Faktor Penyakit Jantung Rambut Beruban Dan Botak


Hello Doktor: Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Individu yang didiagnosis dengan masalah kesihatan ini cenderung untuk mengalami penurunan pada aspek kualiti hidup.
Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi boleh menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit jantung.
Namun, baru-baru ini, kajian telah menunjukkan terdapat faktor lain yang turut menyebabkan anda lebih berisiko untuk didiagnosis dengan masalah kesihatan tersebut.
Antara yang menarik minat para ahli akademik adalah masalah kebotakan dan rambut beruban dalam kalangan lelaki.
Tidak dinafikan, penerangan dari sudut patologi masih lagi tidak jelas berkaitan dengan faktor penyakit jantung tersebut.
Namun, penemuan itu boleh memberikan perspektif baharu dalam memahami proses penyakit bagi masalah jantung.
Majoriti penghidap sakit jantung (subjek) mengalami masalah kebotakan atau rambut berubanApa yang anda perlu faham adalah tiada satu pun faktor risiko dalam apa jua masalah kesihatan bersifat mutlak.
Ini bermakna, sekiranya anda mempunyai masalah tersebut, tidak bermakna anda pasti akan didiagnosis dengan masalah kesihatan terbabit.
Meskipun begitu, perbincangan berkenaan dengan faktor risiko boleh memberikan gambaran terhadap peningkatan risiko agar langkah pencegahan boleh dibuat lebih awal.
Kajian yang dibentangkan di Persidangan Tahunan ke-69 bagi Persatuan Kardiologi di India menunjukkan dapatan yang mengujakan.
Kumpulan yang diketuai oleh Dr Kamal Sharma, seorang pakar kardiologi telah membuat siasatan terhadap 790 penghidap sakit jantung yang berusia 40 tahun dan ke bawah.
Mereka turut merangkumkan 1,270 subjek dalam populasi usia yang sama namun tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan untuk dibuat perbandingan.
Ujian bagi menilai tahap kebotakan dan peratusan rambut beruban telah dibuat dan direkodkan bagi tujuan perbincangan.
Hasilnya menunjukkan lebih daripada separuh penghidap sakit jantung mempunyai masalah rambut beruban berbanding dengan subjek sihat (hanya 30 peratus).
Masalah kebotakan pula dialami oleh hampir separuh (49 peratus) penghidap penyakit jantung berbanding dengan mereka yang sihat (27 peratus).
Apa yang lebih menarik, tahap kebotakan dan peratusan uban berkadar secara terus dengan tahap keterukan penyakit jantung.
Ini bermakna, mereka yang mengalami masalah kebotakan yang serius atau mempunyai peratusan uban yang tinggi, mempunyai risiko yang tinggi untuk didiagnosis.
Protokol pencegahan dan rawatan harus fleksibel dengan dapatan kajian semasa
Setakat ini, masalah kebotakan dan rambut beruban boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jauh lebih tinggi berbanding dengan masalah obesiti

Mereka yang obes mempunyai risiko setinggi 4 kali ganda untuk mendapat masalah jantung.  
Masalah kebotakan dan rambut beruban pula boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 5 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan risiko umum

Walaupun faktor risiko tradisional seperti penyakit kronik, sejarah keluarga dan tabiat merokok perlu diberikan perhatian dalam menilai sakit jantung, tapi peningkatan jumlah penghidap dalam kalangan lelaki muda (40 tahun dan ke bawah) tidak boleh dijelaskan dengan faktor tersebut semata-mata

Mereka yang mengalami kebotakan atau rambut beruban mempunyai kaitan dengan usia vaskular (salur darah) tanpa mengira usia kronologikal (usia anda sebenar)

Faktor tersebut menggambarkan risiko sakit jantung dari sudut biologikal

Perkara ini turut penting bagi mengelakkan insiden penyakit jantung terus meningkat

Sebelum kajian ini diterbitkan, saintis hanya mengukur usia biologi berdasarkan kepada usia kronologi

Hakikatnya, kita memerlukan skala yang sah berdasarkan kepada kajian terkini bagi menambah baik keupayaan untuk meramal risiko penyakit jantung dengan lebih efisien

Apa yang boleh dipelajari daripada kajian faktor penyakit jantung tersebut
Meskipun dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan di antara masalah kebotakan dan rambut beruban dengan penyakit jantung, kajian lanjut perlu dilakukan bagi memahami kaitan di antaranya

Sekiranya terbukti benar, maka kita berjaya mengorak langkah ke hadapan dalam usaha untuk  memahami potensi punca di sebalik peningkatan insiden penyakit jantung dalam kalangan populasi muda

Lelaki yang mengalami masalah kebotakan dan rambut beruban perlu dipantau dengan lebih teliti

Mereka juga perlu dididik untuk mengubah faktor gaya hidup seperti pemakanan, aktiviti sukan dan pengurusan tekanan bagi mengurangkan risiko penyakit jantung

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia (lelaki) dengan kadar kematian setinggi 17.8 peratus direkodkan pada tahun 2018

