan BTK FC (15 Jun).-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/fam-gantung-nik-akif-dan-tiga-pemain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fam Boleh Lupakan Hasrat Jadikan Lee Tuck Pemain Naturalisasi

Fam Boleh Lupakan Hasrat Jadikan Lee Tuck Pemain Naturalisasi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 351 hits
PEMAIN import Terengganu FC Lee Andrew Tuck sudah boleh melupakan hasratnya untuk mewakili negara setelah gagal mengemukakan dokumen yang membuktikan dirinya mempunyai darah keturunan Malaysia lapor FARAH SHAZWANI ALI Timbalan Presiden Pers...
Jdt Rampas Takhta Liga Berhadapan 8 Orang Pemain Felda United

Jdt Rampas Takhta Liga Berhadapan 8 Orang Pemain Felda United

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 395 hits
Gambar Kredit JOHOR Southern TigersNampaknya pasukan Johor Darul Ta zim memastikan mereka mampu untuk merampas kembali takhta liga apabila menewaskan FELDA United 3 1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin Apa yang mal...
Anak Aku Bekas Banduan Tiga Tahun Tak Melawat Di Penjara Inilah Wajah Anak Ketiga Erma Fatima

Anak Aku Bekas Banduan Tiga Tahun Tak Melawat Di Penjara Inilah Wajah Anak Ketiga Erma Fatima

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 2103 hits
Selepas tular di Instagram mengenai anak ketiga Erma Fatimah yang baru sahaja pulang ke pangkuannya malam tadi pengarah drama tersebut sekali lagi memuat naik kapsyen panjang lebar mengenai anaknya itu Anak Aku Bekas Banduan Tiga Tahun Tak ...
Tiga Mutiara Fikir Kaki Palu

Tiga Mutiara Fikir Kaki Palu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 471 hits
Memburu kekasih menjauhi kamu tidak akan menemukan siapa diri kamu sebenarnya Kaki PaluOrang yang berani gagal dan tidak mengeluh sebenarnya mereka sedang memperolehi kejayaan Kaki PaluJangan kecewa pada kegagalan kerana kegagalan pintu per...
Penyatuan Vokal Tiga Diva Siti Sarah Misha Omar Noryn Aziz

Penyatuan Vokal Tiga Diva Siti Sarah Misha Omar Noryn Aziz

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 499 hits
Jika dirangkumkan penampilan trio vokalis wanita terhebat negara dalam perkataan hanya satu frasa yang sesuai digunakan iaitu sempurna Paduan vokal Siti Sarah Misha Omar dan Noryn Aziz sedikit pun tiada kecacatan sehingga membuatkan penonto...
Tiga Perkara Haram Dan Tiga Perkara Dibenci

Tiga Perkara Haram Dan Tiga Perkara Dibenci

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 386 hits
Dari Mughirah bin Syu bah RA dari Rasulullah SAW baginda bersabda Sesungguhnya Allah azza wajalla mengharamkan kalian menderhakai seorang ibu mengubur anak perempuan hidup hidup dan tidak suka memberi dan suka meminta minta Dan membenci ata...
Tiga Kunci Indonesia Kejar Ketertinggalan Ekonomi Versi Wapres Jk

Tiga Kunci Indonesia Kejar Ketertinggalan Ekonomi Versi Wapres Jk

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 385 hits
Wapres JK mengatakan untuk mengejar ketertinggalan tersebut maka ada beberapa hal yang kini fokus dilakukan oleh pemerintah Pertama adalah dengan menciptakan pemerintahan yang bersih tegas dan sejumlah aturan aturan yang mendukung Kemudian ...
Nikah Tiga Atau Empat Tahun Lagi

Nikah Tiga Atau Empat Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 324 hits
Ironi langkah demi langkah disusun rapi tanpa sekelumit rasa jemu bagi memastikan tugu dirinya terus ampuh dan kekal diterima bakat seninya dalam kanvas nyanyian Meskipun percubaaannya pernah nenemui jalan buntu atau bahasa mudahnya titik n...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked