Fakhrulrazi Hijrah Ke Pkr Tidak Perlu Sindir Menyindir
HADI AWANG & MAT SABU ADAKAH BERBEZA?
Ramai rakan-rakan dari parti Mat Sabu mereka mungkin terkejut dengan keputusan ADUN MERU, Mohd Fakhrulrazi berhijrah ke PKR iaitu parti komponen PH.
Siapa sangka Mat Sabu yg memusuhi Tun Mahathir 40 tahun lamanya ( lebih lama dari Anwar ) kini dilihat mempertahankan orang tua itu. Mat Sabu sehingga hari ini belum pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menolak Mahathir, apatah lagi menyerang Mahathir.
Jadi saya melihat cara Mat Sabu telah membuatkan membuatkan PH ini lemah, partinya dilihat tidak move on, PH mudah dipecah belahkan oleh musuh dalam selimut, partinya dilihat hanya bergantung kepada parti-parti lain dan dia dilihat seperti mempunyai agenda peribadi dengan menggunakan partinya.
Saya tidak mahu menyalahkan PAS mahupun Amanah sebab itu saya gunakan istilah Parti Hadi Awang dan Parti Mat Sabu kerana parti tidak bersalah tetapi nakhodanya yang membuatkan kapal itu tersesat arah dan silap-silap boleh tenggelam.
Bagi saya asas perjuangan PAS dan Amanah adalah baik tetapi telah 'disesatkan' oleh nakhoda masing-masing . Saya mengenali ramai rakan-rakan dari parti Mat Sabu yang mereka sependapat dengan saya. Malah ramai antara mengatakan Parti Mat Sabu ini patut diserahkan kepada Adly dan Husam sebagai nakhodanya.
Saya melihat tiada bezanya Hadi dan Mat Sabu. Apa persamaan Hadi Awang dan Mat Sabu? Hadi ketika bersama Pakatan Rakyat dia menyokong Ku Li menjadi PM sedangkan Ku Li bukan berada di dalam PR. Mat Sabu selain menyokong Anwar dia juga menyokong Tun dilantik semula dan kemudian Syafie Apdal sebagai PM sedangkan keduanya itu bukan bersama PH.
Hadi main dua kolam dengan menyokong UMNO melalui MN dan dalam masa sama menyokong Bersatu bersama PN. Mat Sabu juga dilihat bermain dua kolam dengan menyokong Anwar dan dalam masa sama mahu bekerjasama dengan Mahathir.
Parti Hadi kemenangannya kecil tetapi Hadi gunakan UMNO dan Bersatu menjadi Menteri dan begitulah Mat Sabu partinya hanya menang kecil tapi menumpang pengaruh PKR dan DAP menjadi Menteri. Keduanya dilihat seperti 'kaduk naik junjung.'
Hadi Awang membawa kapalnya jauh dari asas perjuangan seperti era Ustaz Fadhil Nor dan TGNA kerana sanggup bersengkokol dengan UMNO dan Bersatu mengkhianati mandat rakyat. Mat Sabu juga masih mahu bekerjasama dengan Tun yang mengkhianati mandat rakyat kerana Tun telah merancang kepada pengkhianatan ini.
Apabila ada pemimpin parti Hadi keluar parti mereka akan dicemuh. Begitulah juga jika ada parti Mat Sabu keluar beliau akan disindir gila jawatan. Bezanya mereka yang keluar parti Hadi akan lawan parti lamanya tapi yang keluar parti Mat Sabu mereka berjuang melawan musuh yang sama. Mereka mungkin keluar bila melihat parti Mat Sabu mempertahankan musuhnya.
Saya sebagai penyokong PH tidak berparti merasakan tak salahnya rasanya Tuan Fakhrulrazi mencari wadah baru yang sesuai dengan perjuangannya. Jika saya dalam kedudukannya saya juga akan meninggalkan parti Mat Sabu kerana saya melihat Mat Sabu mahu bekerjasama dengan individu yang mengkhianati rakyat dan perjuangan parti.
Husam Musa, Dr Mujahid dan Fakhrulrazi dilihat antara pemimpin parti Mat Sabu yang menyokong Anwar secara total dan menolak Mahathir secara total. Khabarnya bekas KM Melaka, Adly Zahari juga berpendirian yang sama. Itu tidak termasuk ramai pemimpin-pemimpin kecil yang samada menyokong Anwar atau menolak Mahathir. Jika Mat Sabu memilih Tun partinya boleh terbahagi 2.
Sebagai pemerhati politik yang bebas menulis atau mengkritik apa sahaja...saya melihat sewaktu Professor Aziz Bari meninggalkan PKR dan menyertai DAP tidak pernah saya dengar serangan samada pemimpin atau ahli-ahli PKR menyerang beliau atau menghina beliau memasuki parti yang diketuai bangsa Cina.
Sebab itu selalu saya katakan PKR ini parti intelektual ( bukan secara total ).
Ramai penyokong atau ahlinya terdiri dari golongan profesioanal Melayu, Cina dan India. Sebab itulah kekuatan PKR di Bandar-bandar besar terutama di negeri Selangor, N9, Melaka dan beberapa kawasan di PP.
Pandangan saya untuk memulihkan Malaysia, Hadi Awang serta Mat Sabu mesti disingkirkan menjadi Presiden parti mereka. Kerana kedua dua nakhoda ini hanya menyusahkan rakyat Malaysia untuk memerangi kleptopkrasi yang akhirnya negara ini dikuasai oleh politikus-politikus anyg hanya mengaut keuntungan dari laba politik.
Siapa boleh menjadi wakil Mat Sabu yang boleh berikan 5 sebab PH wajib menyokong Tun bersama sebab Mat Sabu sehingga kini masih gagal memberi penerangan yang benar-benar menyakinkan saya? Saya dah bosan hanya mendengar lawak jenaka terjerit jeritnya sambil mencampakkan mikrofon.
Credit fb: Norman Radzuan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/11/fakhrulrazi-hijrah-ke-pkr-tidak-perlu.html