Faktor Mempengaruhi Caruman Takaful



Berikut adalah faktor yang mempengaruhi kadar caruman takaful peribadi seseorang ketika menyertai pelan Takaful.
 
 
1. Umur
 
Umur memainkan peranan penting dalam menentukan jumlah caruman sesebuah pelan Takaful. Lagi muda usia, lagi murah harganya. Jumlah pampasan yang diterima juga lebih tinggi walaupun jumlah caruman adalah sama.
 
Pengecualian diberi kepada pencarum yang berusia di bawah lima tahun. Jumlah pampasan tidak diterima sepenuhnya atas faktor risiko yang tinggi ketika dalam julat usia tersebut.

2. Jantina
 
Jantina peserta juga mempengaruhi jumlah caruman sesebuah pelan Takaful. Wanita membayar caruman lebih rendah berbanding dengan lelaki kecuali dalam julat usia tertentu. Biasanya ketika usia muda.
 
Perbezaan caruman atau pampasan antara lelaki dan wanita akan menjadi makin ketara ketika usia semakin lanjut (tua). Ini menjadi kelebihan bagi wanita dalam melanggan pelan takaful.
 
Maklumlah wanita secara puratanya hidup lebih lama dari lelaki.
 
 
3. Kesihatan
 
Tahap kesihatan seseorang itu amat penting dalam menentukan jumlah caruman atau pampasan yang diterima. Jumlah caruman menjadi lebih rendah ketika masih sihat. Masih tidak menghidap penyakit atau pernah dimasukkan ke hospital.
 
Ambillah pelan takaful ketika masih sihat. Caruman menjadi lebih rendah atau pampasan menjadi lebih tinggi pada ketika itu. Bergantung polisi pelan takaful yang diambil.
 
 
4. Gaya Hidup
 
Sihat sahaja tidak mencukupi. Pencarum perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat.
 
Cara yang paling mudah dalam menentukan gaya hidup pencarum adalah melalui ukuran jisim (berat) serta tabiat merokok (merokok ke tidak).
 
Kawal berat badan dan jangan merokok. Itu rahsianya. Supaya kita dapat pampasan yang lebih tinggi dengan caruman yang lebih rendah.
 
 
5. Tempoh Masa
 
Mencarum bagi tempoh yang panjang juga meningkatkan jumlah caruman atau merendahkan jumlah pampasan.
 
Oleh itu, waktu terbaik mencarum ketika mula melangkah kaki ke alam pekerjaan sehingga pencen. (18 sehingga 60 tahun).
 
Inikan tujuan utama Takaful. Menyediakan pampasan sekiranya kita ditimpa musibah ketika berada dalam usia yang mampu bekerja. Kudrat masih kuat. Pemikiran masih tajam.
 
 
6. Jumlah Pampasan
 
Jumlah pampasan juga mempengaruhi secara langsung jumlah caruman yang perlu dibuat oleh peserta.
 
Lagi tinggi pampasan, lagi besar carumannya. Seimbangkan antara jumlah pampasan yang diigini dengan kemampuan membayar secara konsisten sehingga tempoh matang. Takaful inikan satu komitmen yang lama.
 
 
7. Pekerjaan
 
Jenis pekerjaan juga diambil kira ketika menentukan pampasan atau caruman bulanan dalan pelan Takaful. Terdapat beberapa kategori pekerjaan telah ditetapkan merujuk tahap risiko.
 
Lagi tinggi risiko kemalangan atau menghidap penyakit ketika bekerja, lagi rendah pampasannya, bahkan kemungkinan permohonan ditolak lebih tinggi walaupun umur muda atau tahap kesihatan memuaskan.
 
Walaupun permohonan berjaya sekalipun, caruman akan menjadi lebih tinggi dari biasa atas risiko yang terpaksa ditanggung oleh pengendali Takaful ketika menerima permohonan.
 
 
Penentuan caruman atau pampasan dalan pelan Takaful ditentukan berdasarkan kombinasi semua faktor yang telah dikongsi di atas.
 
Waktu terbaik mencarum dalam pelan Takaful adalah ketika masih muda, ketika masih sihat dan ketika bujang. Fungsi utama takaful adalah bagi menguruskan risiko yang tak pasti dalam kehidupan dengan cara menyediakan sedikit pampasan untuk diri atau waris terdekat.
 
Jadi kaya itu penting tetapi tidak jatuh miskin adalah jauh lebih penting.   
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2021/06/faktor-mempengaruhi-caruman-takaful.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Renew Insurans Roadtax Bjak My Cara Bayar Pilih Takaful Motorsikal Kereta

Renew Insurans Roadtax Bjak My Cara Bayar Pilih Takaful Motorsikal Kereta

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 339 hits
RENEW INSURANS ROADTAX BJAK MY CARA BAYAR PILIH TAKAFUL MOTORSIKAL KERETA Pernahkah anda renew insurans roadtax Bjak my Bagaimanakah cara bayar dan pilih perlindungan untuk motor dan kereta anda melalui portal Bjak my CARA BAYAR INSURANS MO...
T18a23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya Di Takaful Ikhlas Bangsar South

T18a23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya Di Takaful Ikhlas Bangsar South

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 300 hits
Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya daripada Takaful Ikhlas Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 untuk kereta Prot...
Cara Daftar Takaful Malaysia Register Login Mytakafulcustomer

Cara Daftar Takaful Malaysia Register Login Mytakafulcustomer

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 317 hits
CARA DAFTAR TAKAFUL MALAYSIA REGISTER LOGIN myTakafulCustomer Adakah anda seorang pelanggan Takaful Malaysai Jika ya sudahkah anda register dan login myTakafulCustomer Perkhidmatan myTakafulCustomer ini memudahkan pelanggan untuk melihat po...
T21f19 Perbaharui Takaful Dan Cukai Jalan Subaru Xv 2021 Secara Dalam Talian

T21f19 Perbaharui Takaful Dan Cukai Jalan Subaru Xv 2021 Secara Dalam Talian

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 293 hits
Alhamdulillah semalam Master telah berjaya memperbaharui cukai jalan kereta Subaru XV STI 2015 kami secara online Seperti mana yang pernah dilakukan untuk tahun 2020 Master menghubungi Takaful Ikhlas melalui email bertanyakan jika pihak Tak...
Kaji Pelbagai Faktor Sebelum Beralih Ke Fasa Dua Pemulihan

Kaji Pelbagai Faktor Sebelum Beralih Ke Fasa Dua Pemulihan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 244 hits
Oleh KERAJAAN akan melihat pelbagai faktor termasuk situasi sebenar Covid 19 dalam negara serta kaedah intervensi sebelum memutuskan negara boleh beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Bel...
4 Faktor Pentingnya Tetap Lakukan 5m Sesudah Vaksin Patut Dipahami

4 Faktor Pentingnya Tetap Lakukan 5m Sesudah Vaksin Patut Dipahami

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 239 hits
Bagi Anda yang sudah mendapatkan vaksin bukan berarti boleh mengabaikan protokol kesehatan yang sudah diterapkan terutama 5M
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur