Pemuda Pkr Gelar Maria Chin Bebal Bodoh Kerana Bantah Najib

Pemimpin Pemuda PKR  menggelar ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dari partinya  sebagai “bebal” kerana meninggalkan Dewan Rakyat semalam ketika Najib  Razak yang sudah disabitkan bersalah dalam skandal 1MDB zaman  pentadbirannya memberikan ucapan.
Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman turut menggesa Maria  yang juga bekas pengerusi Bersih 2.0 untuk meletakkan jawatan kerana  mengkritik Najib.
“Bebal apa laa YB seorang ni. Daripada kau walk out baik kau resign,”  tulis penyokong kuat Anwar Ibrahim itu di akaun Twitter sebagai balasan  kepada tulisan Maria sebelum itu.
  Semalam  Maria menulis di Twitter selepas meninggalkan Dewan Rakyat kerana tidak  berpuas hati dengan ucapan Najib yang menggambarkan seolah-olah dirinya  tidak pernah membuat apa-apa “dosa” walaupun mahkamah sudah mensabitkan  bekas perdana menteri itu bersalah dalam skandal SRC International Sdn  Bhd, sebuah syarikat berkait 1Malaysia Development Berhad.
“Najib Razak telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah. Tapi hari  ini, beliau hadir sebagai Ketua BBC dan berbahas belanjawan 2021  seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
“Saya PROTES dan sudah WALK OUT! #NotMyNewNormal,” tulis Maria melalui akaun Twitternya @mariachin.
Sementara Setiausaha Pemuda PKR Ahmad Syukri Razab turut menyelar Maria kerana melakukan tindakan memboikot Najib.
“Bagi saya, ahli Parlimen yang boikot dan keluar dewan ketika Najib  Razak berbahas adalah bodoh,” tulis Syukri di akaun Facebooknya.
Pada penghujung Julai lalu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun  dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan  pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana  RM42 juta milik SRC.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, memerintahkan bekas  perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi  tiga tuduhan pecah amanah.
“Bagi saya, ahli Parlimen yang boikot dan  keluar dewan ketika Najib Razak berbahas adalah bodoh,” tulis Syukri di  akaun Facebooknya.  Beliau  juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau  tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Najib yang  juga ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan  kedudukan.
Najib bagaimanapun mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
MalaysiaNow sebelum ini mendedahkan Najib bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi  menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong untuk menyokong Anwar  menjadi perdana menteri sekaligus menggulingkan kerajaan Perikatan  Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin.
Sehingga hari ini, Najib dan Zahid tidak pernah menafikan surat  sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri yang dihantar kepada  Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Semalam, ucapan Najib di Dewan Rakyat senada dengan Anwar yang menetapkan dua syarat kepada kerajaan untuk menyokong Belanjawan 2021.
Ucapan Najib itu mendapat pujian daripada Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
“Quote of the day: Rakyat minta KWSP, dapat PKPB! @NajibRazak,” tulis Chang yang juga ahli Parlimen Tanjong Malim di Twitter. - malaysianow.com
MR : PKR tak setuju pasal Anwar pun 2 kali didapati bersalah oleh Mahkamah malah dipenjara
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/pemuda-pkr-gelar-maria-chin-bebal-bodoh.html