Fakta Tentang Nikotin Yang Wajib Diketahui


Assalamualaikum semua. Sukar untuk Syu menulis tentang ni. Biasanya hal dan insiden yang berlaku dalam keluarga memang jarang Syu kongsi secara umum di blog. Tapi kali ni Syu rasa ianya penting untuk you all semua tahu yang kesan akibat merokok tu amatlah serius dan bakal mengubah hidup kalian sekeluarga


Segalanya bermula tanggal 3 ramadan yang lalu, abang Syu yang duk elok-elok sihat je, tiba-tiba mengalami sawan kejang dan terus tak sedarkan diri. Sebaik sampai di casualty, abang di intubate kerana gagal bernafas sendiri. Segalanya berlaku sangat pantas

Di hospital, imbasan CT scan menunjukkan dalam otak abang ada nanah dan doktor kata ia disebabkan oleh jangkitan kuman.Selepas 9 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU), akhirnya pada 23 April, abang Syu dah sedar, dan tak perlukan alat bantuan pernafasan lagi dah

Dia pun dipindahkan dari ICU pergi ke wad biasa dan boleh menguruskan diri tanpa sebarang bantuan. Pada hari yang sama juga doktor aturkan prosedur MRI untuk mengenalpasti dengan tepat, adakah benar ia sekadar nanah, atau sebaliknya

Keputusan Imbasan MRI yang Mengejutkan Seluruh KeluargaSelang beberapa hari, keputusan MRI menunjukkan bahawa 'mass' yang kelihatan seperti nanah di dalam otak itu sebenarnya adalah ketumbuhan (tumor) di bahagian frontal lobe sebelah kanan. Doktor tidak dapat mengesahkan penyebab berlakunya tumor tersebut, namun katanya ia mungkin berkait rapat dengan tabiat merokoknya sejak muda

Namun mujur ianya tumor meningioma dan bukan tumor jenis metastasis, yang memerlukan rawatan radioterapi dan kemoterapi. Macam manapun ketika mendapat perkhabaran tu, kami semua speechless. Sebab bila sebut kata tumor, kita semua tahu rawatannya tidak lain tidak bukan adalah melalui pembedahan
Alhamdulillah tanggal 6 Julai 2021, abang Syu selamat menjalani pembedahan membuang tumor di kepala yang mengambil masa lebih kurang selama 6 jam

Tumor dan 3800 Bahan Kimia dalam Asap RokokTumor otak adalah ketumbuhan pepejal yang berlaku tidak mengira usia. Faktor terjadinya ketumbuhan adalah daripada kepincangan DNA atau sel yang bermutasi. Mutasi sel ini adalah sel-sel yang rosak, akibat pencemaran radiasi dan bahan kimia dari persekitaran, contohnya seperti asap dari pembakaran rokok

Asap rokok yang bebas ke udara ini mengandungi lebih daripada 3800 bahan kimia aktif dan sekurang-kurangnya 69 daripadanya merupakan bahan pencetus keabnormalan sel iaitu punca utama kepada tumor dan kanser

Bukan hanya tumor, namun bahayanya kandungan asap rokok, hinggakan seorang ibu hamil itu bakal berdepan masalah seperti :i.   risiko keguguran, ii.  kehamilan diluar rahim (ectopic pregnancy), iii. kecacatan janin neural tube defects (NTD), iv. asthma yang tidak terkawal semasa kehamilan, v.  kelahiran bayi mati, 
Selain itu, bila anak terdedah kepada asap rokok secara pasif (atau kini dikenali sebagai asap rokok basi) mereka berisiko mendapat masalah autism spectral disorder (ASD), dan masalah asthma kronik. 
Rokok Tanpa Asap Kurangkan Risiko Mendapat Tumor?Sekarang dah tau yang asap rokok melalui pembakaran tulah yang menjadi pelaku utama kepada penyakit-penyakit seperti tumor otak dan kanser. Dan tentunya bukanlah mudah untuk perokok untuk berhenti serta merta. Kalau boleh berhenti, baguslah. Tapi kalau tak boleh, macam mana

Baru-baru ni Syu dengar kata bahawa alternatif seperti alat HNB (Heat-Not-Burn) berpotensi membantu perokok merendahkan risiko kesihatan. Tapi device ini selalu orang keliru dengan E-Cigarette yang juga dikenali sebagai vape. E-cigarette ini menggunakan cecair nikotin, manakala HNB pula menggunakan rokok tembakau, bukan cecair seperti vape

Ia membantu mengurangkan bahaya asap rokok dengan cara memanaskan tembakau (rokok) dan melepaskan rasa tembakau dan nikotin dari tembakau ini tanpa melibatkan sebarang pembakaran. Bila tiada pembakaran, maka tiadalah asap. Jadi potensi untuk perokok mendapat kesan buruk asap rokok boleh dikurangkan, sekaligus dapat merendahkan risiko kesihatan seperti tumor dan barah

Bagaimanapun, penggunaan rokok tanpa-asap ini bukan bertujuan menggalakkan lebih ramai merokok. Ia sekadar alternatif kepada perokok tegar yang masih ingin kekal merokok, tapi dengan risiko kesihatan yang lebih rendah. 
Usah dinafikan, bahawa jalan terbaik untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang optimum adalah dengan berhenti merokok. Sebab dalam tembakau ini mengandungi nikotin, yang juga boleh memberikan kesan terhadap otak.  Namun berhenti merokok bukanlah tugas yang mudah

Oleh itu, orang yang ingin mengurangkan kemudaratan dan risiko akibat daripada pengambilan nikotin melalui tembakau boleh cuba beralih kepada produk alternatif seperti alat HNB

Mungkin anda akan bertanya "Apakah kaitan antara nikotin dan kanser?". Untuk kita lebih memahami peranan yang dimainkan oleh nikotin, kita haruslah memahami apakah itu Nikotin

Apa itu nikotin?Nikotin merupakan drug yang membuat perokok menjadi ketagih (kecanduan) dengan rokok, namun nikotin bukanlah bahan yang paling berbahaya dalam rokok. Nikotin atau nikotina ini sebenarnya merupakan sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (Nicotiana Tabacum). 
Kandungan nikotin dalam daun tembakau didapati sehingga 3.0% daripada berat kering tembakau. Bagaimanpun nikotin juga wujud sebagai trace elements (unsur surih) di dalam tumbuhan lain seperti tomato, terung, ubi kentang, dan cili hijau. Ha jangan tak tahu ye

Struktur kimia nikotinMemandangkan nikotin merupakan unsur organik, maka struktur asas kimianya adalah terdiri daripada carbon, hidrogen dan oksigen. Nama bagi nikotin (C10H14N2) mengikut IUPAC nomenclature pula, ialah 3-(2-(N-methylpyrrolidinyl)) pyridine

Separa hayat NikotinSepara hayat (half-life) bagi nikotin adalah sekitar 1 hingga 2 jam. Bermakna, sekiranya seorang perokok telah menyedut sebanyak 1mg nikotin semasa merokok, selepas 6 jam berikutnya, kepekatan nikotin dalam badannya hanya tinggal 0.031mg sahaja

Mekanisma Tindakan Nikotin Dalam BadanBasically ramai yang salah anggap bahawa nikotin ini membantu mengurangkan stress dan tekanan. Bagaimanapun, hakikat sebenar nikotin adalah bersifat stimulan, bukannya depressan

Sesingkat 10 saat sebaik selepas nikotin disedut melalui asap rokok, ia akan meresap dengan mudah melalui lapisan mukosa mulut, hidung dan tekak, serta melalui kapilari darah paru-paru, straight away ke otak

Nikotin berupaya melepasi BBB (Bood Brain Barrier) jadi ia dapat sampai ke otak dan mencetuskan rangsangan terhadap kelenjar adrenal untuk mengeluarkan hormon norepinephrine dan dopamin


Hormon NorepinephrineNorepinephrine (adrenalin) juga dikenali sebagai 'fight and flight' hormone. Apabila dirembeskan, ia akan mengaktifkan saraf simpatetik tubuh lalu meningkatkan kadar pernafasan, degupan jantung serta blood pressure menjadikan si perokok lebih alert dan peka

Jadi dah faham kan kenapa perokok selalu craving rokok bila mereka mula rasa mengantuk? ohh terutamanya ketika mereka memandu jarak jauh. 

Hormon Dopamin Dopamin dikenali juga sebagai pleasure hormone kerana fungsinya yang mampu stimulate perasaan kegembiraan dalam otak. 
Apabila seseorang menyedut asap rokok berserta nikotin,  mereka akan merasai sensasi tenang dan seronok hasil cetusan daripada hormon dopamin ini

Tapi awas! Kesan seronok ini hanya sementara

Seusai dua jam, mereka akan mula gelisah dan tidak tenteram. Maka sebab itulah saban hari kita tengok para perokok always keep coming back for more cigarette

Kesan Nikotin Terhadap FisiologiSecara umum, nikotin terbukti dapat merangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, dan kecergasan. Dalam beberapa kes, pengambilan nikotin juga menyebabkan penurunan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan loya dan muntah

Kesan Ketagihan NikotinPengguna nikotin juga selalunya mengalami kebergantungan kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina berdasarkan kesan kebergantungan dan ketagihannya

Sekiranya seseorang itu cuba berhenti daripada merokok, mereka akan mengalami simptom pengunduran (withdrawal symptom) seperti sakit kepala, gangguan tidur, keresahan dan kerengsaan (irritability). Simptom ini sangat lambat untuk wear off, kadang mencapai beberapa bulan atau tahun


Keracunan NikotinWalaupun kandungan nikotin dalam rokok adalah sedikit, dan hampir mustahil untuk mengalami nicotine toxicity, namun jangan lupa. Nikotin juga turut hadir dalam beberapa bentuk, seperti gam kunyah yang digunakan secara oral

Penggunaan secara oral boleh menyebabkan keracunan. Pengambilan 50mg nikotin sudah cukup untuk membunuh seorang lelaki dengan berat badan 70kg

Setelah memahami apakah itu nikotin, kita faham bahawa pengambilan nikotin bukan tiada risiko, tetapi ia juga bukan penyebab kanser, kerana penyebab kanser adalah tar dan bahan kimia karsinogenik lain yang terkandung dalam asap rokok

Usaha Untuk Berhenti MerokokBerhenti merokok tidak semudah yang kita harapkan. Walaupun ramai yang telah cuba berhenti, tapi tetap akan berpatah balik dan gagal dek kerana ketagihan yang tinggi terhadap nikotin

Oleh itu, anda boleh memulakan  dengan produk alternatif. Setiap hari berlalu tanpa rokok atau tembakau adalah satu kejayaan! Ingatlah, anda bertahan untuk selama satu hari lagi, anda akan menang sendiri

Raikan dan beri penghargaan kepada diri sendiri. Dengan nilai duit yang biasanya dihabiskan untuk rokok, kalian kini boleh membelanjakannya kepada perkara lain berbentuk self-reward yang boleh menggembirakan diri sendiri

Semoga berjaya dan sihat


Rujukan:https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.htmlhttps://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-Mag_Speakout_Edition_2019.pdfhttp://www.myhealth.gov.my/merokok/http://www.myhealth.gov.my/fakta-mengenai-tembakau-a-merokok/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.annursyuhadah.com/2019/01/gazet-gerai-makan-dan-restoran-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pernah Bermimpi Tentang Bayi Mungkin 6 Fakta Ini Akan Menjawabnya

Pernah Bermimpi Tentang Bayi Mungkin 6 Fakta Ini Akan Menjawabnya

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 264 hits
Mimpi memang nggak bisa 100 ditafsirkan tapi tentu bisa dikaitkan dengan kondisi psikologis masing masing orang bukan
Mitos Dan Fakta Judi Bola Online Yang Wajib Dipahami

Mitos Dan Fakta Judi Bola Online Yang Wajib Dipahami

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 257 hits
Selama ini orang beranggapan bahwa bermain online adalah salah satu alternatif dalam mengisi waktu luang dan hobi Padahal banyak kelebihan dan kekurangan bermain judi online di situs terpercaya Seringkali ada mitos negatif Judi online yang ...
Cek Fakta Hoaks Warga Brasil Demo Tolak Wajib Vaksin

Cek Fakta Hoaks Warga Brasil Demo Tolak Wajib Vaksin

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 211 hits
Warga Brasil demo tolak wajib vaksin tidak benar Faktanya itu adalah unjuk rasa untuk mendukung Presiden Brasil Jair Bolsonaro yang berlangsung di Hari Kemerdekaan Brasil
6 Fase Dalam Pernikahan Ini Wajib Diketahui Jangn Cuma Bagian Senangnya Aja

6 Fase Dalam Pernikahan Ini Wajib Diketahui Jangn Cuma Bagian Senangnya Aja

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 179 hits
Menikah bukan ajang untuk berlomba makanya harus dipersiapkan dari berbagai sisi
Resipi Cucur Jagung Oat Simple Sesuai Untuk Anak Yang Tolak Nasi Wajib Cuba

Resipi Cucur Jagung Oat Simple Sesuai Untuk Anak Yang Tolak Nasi Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 276 hits
Jom cuba buat kelainan breakfast dan makan petang seisi keluarga harini dengan Cucur Jagung Oat Oat sebagai salah satu sumber karbohidrat Kalau ada anak yang reject nasi boleh cuba Buat cucur guna oat kenyang alhamdulillah sampai ke petang ...
Wajib Baca Ini 6 Jenis Selingkuh Non Fisik Yang Sering Berkedok Khilaf

Wajib Baca Ini 6 Jenis Selingkuh Non Fisik Yang Sering Berkedok Khilaf

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 169 hits
Termasuk memakai password untuk semua media sosial yang dipunya dan sangat tertutup ke pasangan
Ruginya Tak Amalkan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Ini Kebaikannya Yang Wajib Anda Tahu

Ruginya Tak Amalkan Minum Air Kosong Selepas Bangun Tidur Ini Kebaikannya Yang Wajib Anda Tahu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 205 hits
Tahukah anda sebenarnya banyak kelebihan yang dapat kita perolehi dari minum air kosong selepas bangun dari tidur Seperti yang kita tahu air kosong mengandungi banyak khasiat kepada tubuh badan
Hiburan 3 Bahan Wajib Ada Dalam Sabun Mandi Untuk Me Time

Hiburan 3 Bahan Wajib Ada Dalam Sabun Mandi Untuk Me Time

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 169 hits
Seharian berpanasan berpeluh melekit terutamanya dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap masa untuk mandi seperti satu saat me time sehari hari Masa mandilah kita boleh membersihkan badan dan masa sama memanjakan diri barulah lebih segar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash