Fakta Tentang Susu Kucing Dan Jenama Susu Untuk Dicuba
Bagi yang memelihara kucing di rumah, anda pasti mahu berikan makanan dan nutrisi terbaik untuk kucing kesayangan anda.
Selain untuk mengelakkan masalah kesihatan, ia juga penting bagi memastikan kucing membesar dengan sihat dan gembira.
Bila menyentuh tentang soal susu, adakah ia suatu keperluan untuk kucing di rumah atau ia sekadar makanan tambahan sahaja?
Mungkin ada sesetengah pemilik kucing yang berasa serba salah untuk berikannya kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan kucing kembung perut atau cirit-birit.
Untuk membantu anda dalam hal ini, ayuh kita semak keperluan susu untuk kucing dan beberapa cadangan jenama yang dipercayai ramai pemilik kucing.
Adakah Susu Untuk Kucing Satu Keperluan?
Secara umumnya, kucing dewasa tidak bertoleransi kepada laktosa (lactose-intolerant).
Ini bermakna, pengambilan susu boleh mengakibatkan kucing cenderung mengalami gangguan usus dan masalah kembung perut serta cirit-birit.
Hal ini kerana kucing dewasa sudah berhenti menghasilkan enzim yang diperlukan untuk mencerna susu semakin ia membesar.
Melainkan kucing masih berada dalam peringkat bayi, secara semulajadinya ia akan bergantung kepada susu ibunya sebagai sumber pemakanan utamanya.
Bagi anda yang mempunyai anak kucing yang tiada ibu, anda boleh mencuba beberapa jenama yang sesuai sebagai pengganti susu.
Selain untuk diberikan kepada anak kucing, ia juga boleh membekalkan tenaga kepada kucing yang sakit atau sedang tidak lalu makan.
Bagi kucing yang tidak suka minum air, anda boleh campurkan sedikit susu ke dalam makanan sekiranya tiada ‘wet food’.
Sumber : Triangle Animal Clinic
Kenapa Kucing Tak Sesuai Diberikan Susu Lembu?
Sesetengah pemilik mungkin pernah memberikan susu lembu kepada kucing masing-masing kerana ia tersedia di rumah dan mudah didapati di kedai runcit dan sebagainya.
Namun, tahukah anda kebanyakan kucing dewasa tidak boleh menghadamnya dengan baik?
Hal ini kerana kucing tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa (lactose intolerant) yang terkandung dalam susu lembu.
Apabila kucing sudah memasuki usia 8 hingga 10 mingga, ia sudah boleh berhenti menyusu dan mula makan makanan pejal seperti daging, ikan dan sebagainya.
Tambahan pula sekiranya kucing sudah memasuki usia dewasa, ia tidak digalakkan untuk minum susu kerana selera makannya akan terganggu dan ia boleh menyebabkan masalah seperti cirit-birit dan perut kembung.
Sebagai alternatif, berikut dikongsikan beberapa jenama yang menjadi pilihan pemilik kucing.
5 Pengganti Susu Terbaik Untuk Kucing
1.Midalac
Doktor haiwan mengesyorkan pengganti susu berasaskan susu kambing asli atau goat’s milk untuk diberikan kepada anak kucing berusia sebulan dan ke bawah.
Berbanding susu lembu, ia bebas laktosa dan mudah dihadam oleh anak kucing. Pada masa yang sama ia juga tidak menyebabkan masalah perut kembung atau cirit-birit.
Selain mampu membekalkan karbohidrat, protein dan lemak yang diperlukan, jenama Midalac ini juga padat dengan mineral dan vitamin penting seperti vitamin A, B kompleks dan kalsium untuk menyokong kesihatan tulang, kulit serta bulu kucing.
Susu ini juga bersifat halus dan sesuai untuk diberikan kepada anak kucing yang baru lahir.
2. Pets Own
Hadir dalam karton yang lebih mudah digunakan, anda juga boleh mencuba susu daripada jenama Pets Own.
Tak perlu dibancuh, anda tinggal tuang sahaja ke dalam bekas untuk diberikan kepada kucing.
Bukan sahaja bebas laktosa, malah ia turut mengandungi kebaikan glucosamine bagi menyokong pertumbuhan otot sihat dan kuat untuk kucing.
Selain itu, ia juga menawarkan rumusan khas bagi membantu pertumbuhan, tulang, gigi, kulit serta bulu yang sihat untuk kucing.
3. Petpal
Juga berasaskan susu kambing, jenama Petpal ini turut menjadi pilihan ramai pemilik anak kucing.
Walau bagaimanapun, ia kurang sesuai untuk diberikan kepada anak kucing yang baru lahir kerana terdapat banyak campuran molekul.
Ini membuatkan anak kucing sukar untuk menghadam dan boleh menjadi beban kepada organnya.
Walau bagaimanapun, jenama ini masih tergolong dalam antara yang terbaik kerana ia mengandungi khasiat omega-3 untuk bulu kucing yang cantik dan berkilat.
Ia juga padat dengan kebaikan protein, lemak sihat dan prebiotik bagi menyokong perkembangan kucing yang sedang membesar.
Susu ini sesuai untuk diberikan kepada kucing berusia 3 bulan ke atas.
4. Bearphar Lactol Kitten Milk
Bearphar Lactol Kitten Milk juga mempunyai ramai penggunanya kerana ia mudah digunakan dan senang dibancuh.
Selain mampu membekalkan nutrisi untuk anak kucing, ia juga kaya dengan kebaikan DHA, taurine serta vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran kucing yang sihat.
Jenama ini sesuai untuk digunakan bagi kucing baru lahir sehingga berusia 6 minggu.
5. Petalac
Diformulasikan dengan khasiat yang baik untuk anak kucing, Petalac turut diperkata dengan omega-3 dan omega-6 bagi menyokong perkembangan tubuh sejak lahir.
Ia turut dilengkapi dengan vitamin dan mineral, mudah untuk dihadam dan sesuai untuk anak kucing yang sering mengalami cirit-birit dan masalah usus.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memilih susu terbaik untuk diberikan kepada kucing kesayangan di rumah.
Pastikan kucing hanya diberikan susu ketika usianya bayi sahaja. Ketika ia sudah dewasa, kawal kuantiti susu yang diberikan dan lebihkan pemberian diet berasaskan daging.
Ini penting bagi mengelakkan kucing daripada menghadapi masalah gangguan usus seperti kembung perut dan cirit-birit.
Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada doktor haiwan bagi mencadangkan susu terbaik untuk kucing kesayangan berdasarkan usia dan tahap kesihatannya.
Sumber : Facebook Meow meow family, sheba.com.my
Baca Juga :
30 Pasir Kucing Terbaik & Serap Bau (2024)
Makanan Kucing : Jenis, Jenama Terbaik dan Kekerapan Beri Makan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/susu-kucing/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=susu-kucing