Fakta Yang Mungkin Lupa Melayu Serang Melayu


SEBUAH PENGAMATAN

Selepas bermuafakat untuk menentang gagasan mewujudkan Malaysia Union (1945) yang diilahmkan penjajah, orang Melayu bergaduh dan bergasak sesama sendiri. Satu hal yang sangat aneh mulanya mereka boleh bermuafakat, tetapi kemudian bergaduh.

Pergaduhan atau seleheng bermula dengan golongan agama dalam Umno bertindak menenatang ideologi parti berkenaan yang dianggap sebagai sekular. Golomgan itu kemudian menubuhkan persatuan sendiri yang dinamakan Parti Islam se Malaysia (Pas). Mereka menyertai Pas itu asalnya ialah sayap atau biro agama kepada Umno. 
Peribadi yang menjadi sasaran Pas ialah Onn Jaafar yang menjadi ketua Umno. Onn Jaafarlah yang mengutarakan untuk mewujudkan Malay Union. Kemudian sasaran beralih kepada Tunku Abdul Rahman yang mengambil alih pimpinan parti itu. Di sinilah bermula pergaduhan dan serang menyerang sesama Melayu. Pergaduhan menjadi lebih ketara apabila Pas menyertai pilihan pertama (1955) menentang parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan jadi lebih tegang dan dahsyat lagi apabila Pas mula melebelkan Umno sebagai kafir. 

Walaupun Pas tidak menang dalam pilihan raya pertama itu, (hanya menang satu kerusi di Krian Perak), tetapi parti itu konsisten menentang Umno. Mereka berjaya mendoktrinkan orang Melayu di kawasan luar bandar khasnya di negeri Pantau Timur untuk menerima Umno sebagai parti sekular yang berjuangan tidak selari dengan Islam. 
Dalam pilihan raya kedua Pas (1969) mula mendapat kemenangan di Kelantan dan Terengganu dan kemenangan itu menjadi azimat untuk menganggap Pas adalah parti sebenar (Islam). Bermodal kemenangan di Kelantan dan Terengganu itulah Pas membenih ke seluruh Malaysia hari ini. 

Lebih 19 tahun Pas menentang Umno secara berterusan sebelum menerima "gecetan senjata". Setelah Umno dipimpinan oleh Tun Razak barulah ada sedikit keredaan apabila Pas yang dipimpin Mohd Asri Muda bersetuju untuk mengadakan gecatan sejanta dengan perwujudan kerajaan campuran 1971.

Namun gecatan senjata itu bertahan hanya lapan tahun sahaja, selepas itu orang Melayu khususnya didominasi Pas dan Umno kembali bergaduh sekali lagi. Kerajaan campuran yang kemudian menjadi BN relai tahun 1978.

Kali ini peribadi yang menjadi sasaran ialah Hussein Onn yang mengambil kepimpinan Umno daripada Tun Razak yang meninggal dunia di London 1976. Kepimpinan Hussein diserang dan dikecam seperti mana Tunku Abdul Rahman dikecam dengan dianggap sebagai pemimpin sekular yang meneruskan pemerintaan (perlembagaan) penjajah.

Perbalahan atau ketajaman perseteruan Pas dengan Umno ini diambil kesempatan pula oleh golongan Cina yng menolak dasar kebangsaan Umno. Orang Cina tahu mereka tidak dapat berbuat apa-apa tanpa menyelit (bekerjasama atau menumpang) dengan mana-mana kumpulan bagi mencapai matlamatnya.

Golongan Cina ini adalah daripada parti DAP yang merupakan klon parti Petir yang diasaskan di Singapura. Mereka dibantu oleh golongan sosial daripada parti Buruh dan Sosialis Malaysia serta gearakan haluan kiri.

Penentangan atau serangan kepada kepimpinan Melayu oleh Melayu berterusan apabila Umno dipimpinan oleh Dr Mahathir Mohamad. Era pimpinan Dr Mahathir inilah dilihat era yang sangat membarakan pergaduhan orang Melayu sampai menumpahkan darah. Dasar-dasar atau idealisme kepimpinan Dr Mahathir yang modern dan tidak serasai dengan idealisme Pas berteraskan agama konsevertif menegangkan keadaan serta meluaskan jurang sengke

Manakala Dr Mahathir pula dalam mempertahankan hegomenis kekuasaanya sanggup bertindak diluar batas demokrasi dan kebebasan manusia dengan dengan cara menangkap dan memenjarakan. Ramai para pemimpin Pas ditangkap dan disumbat ke dalam penjara tanpa bicara.

Serangan terhadap Dr Mahathir makin membesar apabila berlaku krisis dalam Umno ekoran pemecatan Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden Umno dan juga menjadi Timbalan Perdana Menteri

Peristiwa itu dan kekecewaan Anwar atas tragedi itu diambil kesemptan oleh Pas. Pas mendapat regu atau partner politik yang besar untuk terus menyerang Umno. Golongan Cina dalam DAP yang sebelum ini sudan cengil dengan Umno mengambil kesempatan untuk berkolaborasi sama dengan Pas dan Anwar untuk menantang Dr Mahathir Mohamad. Bagi DAP dan Pas apa yang berlaku ke atas Anwar itu seperti orang mengantuk disorong bantal

Kolaborasi di antara Pas dengan Anwar serta DAP membawa kejayaan apabila akhirnya Dr Mahathir tidak tahan menerima serangan dan kritikan dari dalam dan luar negara meletak jawatan. Laungan dan himpunan Reformasi benar-benar membingkitkan telinga Dr Mahathir

Tindakan itu menyebabkan Umno diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi tanpa rela Mahathir. Abdullah juga tidak terkecuali ikut menerima pesaka daripada Mahathir dan turut menerima serangan Melayu Pas. Sebahagian orang Melayu dalam Pas menyerang Abdullah, walaupun perdana menteri ke-5 itu cuba menenangkan suhu politik Malaysia dengan cuba membentuk kerajaan perpaduan.

Tradisi Melayu serang Melayu diteruskan oleh kumpulan "prolib" - Profesionali-Liberalisme, dalam Pas. Mereka tidak nampak lagi perpaduan menerusi Umno sebaliknya obses untuk mendapat kuasa sendiri dengan menyakini kalau Najib pimpinan Umno parti itu akan runtuh. Peristiwa yang menimpa Anwar telah dijadikan modal oleh Pas dan juga DAP untuk menyerang Umno. Nafsu Pas, DAP dan juga kumpulan Anwar (yang telah tubuh parti sendiri, Parti Keadilan Nasional/Rakyat) tidak dapat disekat tunda lagi.

Pilihan raya  umum ke-14 memberi isyarat kepada Umno yang parti itu tidak segagah dahulu lagi. Pertama kali Umno yan menjadi kepala atau taukeh dalam BN hilang majoriti di parlimen. Musibah itu menyebabkan Abdullah mengambil tanggungjawab meletak jawatan (2009) dan kepimpinan Umno dan kerajaan diserahkan kepada Najib Razak.

Tidak ada apa-apa keistimewaan yang dimiliki Najib walaupun beliau adalah putera sulong Tun Razak. Beliau tidak dapat mengawal keadaan dirinya daripada terus diserang oleh orang Melayu Pas, Keadilan yang sudah berpadu dengan DAP. Lebih malang lagi Najib juga turut sama diserang oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad seperti mana dialami Abdullah Badawi. Musuh Najib bukan sahaja pembangkang tetapi bekas PM sendiri.

Isu skandal BMF telah meletakkan Najib dalam keadaan tidak selesa dan skandal itu menjadi senjanta ampuh kepada musuh untuk melawannya. Skandal BMF memecah belahkan Umno dan akhirnya meruntuhkan parti dikatakan keramat itu. Dr Mahathir pula tidak lagi menyerang Najib daripada rumah tetapi sudah turun ke lapangan, sanggup merendah diri untuk bersekongkol dengan Anwar.

Mereka yang tidak sebulu dengan Najib telah berpakat keluar daripada Umno dan mengagaskan parti baru, PPBM. Penubuhan PPBM ini menyempurnakan serangan secara berskala besar ke atas Najib. Al hasilnya dalam pilihan raya 2018 Umno dan Najib tumbang dan tersungkur. Kejatuhan itu tidak syak kerana ditolak oleh Melayu. Menyimpul kemalangan Umno itu ia disebabkan "pengkhianatan" Melayu sesama Melayu.

Ringkas cerita hasil pengkhianatan itu terbentuklah kerajaan baru buat pertama kali sejak tahun 1955 apabil PH memenang pilihan raya umum ke-14. Kerajaan baru itu ironisnya dipimpinan oleh bekas pemimpin Umno, Dr Mahathir Mohamad. Melihat kepada kemenangan besar PH, diperkirakan kerajaan ini akan kekal dan Umno tidak berkeupayaan lagi untuk menggugatnya.

Namun realiti tidak begitu. Perangai Melayu yang suka serang Melayu berlaku dalam kerajaan PH itu. Diam-diam kepimpinan Dr Mahathir dijatuhkan oleh Melayu yang ingin berkuasa dengan mengambil kesempatan yang ada. Di luaran yang nampak untuk menjatuhkan Dr Mahathir, adalah Anwar tetapi apa berlaku sebaliknya, ini mengejutkan Dr Mahathir Mohamad. 

Mahiaddin Yassin naik jadi Perdana Menteri baru. Disebabkan beliau bukan calon yang diharapkan, beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya. Apa lagi naik jadi PM dengan bantuan SD yang mencurigainya, menyebabkan tidak sampai setahun setengah beliau terpaksa berundur. Pengudurannya diganti oleh Ismail Sabri Yaakob sebagai PM sementara pilihan raya umum diadakan. Walaupun demikian Ismail Sabri juga menerima nasib sama beliau ditentang oleh sesama sendiri orang Melayu.

Pilihan raya umum ke-15 memberi wajah baharu kepada politik, demokrasi dan parlimen Malaysia. Tidak ada parti yang mempunyai jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan. Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong mengsyorkan agar diadakan kerajaan perpaduan telah memberi tuah kepada PH dan BN. Al hasilnya Anwar yang menanti untuk jadi PM selama 25 tahun dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sayang dalam keadaan parlimen tergantung dan tidak ada mana-mana koalisi yang dapat membentuk kerajaan, namun tradisi lama menyerang perdana menteri masih dihadapi Anwar. PN yang menjadi pembangkang dan dimonopoliti seratus peratus Melayu menyerang Anwar siang malam. Apakah serang sesama sendiri (Melayu) ini akan jadi tradisi dan pusaka politik orang Melayu? Dan kalau selepas Anwar nanti PM itu juga akan menerima dan alami nasib yang sama? [wm.kl.7:23 pm 10/04/2033].





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/04/fakta-yang-mungkin-lupa-melayu-sersng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Pmx Sound Kaum Melayu Ke Tu

Hebat Pmx Sound Kaum Melayu Ke Tu

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 203 hits
Pelik Rasa tertusuk kalbu Zaman Tun pun relax jer tun bagitau melayu malas Korang sentap pun kejap jer Lepas tu kembali undi UMNO Tapi selepas berterusan dicanang barulah pandai beralih undi Tapi PRU15 sekali lagi kena pusing putar dengan b...
Anwar Kata Melayu Jangan Angkuh Apa Kata Tun

Anwar Kata Melayu Jangan Angkuh Apa Kata Tun

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 307 hits
Tun atas ehsan bagi kebenaran untuk Anwar lanjutkan sehingga 17April melalui tommy Thomas untuk menjawab letter of demand Melayu ANGKUH ini jawapan Tun
Tak Ada Otak Kau Ingat Power Rangers Jaafar Onn Selar Individu Pakai Baju Melayu Ketat

Tak Ada Otak Kau Ingat Power Rangers Jaafar Onn Selar Individu Pakai Baju Melayu Ketat

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 202 hits
Personaliti TV terkenal Jaafar Onn tampil menyelar tindakan segelintir individu yang memakai baju Melayu rekaan moden yang terlalu ketat dengan potongan sendat sehingga menjolok mata sesiapa yang melihatnya Kata Jaafar golongan lelaki seper...
Lagak Bela Melayu Islam Sang Lembu Kenyang

Lagak Bela Melayu Islam Sang Lembu Kenyang

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 147 hits
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pula tidak merasa puas mengutus surat kepada Dr Yusuf Al Qardhawi dan ramai pemimpin Islam seluruh dunia bahawa kononnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sekular memusuhi Islam disokong freem...
Kepimpinan Ulama Akan Mengetuai Orang Melayu

Kepimpinan Ulama Akan Mengetuai Orang Melayu

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 150 hits
Beberapa nama ustaz yang berpengaruh jika digabungkan akan menjadi gelombang baru yang lebih besar untuk bersama gelombang hijau yang sedia ada Jika dulunya musuh Islam gagal seketika dengan perletakan jawatan Tun sebagai PM dan langkah pol...
Nak Kata Apa Melayu Mudah Kena Tipu

Nak Kata Apa Melayu Mudah Kena Tipu

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 229 hits
Pengesahan daripada DrM Pengundi di beri Rm100 untuk undi PN Walaupun DrM membantu mereka semasa covid 19 dan becana ribut yang memusnahkan rumah mereka
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever