Fakta Khasiat Madu Dalam Kajian Saintifik


Apakah yang anda tahu mengenai madu? Sebagai orang awam atau sebagai penyelidik, madu sememangnya terkenal dengan 1001 kepelbagaian khasiat, tetapi hanya MADU ASLI yang akan memberikan khasiat seperti yang dijanjikan dalam Al-Quran.



Terlalu banyak ilmu yang dikongsi terutama di media sosial yang kadang-kala mengelirukan pengguna. Lebih-lebih lagi apabila kita disogok dengan bermacam-macam info yang mungkin diragui kesahihannya

Ikuti penjelasan Dr Suri Roowi, seorang Saintis Prinsipal dan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan (Food Desigining), Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI mengenai FAKTA MADU yang mungkin ramai tidak mengetahuinya

Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam

Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein

Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan kepekatan madu beserta penggambilan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim

Secara tidak langsung penggambilan madu bersama garam yang tinggi akan mengurangkan khasiat madu tersebut

Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan

Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap kedalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia

Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit

Sebaiknya, madu elok diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu

Soalan 3. Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain

Jawapan
Kita boleh memakan buah dalam keadaan perut kosong disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (contohnya bahan asid fenolik) akan lebih mudah dan banyak diserap

Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu

Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa, “Rasulullah menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata; `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda. `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu

Barli juga kaya dengan beta-glukan;beta-glukan merupakan fiber larut airtidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecilterus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besarbertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae
membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu dalam usus besar manusia
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu

Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 4. Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak

Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air

Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah

Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun di simpan bertahun-tahun

Madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama

Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Al-quran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69;
"…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir.."
Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap contohnya perang

Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia

Ini menunjukkan bahawa Al-Quran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna, antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’

Bahan berkhasiat ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukkan madu kelulut tinggi khasiat berbanding madu biasa. Dapatan kajian juga madu kelulut asli ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)

Soalan 5. Adakah madu boleh diletak dalam peti ais

Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam peti ais (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya)

Ini adalah kerana madu mengandungi enzim dan akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi

Molekul madu contohnya karbohidrat akan berubah kepada hydroxymethylfurfural jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas

Semoga memberi manfaat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://adajew.blogspot.com/2019/06/fakta-khasiat-madu-dalam-kajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Madu Kelulut Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat Madu Kelulut Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 408 hits
Ramai orang tahu yang madu merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad SAW Terdapat pelbagai jenis madu yang ada Antaraya adalah madu kelulut madu akasia madu tualang madu ratu madu manuka dan sebagainya Setiap jenis madu mempunyai kh...
Adelia Pasha Ikut Bahagia Syahrini Bulan Madu Ke Pulau Bora Bora

Adelia Pasha Ikut Bahagia Syahrini Bulan Madu Ke Pulau Bora Bora

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 323 hits
Istri penyanyi Pasha Ungu Adelia Wilhelmina atau Adelia Pasha turut berbahagia dengan bulan madu yang dijalani Syahrini bersama Reino Barack di Pulau Bora Bora
Corn Flakes Madu

Corn Flakes Madu

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 364 hits
Corn Flakes MaduBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan1 4 cawan mentega atau marjerin1 4 cawan gula perang3 4 cawan madu1 sudu kecil esen vanila250 gm corn flakesHiasan yang di sukai Bijai sangai manik gula cornflakes honey starCara cara C...
Usai Dari New Zealand Syahrini Lanjutkan Bulan Madu Di Pulau Bora Bora Perancis

Usai Dari New Zealand Syahrini Lanjutkan Bulan Madu Di Pulau Bora Bora Perancis

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 260 hits
Syahrini merupakan salah satu artis yang gemar berpergian ke luar negeri Berbagai negara di dunia pernah dia kunjungi mulai dari Asia Eropa hingga Amerika
Lj Magic Cream Madu Lebah Pembunuh Jerawat Dan Jeragat Nombor 1 Malaysia

Lj Magic Cream Madu Lebah Pembunuh Jerawat Dan Jeragat Nombor 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 640 hits
Produk Pilihan Terkini Berasaskan 100 Madu Lebah ASLISapu sapu TegangSapu sapu PutihSapu sapu Licin Nak Sentiasa Cantik Giler punya soalan MESTILAH semua org nak cantik I nak cantik tapi tak lalu laa NAK MAINTAIN BARANG MAKEUP TIAP BULAN bi...
Baling 1440 Madu Kelulut Tualang Fitri

Baling 1440 Madu Kelulut Tualang Fitri

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 376 hits
Baling 1440 Madu Kelulut Tualang Fitri Pakcik bawak gi jumpa Pak Lang kat kampung bandar Tengokkan kaki jap Balik Singgah rumah Fitri kat tanjung pari Fitri ni dia buat madu kelulut dan tualang Borak sikit Beli sebotol besar Sempat dibawa m...
Adira Suhaimi Tak Pernah Beraya Dengan Madu

Adira Suhaimi Tak Pernah Beraya Dengan Madu

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 447 hits
Walaupun tidak pernah berkunjung ke rumah madu setiap kali Aidilfitri tetapi ia bukanlah sebab penyanyi Adira Suhaimi tidak berbaik dengan madunya itu Adira yang isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red berkata dia lebih selesa tid...
Madu Vs Cinnamon Aka Kulit Kayu Manis

Madu Vs Cinnamon Aka Kulit Kayu Manis

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 363 hits
MADU vs KULIT KAYU MANIS Mesti ramai yang tak pernah terfikir kadang tu tak pernah terbayang pun dua benda ni boleh dicampurkan dan apa pula khasiat nya Ramai yang dah sedia tahu tentang kebaikan madu dan kulit kayu manis ni Ianya juga seri...
Makanan Sunnah Dan Khasiat

Makanan Sunnah Dan Khasiat

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 360 hits
Makanan sunnah dan khasiat Korang pernah tak makan makanan sunnah yea Apa makanan sunnah tu Orang kata jika amalkan makanan sunnah amat bagus untuk kesihatan Ermm best pula kan Betul ke bagus pemakanan sunnah ni untuk kesihatan Seriously me...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation