Faiz Subri Dalam Kesusahan Adakah Trofinya Akan Dijual


Mohd Faiz Subri. Nama ini pernah dijulang menjadi kebanggaan Malaysia dan benua Asia selepas menjadi pemain Asia pertama menerima Anugerah Puskas – suatu pengiktirafan peringkat dunia untuk jaringan terbaik dan menarik.
Sejak diperkenalkan oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Datuk Sepp Blatter pada 2009, deretan pemain yang menerima anugerah berprestij ini ialah pemain terkemuka dunia bermula dengan Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop (2010), Neymar (Brazil 2011), Miroslav Stoch (Slovakia 2012), Zlatan Ibrahimović (2013), James Rodríguez (2014), Wendell Lira (2015), Olivier Giroud (2017), Mohamed Salah (2018) dan Lionel Messi (2019).
Tetapi, nama pemenang untuk edisi 2016 bagaikan datang dari negara dan benua yang amat asing daripada langit bola sepak dunia.
Siapapun tidak menduga jaringannya pada 16 Februari 2016 di Stadium Bandaraya, Georgetown memukau seluruh dunia selepas sepakan percuma yang sangat menakjubkan viral di sosial media dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pantas mencalonkannya kepada Fifa untuk dinilai dalam Anugerah Puskas.

“Saya bagaikan bermimpi apabila melihat nama saya berada dalam senarai tiga calon akhir untuk ke majlis Anugerah Puskas yang diadakan pada Januari 2017,” kata Faiz ketika kami bertemu di sebuah chalet jauh di pedalaman Nami, Kedah, baru-baru ini.
Sebelum tiba, saya meminta Faiz membawa bersama trofi Puskas yang diterimanya kerana ketika berada di Arena Puskas, Budapest pada awal tahun ini ketika Kongres AIPS, saya hanya berpeluang memegang replika trofi itu.
Dalam pertemuan bersama Faiz itu, kami bergambar bersama trofi asli yang dimenanginya. Trofi cantik dan kemas dan sedikit berat.
Saya katakan kepadanya: “Ketika berada di Arena Puskas, saya sangat bangga apabila melihat nama Malaysia juga tercatat dalam senarai pemenang Puskas. Malah, rakan wartawan Hungary juga terus menyebut nama Faiz Subri apabila mengetahui saya dari Malaysia. Nama Faiz sangat besar di Hungary.”
Faiz hanya tertunduk tidak terkata apa-apa. Sambil memasukkan semula trofi itu dalam beg khas yang direka khusus untuk menyimpan trofi berkenaan, saya dapat melihat raut wajahnya seakan mahu menangis.
“Ini kenangan seumur hidup saya abang,” kata Faiz.
Memang benar ia akan terus menjadi catatan bersejarah bola sepak Malaysia. Untuk menyatakan bahawa mungkin tiada lagi pemain dari Malaysia akan memenangi Anugerah Puskas adalah suatu keterlaluan kerana hanya Tuhan dapat menentukannya.
Tetapi, secara logiknya, ia adalah suatu mimpi sebagaimana kita mengharapkan Korea Selatan kembali mengulangi kebanggaan Asia untuk layak sekali lagi ke separuh akhir Piala Dunia.
Jadi, apa yang kamu lakukan sekarang? Tanya saya kepada Faiz.
“Saya menganggur. Tidak ada kerja. Saya pun baru pulih daripada kecederaan dan setakat ini tiada pasukan yang mahu mendapatkan khidmat saya lagi,” katanya yang bermain di posisi pemain tengah menyerang.
Faiz mengakui menjalani kehidupan tanpa pekerjaan tetap amat memeritkan, apatah lagi industri bola sepak tempatan turut terkesan oleh pandemik Covid-19. Dia memerlukan pekerjaan tetap untuk menyara isteri dan tiga anaknya yang berusia lapan, empat dan yang bongsu berusia dua tahun.
Keperitan yang melanda pemain bola sepak di Malaysia bukan suatu rahsia lagi sehinggakan ada bekas pemain kebangsaan terpaksa menjual pingat dan trofi kejuaraan yang diterima kerana masalah ekonomi.
Saya bertanya: “Ada terlintas di hati untuk menjual trofi Anugerah Puskas ini?”
Faiz pantas menyanggah: “Saya tidak akan sama sekali menjual trofi ini biarpun saya tiada satu sen pun dalam poket. Anugerah Puskas tidak ternilai dengan wang ringgit. Ia adalah maruah dan amanah yang perlu saya jaga. Saya tidak akan merosakkan nama Puskas semata-mata untuk dapatkan wang. Ferenc Puskás bukan saja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah, tetapi beliau juga seorang lelaki yang luar biasa.”
Faiz yang kini pulih daripada kecederaan bersedia untuk bermain semula. Tetapi, dengan usia menjangkau 33 tahun, dia sedar peluangnya agak terbatas.
Jauh di sudut hatinya, dia menyimpan impian besar mencurahkan pengalamannya sebagai pembantu jurulatih bersama pasukan kelab di Malaysia atau luar negara.
“Saya sangat bercita-cita untuk menaburkan khidmat di negara kelahiran Puskas iaitu di Hungary atau di mana-mana pasukan di benua Eropah. Jika ada kelab di Hungary yang bersedia memberi peluang, saya bersedia berhijrah ke sana,” katanya yang mahu menggunakan kepakarannya dalam sepakan percuma sebagai ilmu untuk dikongsi dengan pemain muda.
Sepakan percuma Faiz yang menobatkannya sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016 memang diakui sesuatu yang menakjubkan. Ia diakui sendiri pakar sepakan percuma dunia, Roberto Carlos yang secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Faiz ketika majlis penganugerahan di Zurich itu.
Apakah dunia bola sepak sanggup melihat pemenang Anugerah Puskas kini menjadi penganggur? HM
Khalid Jamlus jual trofi

The post Faiz Subri dalam kesusahan, adakah trofinya akan dijual? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/23/faiz-subri-dalam-kesusahan-adakah-trofinya-akan-dijual/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Iphone Baru Gagal Memenuhi Jangkaan

Adakah Iphone Baru Gagal Memenuhi Jangkaan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 273 hits
Pada 13 Oktober syarikat teknologi Apple memperkenalkan model iPhone 12 baru kepada pengguna Apple pada masa lalu telah menggunakan pendekatan yang tidak jelas dan sederhana terhadap barisan produknya Setiap tahun satu model iPhone baru dik...
Adakah Pkpb Salah Tafsir

Adakah Pkpb Salah Tafsir

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 316 hits
Dari FB wall A Kadir Jasin 1 Kalau ikut statistik Kementerian Kesihatan ini lojik mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ke atas Kuala Lumpur Selangor dan Putrajaya boleh dipertikaikan Malah boleh dianggap tidak lojik 2 Jangkitan ...
Adakah Umno Mempunyai Kelebihan Sebagai King Maker

Adakah Umno Mempunyai Kelebihan Sebagai King Maker

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 296 hits
Langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini masih belum menampakkan gambaran jelas ia akan berjaya apabila istana mengumumkan Anwar hanya memaklumkan jumlah tetapi tidak nama nama ahli parlimen yang menyokong beliau Walaupun ada rasional l...
Adakah Kebotakan Itu Normal

Adakah Kebotakan Itu Normal

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 256 hits
ADAKAH KEBOTAKAN ITU NORMAL Sebenarnya rambut kita akan gugur setiap hari Dianggarkan rambut kita boleh gugur sebanyak 100 helai tanpa kita sedari Rambut kita juga akan tumbuh sepanjang paling kurang 1cm setiap bulan Secara umum keguguran r...
Gbp Usd Adakah Brexit Sekutu Atau Lawan Untuk Pound

Gbp Usd Adakah Brexit Sekutu Atau Lawan Untuk Pound

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 276 hits
Pound menghadapi masalah lagi adakah Brexit akan menjadi lawan yang akan menghalang pertumbuhannya atau adakah sekutu yang dapat membantu mencari peluang baru Pakar percaya peranan Brexit tidak hanya terhad pada negatif pound Sebaliknya ini...
Ds Anwar Telah Gagal Adakah Kerajaan Pn Selamat

Ds Anwar Telah Gagal Adakah Kerajaan Pn Selamat

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 533 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Kumpulan Ahmad Zahid konon wakili UMNO hidupkan harapan Anwar WALAUPUN selepas menghadap DYMM SPB Yang di Pertuan Agong DS Anwar berkata Muhyiddin telah jatuh sebenarnya beliau telah gagal Tidak perlu menghabisk...
Adakah Umno Tersalah Langkah Lagi

Adakah Umno Tersalah Langkah Lagi

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 303 hits
RAKYAT BERTAMBAH KELIRUDANMULA MENGUBAH ARAH KE PPBM PASA LATAR BELAKANG Walau apa pun alasan atau strategik parti rakyat bukannya semua faham Mereka hanya nampak yang tersurat sahaja Rata2 mereka bertanggapan negatif terhadap UMNO khasnya ...
Adakah Anwar Akan Jadi Pm Ke 9

Adakah Anwar Akan Jadi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 224 hits
ADAKAH Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri ke 9 1 Jawapan pendek saya TIDAK 2 Walaupun pelbagai komentar dan wacana dianjurkan dengan seribu satu teori rentetan pengumuman bahawa DSAI akan mengadap Yang di Pertuan Agong pa...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Mencari Password Yang Di Simpan Dalam Browser Anda

Repair Grub

Heartbleed Hacking With Metasploit And Test With Nmap

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Random Sangat Anak Ni Gelagat Spontan Si Kecil Buat Ramai Terhibur