Lebih teruk lagi, masalah kesihatan seperti kencing manis boleh menyebabkan simptom yang dialami oleh pesakit jantung berbeza berbanding normal

Sebagai contoh, mereka yang mengalami masalah kencing manis teruk (tidak terkawal) boleh mengalami serangan jantung tanpa simptom sakit dada

Dalam keadaan tersebut, pesakit tidak cenderung untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital menyebabkan risiko kematian mereka meningkat

Penemuan faktor risiko baharu boleh memberikan perspektif yang lebih meluas dalam penjagaan dan rawatan bagi penghidap penyakit jantung

KonklusiPenyakit jantung bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi insidennya semakin meningkat tahun demi tahun

Terdapat pelbagai jenis faktor risiko yang dikaitkan dengannya dan baru-baru ini, kajian telah menunjukkan fokus turut perlu diberikan kepada lelaki yang mengalami masalah kebotakan dan rambut beruban pada usia muda

Sekiranya kajian lanjut menunjukkan dapatan yang signifikan, pemeriksaan secara berkala dan pemantauan kesihatan perlu dibuat pada mereka yang mengalami keadaan tersebut

Sumber: Hello Doktor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.kickstory.net/2020/09/faktor-penyakit-jantung-rambut-beruban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Rekomendasi Sampo Penumbuh Rambut Untuk Semua Kalangan Ada Yang Murah Juga Kok

10 Rekomendasi Sampo Penumbuh Rambut Untuk Semua Kalangan Ada Yang Murah Juga Kok

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 225 hits
Kebanyakan sampo penumbuh rambut memang mahal sih tapi ada beberapa pilihan yang cukup terjangkau juga
Sambil Sikat Rambut Anak Doalah Cium Pipi Kesannya Anak Mudah Dengar Cakap

Sambil Sikat Rambut Anak Doalah Cium Pipi Kesannya Anak Mudah Dengar Cakap

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 228 hits
Sebenarnya didikan dan perhatian ibu bapa di rumah memainkan peranan membentuk anak anak yang baik akhlaknya dan mendengar kata Macam macam cara boleh dilakukan seperti niat yang baik baik semasa memasak waktu anak tidur dan juga ketika men...
Dara The Virgin Kini Tampil Beda Dengan Rambut Panjang Tatonya Curi Perhatian

Dara The Virgin Kini Tampil Beda Dengan Rambut Panjang Tatonya Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 311 hits
Nama Dara The Virgin sudah tidak asing lagi di dunia musik tanah air Namanya dikenal publik lewat grup duo bentukan Ahmad Dhani The Virgin bersama Mitha Penampilan Dara pun kini berbeda Dara kini memiliki rambut panjang Penampilan Dara menc...
Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

Ada Sebab Nurse Bising Kalau Hb Rendah Masa Hamil Boleh Sebabkan Janin Jantung Ibu Rosak

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 219 hits
Anemia atau lebih dikenali sebagai masalah HB rendah banyak dihadapi oleh ibu ibu hamil Walau pun ia masalah yang biasa perkara ini tidak semestinya diambil mudah Dalam jangka masa panjang jantung ibu boleh jadi lemah dan rosak Pemeriksaan ...
Presiden India Jalani Pembedahan Jantung

Presiden India Jalani Pembedahan Jantung

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 163 hits
Presiden India jalani pembedahan jantung Dikemas kini 35 saat yang lalu Diterbitkan pada 31 Mar 2021 7 30PM
Hiburan Bukan Rezeki Penat Simpan Rambut Panjang Luqman Hafidz Tak Kecewa Watak Dijanjikan Jadi Milik Orang Lain

Hiburan Bukan Rezeki Penat Simpan Rambut Panjang Luqman Hafidz Tak Kecewa Watak Dijanjikan Jadi Milik Orang Lain

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 197 hits
Pelakon yang mula terkenal menerusi filem Ola Bola Luqman Hafidz berkata dirinya percaya pada rezeki tuhan apabila watak yang diidamkannya telah diserahkan kepada orang lain View this post on InstagramAdvertisementUjar Luqman watak tersebut...
Risaunya Bila Rambut Menipis Selepas Bersalin Ini 7 Syampu Untuk Rambut Gugur Terbaik Di Pasaran

Risaunya Bila Rambut Menipis Selepas Bersalin Ini 7 Syampu Untuk Rambut Gugur Terbaik Di Pasaran

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 227 hits
Sebagai wanita masalah rambut gugur merupakan satu masalah yang kerap terjadi terutamanya selepas melahirkan anak Bila dah jadi macam ini kita mulalah mencari syampu untuk rambut gugur yang berkesan Masalah rambut gugur ini biasanya bermula...
Tampil Dengan Kepala Plontos Kevin Aprilio Jalani Transplantasi Rambut Akui Insecure

Tampil Dengan Kepala Plontos Kevin Aprilio Jalani Transplantasi Rambut Akui Insecure

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 193 hits
Ternyata ada alasan kenapa selama ini Kevin selalu memiliki model rambut yang sama bahkan dianggap menjadi ciri khasnya
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever