Fakta Kenapa Harga Rumah Di Malaysia Bukan Mampu Milik


Tulisan kali ini adalah merupakan rumusan daripada laporan yang telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah Nasional, menerusi satu kajian yang dilakukan menggunakan data dari tahun 2000 hingga 2014, di mana laporan ini diterbitkan.


Kami harap dengan rumusan ini, akan membantu anda memahami dengan lebih jelas daripada perspektif seorang warganegara atau bakal pembeli rumah khasnya, situasi yang sedang membelenggu negara kita.

Kadar pemilikan rumah di Malaysia

Sebenarnya, kadar pemilikan kediaman di negara kita berada pada tahap yang tinggi - melebihi negara seperti Australia, UK dan Amerika Syarikat.

Bagi tahun 2010, sebanyak 72.5% rakyat negara kita memiliki kediaman sendiri sama ada secara sah atau tidak sah.

Tidak sah ini bermaksud rumah yang didirikan secara setinggan atau dikawasan-kawasan terlarang.

Jadi, jangan tertipu dengan angka yang tinggi itu pula ya. Angka yang tinggi itu sebenarnya banyak dibantu oleh pemilikan di kawasan luar bandar dan setinggan.

Bagi masyarakat urban atau bandar, kadar pemilikan kediaman sendiri jauh lebih rendah berbanding angka yang disebutkan.

Purata pemilik kediaman sendiri di kawasan luar bandar adalah 81.2% sementara bagi kawasan bandar hanyalah 69.1%.

Singapura mencatatkan peratusan tertinggi, dengan 87.2% warga mereka memiliki kediaman, Australia 68.1%, UK 67.4% dan Amerika Syarikat 66.5%.

Kenaikan harga dari tahun ke tahun

Sejak dari tahun 2000 sehinggalah tahun 2014, dapat dilihat wujud kenaikan yang konsisten apabila dibandingkan nilai kediaman yang dijual secara purata dan kenaikannya pula agak melampau, dengan tahun 2009 hingga 2014 menjadi tempoh di mana kenaikan tertinggi dicatatkan.

Dalam tempoh 3 tahun sahaja dari 2012 hingga 2014, berlaku kenaikan purata harga jualan kediaman daripada RM248,514 kepada RM331,888. Gila kan? Bagaimana kenaikan gaji kita mampu mengejar angka sebegitu?

Antara negeri paling terjejas teruk disebabkan kenaikan harga melampau ini adalah Sabah, Kuala Lumpur, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang dan Perlis.

Pembeli di Sabah menerima kesan paling buruk, apabila semua jenis kediaman yang dijual di dalam tempoh 14 tahun dari tahun 2000 hingga 2014, mengalami kenaikan 3 kali ganda harga jualan dalam tempoh tersebut, jauh meninggalkan Kuala Lumpur dan Selangor, yang dikatakan memiliki nilai kediaman lebih tinggi.

Kediaman Di Malaysia Memang Tidak Mampu Milik!

Ini adalah persoalan yang seringkali diperdebatkan. Benarkah rakyat Malaysia benar-benar tidak mampu menjadi pemilik rumah?

Statistiknya, purata pendapatan penduduk negara kita dengan kenaikan nilai hartanah sebenarnya seiring, jadi apabila kita hanya melihat angka, tidak ada masalah untuk seorang rakyat Malaysia memiliki kediaman.

Bagaimanapun, perbandingan purata pendapatan dengan purata harga kediaman saja tidak mampu menjelaskan realiti sebenar yang dihadapi masyarakat.

Jadi, KRI menggunakan indikator yang dinamakan sebagai indikator median pelbagai bagi mengenalpasti beza sebenar di antara pendapatan dengan nilai rumah yang dijual.

Formulanya jelas, sekiranya harga rumah berada pada kadar 3 kali median pendapatan purata rakyat Malaysia, ini menandakan harga rumah memang benar-benar seiring dengan purata pendapatan.

Simulasi yang dijalankan pihak KRI mendapati wujud trend keseimbangan pada dua-dua faktor yang dibandingkan, akan menandakan dalam pasaran negara kita kedudukan indikator kemampuan pembeli mesti seimbang 3 kali nilai median purata pendapatan tahunan kita iaitu RM4,585 sebulan, bagi tahun 2014.

Dengan menggunakan angka tersebut, amat jelas sekali harga kediaman di negara kita berada di luar kemampuan majoriti masyarakat.

Realiti Sebenar Nilai Hartanah Kediaman di Malaysia

Data yang diperolehi sejak tahun 2000 menunjukkan masyarakat kita tidak pernah mengalami situasi di mana harga jualan kediaman seiring dengan 3 kali jumlah median pendapatan penduduk.

Pada tahun 2000, mediannya adalah RM24,558 tetapi harga purata ketika itu RM100,000.

Bermula pada tahun 2009, angka ini semakin melebar dengan nilai median RM43,512 tetapi purata harga kediaman sudah mencecah RM149,000.

Pada tahun terakhir data dipungut, indikatornya sudah terlalu jauh untuk dikejar dengan nilai purata kediaman mencecah RM242,000 sementara pendapatan pula hanya berada pada tahap RM55,020.

Ini bermakna sejak tahun 2000, indikator harga kediaman mestilah berada pada kadar 3 kali ganda nilai median pendapatan tahunan tidak pernah tercapai, dengan angka 4 kali ganda pendapatan diperlukan hanya untuk menyaingi kenaikan harga rumah yang mendadak.

Negeri Paling Terjejas

Dengan menggunakan indikator 3 kali median pendapatan tahunan sebagai penanda aras, KRI berjaya mengkategorikan semua negeri di Malaysia kepada empat kumpulan berbeza;

Kumpulan pertama adalah negeri yang mana nilai indikator yang dicatatkan melebihi 5 kali ganda perbezaan median pendapatan dengan nilai harga kediaman.

Negeri paling teruk terjejas adalah Terengganu kerana secara puratanya pendapatan masyarakat negeri itu jauh lebih rendah berbanding negeri lain, walaupun harga kediaman di sana antara yang paling rendah.

Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah menemani Terengganu, dengan kesemua negeri mencatatkan keperluan untuk mempunyai 5 kali nilai median, hanya untuk membeli kediaman.

Kumpulan kedua adalah negeri yang mencatatakan skor 4.1 ke 5.0 dari segi indikatornya.

Secara puratanya, negara kita mencatatkan skor 4.4, yang menandakan sukarnya rakyat negara kita untuk membeli kediaman berikutan purata pendapatan yang tak seiring.

Pahang, Kelantan, Perak, Perlis dan Johor berada dalam kelompok ini.

Kumpulan ketiga adalah negeri yang mencatatkan indikator 3.1 ke 4.0 di mana harga jualan kediaman ditakrifkan sebagai tidak mampu dimiliki secara moderat.

Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah tergolong dalam kumpulan ini walapun secara amnya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Kedah mempunyai harga kediaman antara yang rendah di negara kita.

Hanya satu negeri saja diisytiharkan mempunyai median pendapatan dan median harga kediaman yang seiring, iaitu Melaka.

Melaka mencatatkan skor 3.0 betul-betul di atas penanda aras, menunjukkan hanya di Melaka harga jualan kediamannya benar-benar mencerminkan kemampuan sebenar pembeli.

Pemaju kediaman di Melaka juga harus dipuji kerana berjaya menawarkan kediaman-kediaman yang benar-benar bersifat mampu milik.

Jadi kami harap artikel ini dapat menjawab persoalan anda, adakah kediaman di Malaysia dijual pada harga tidak masuk akal?

Jawapannya ya. Hanya Melaka saja menawarkan kediaman pada harga yang layak dikatakan berpatutan mengikut kemampuan poket orang kita. Tahniah Melaka!

Oleh itu, jika ada pak menteri atau kononnya pakar ekonomi cuba mempertikaikan data diatas, sila gam mulutnya kerana dia sedang berbohong.

Dan agak menarik juga untuk dibincangkan, suatu ketika dahulu majalah Mastika pernah menyiasat masalah ini dan jawapannya tidaklah begitu mengejutkan.

Rasuah, antara faktor utama kenapa harga rumah di Malaysia dijual terlalu mahal.

Macamana nak benteras kalau sistem pemerintahan kita juga dikelilingi rasuah. Sampai kiamat masalah ini tidak akan pernah selesai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
78 Gambar Rumah Minimalist Terbaik Pilihan Anda7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/07/harga-rumah-di-malaysia-bukan-mampu-milik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tablet Ideal Dengan Harga Bajet Dan Mampu Milik Boleh Korang Miliki

10 Tablet Ideal Dengan Harga Bajet Dan Mampu Milik Boleh Korang Miliki

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 196 hits
Kita kalau boleh nak pakai tablet yang murah dan berkualiti Tapi kadang kadang tu pening juga nak pilih tablet mana yang sesuai dengan harga disamping spesifikasi yang baik Oleh itu ini kami senariakan 10 tablet ideal dengan harga bajet dan...
Rumah Mampu Milik Melaka Semurah Rm100 000

Rumah Mampu Milik Melaka Semurah Rm100 000

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 1664 hits
SOURCE appeared first on Rumah Mampu Milik Melaka Semurah RM100 000 Nampaknya kerajaan negeri Melaka melalui Lembaga Perumahan Negeri Melaka tampak bersungguh sungguh menyediakan rumah mampu milik Melaka kepada orang Melaka seperti anda and...
Pg Mall Platform E Dagang Tempatan Milik Malaysia

Pg Mall Platform E Dagang Tempatan Milik Malaysia

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 291 hits
Ciktie nak perkenalkan satu platform membeli belah atas talian yang menawarkan pelbagai pilihan produk dalam satu bumbung Ia mempunyai lebih 30 Offical Store seperti Panasonic Samsung Huawei Lenovo barangan keperluan dapur keperluan diri ba...
Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mampu Biaya Johor

Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mampu Biaya Johor

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 456 hits
Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mampu Biaya Johor Kerajaan Negeri Johor Bahagian Perumahan tawar satu skim perumahan mampu milik khas untuk warga Johor berpendapatan rendah Artikel Pilihan Ini Kali pertama muncul di
50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 274 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata bermula esok warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Siri Cpu Amd Ryzen 3000xt Kini Tiba Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm1199

Siri Cpu Amd Ryzen 3000xt Kini Tiba Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm1199

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 288 hits
Pada bulan lepas AMD telah mengumumkan kehadiran kemaskini untuk siri CPU AMD Zen 2 mereka iaitu siri AMD Ryzen 3000XT yang mempunyai prestasi tambahan kepada siri CPU AMD Ryzen 3000 sedia ada Melalui siri AMD Ryzen 3000 XT ini mereka mempe...
Ppas Lancar Khidmat Hantar Buku Ke Rumah Pertama Di Malaysia

Ppas Lancar Khidmat Hantar Buku Ke Rumah Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 284 hits
SHAH ALAM 17 JULAI Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menyediakan perkhidmatan penghantaran buku ke rumah pertama seumpamanya di negara ini kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata menerusi inisiatif Booksfly2u orang rama...
Vivo Tws Neo Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Rm359 Bermula 11 Julai

Vivo Tws Neo Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Rm359 Bermula 11 Julai

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 284 hits
Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran fon telinga nirwayar mereka tersendiri dinamakan Vivo TWS Neo Earphone Fon telinga ini boleh didapati melalui para pengedar rasmi Vivo bermula 11 Julai 2020 ini pada harga RM359 Vivo megata...
Ulasan Honor Magicbook 14 Definisi Komputer Riba Mampu Milik Sebenar

Ulasan Honor Magicbook 14 Definisi Komputer Riba Mampu Milik Sebenar

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 242 hits
Jika Xiaomi ada Redmi Huawei ada Honor Xiaomi dan Redmi mempunyai produk komputer riba begitu juga dengan Huawei dan Honor Redmi dan Honor seperti biasa menyasarkan pengeluaran produk lebih mampu milik berbanding pesaing Jadi mana mana komp...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu