Adakah Anwar Akan Jadi Pm Ke 9




ADAKAH Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan menjadi Perdana Menteri ke-9?
1. Jawapan pendek saya TIDAK.
2. Walaupun pelbagai komentar dan wacana dianjurkan dengan seribu satu teori rentetan pengumuman bahawa DSAI akan mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada tanggal 13 Oktober (Selasa) esok, apa yang bakal berlaku boleh saya simpulkan dalam dua senario.
3. Senario pertama ialah DSAI benar-benar memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen. Dalam konteks ini YDPA dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan boleh mengambil beberapa tindakan berdasarkan kebijaksanaan Tuanku.
4. Pertama, setelah dipastikan kebenaran majoriti yang didakwa DSAI, Tuanku boleh membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan. Namun dalam keadaan kritikal gelombang COVID-19 yang semakin menggila, Tuanku mungkin tidak akan berbuat demikian. Tambahan pula sistem dan infrastruktur negara masih belum bersedia untuk e-voting (undi dalam talian).
5. Kedua, YDPA juga boleh melantik DSAI sebagai Perdana Menteri baharu tanpa PRU sebagaimana apa yang berlaku ketika pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 tahun lalu.
6. Namun semua tahu, untuk mendapat majoriti DSAI perlu disokong oleh 42 Ahli Parlimen DAP bersama khadam DAP (PAN), Ahli Parlimen PKR yang setia dengan beliau serta para ahli parlimen UMNO yang menyokong DS Zahid Hamidi yang sedang berhadapan pelbagai kes salah laku di mahkamah.
7. YDPA sudah tentu begitu arif apa akan berlaku kepada kedaulatan negara jika DSAI yang begitu mesra dengan AS, DAP yang rasis dan anti-Perlembagaan dan para perasuah UMNO kembali berada di tampuk kuasa.
8. Atas faktor-faktor inilah saya kuat merasakan bahawa YDPA akan menggunakan kebijaksanaan Tuanku dan peruntukan Perlembagaan negara untuk terus memastikan keharmonian, keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara. Ini hanya dapat dilakukan jika DSAI tidak menjadi PM-9.
9. Perkara terakhir yang boleh diputuskan YDPA jika kemelut ini berterusan ialah mengisytiharkan darurat. Kemungkinan ini juga tipis pada pandangan saya mengambil kira keadaan pandemik COVID-19 dan kelestarian ekonomi negara sedia ada
10. Senario kedua pula ialah DSAI sebenarnya tidak memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen tapi sekadar menggunakan muslihat dan mengambil kesempatan dapat mengadap YDPA bagi melobi sokongan Ahli Parlimen lain
11. Jika betul senario ini berlaku, saya amat yakin dan percaya YDPA akan mampu menghidu taktik lapuk DSAI ini dengan mudah. Tuanku boleh menggunakan hikmah dan meminta DSAI untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Dengan cara ini, misi DSAI akan mengambil masa lebih panjang iaitu sehingga persidangan Parlimen akan datang.
12. Diharapkan ketika itu pandemik COVID-19 sudah semakin baik untuk diadakan PRU jika benar DSAI berjaya melobi Ahli-Ahli Parlimen yang berkepentingan untuk menyokong beliau. Itupun kalau beliau berjaya
13. Mengambil kira kedua-dua senario di atas saya merasakan peluang bagi DSAI untuk menjadi PM-9 adalah amat tipis. Tambahan pula beliau tampak sudah semakin dimamah usia, tidak begitu sihat, tiada agenda mempertahankan kedaulatan Melayu, Islam dan Raja serta amat lemah dalam menjayakan projek pembangunan negara
14. Kedaulatan negara, keselamatan dan kesihatan rakyat berkaitan pandemik COVID-19 dan pembangunan ekonomi negara adalah keutamaan yang perlu diberikan fokus oleh kerajaan dengan sinergi dari pemimpin parti pembangkang sekarang.
15. Jangan disebabkan menang sorak, kampung tergadai!
Ir Lukman Al-Hakim Muhammad
Pemerhati politik

#Sumber :  ISMA WEB    

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/adakah-anwar-akan-jadi-pm-ke-9.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Kegagalan Ph Ini Berpunca Kerana Anwar

Adakah Kegagalan Ph Ini Berpunca Kerana Anwar

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 211 hits
CnPAku sebenarnya eager nak tahu kenapa orang tak nak Anwar jadi PM Put aside lah sentimen dan emosi Aku harap ada yang mampu jawab persoalan persoalan kat bawah ni secara matang Bila Muhyiddin dan PN dikritik sampai MuhyiddinOut trending p...
Ds Anwar Telah Gagal Adakah Kerajaan Pn Selamat

Ds Anwar Telah Gagal Adakah Kerajaan Pn Selamat

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 513 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Kumpulan Ahmad Zahid konon wakili UMNO hidupkan harapan Anwar WALAUPUN selepas menghadap DYMM SPB Yang di Pertuan Agong DS Anwar berkata Muhyiddin telah jatuh sebenarnya beliau telah gagal Tidak perlu menghabisk...
Adakah Anwar Bentang Di Majlis Presiden Sebelum Umum Ada Majoriti Ramkarpal Sembang Curry

Adakah Anwar Bentang Di Majlis Presiden Sebelum Umum Ada Majoriti Ramkarpal Sembang Curry

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 255 hits
Tun bukan letak jawatan dia sekadar menghentikan ratib puak reformasi pagi petang siang malam bila Anwar kemaruk nak jadi PM Berbaloi tak
Mengapa Susah Terima Anwar Adakah Muhyiddin Cemerlang

Mengapa Susah Terima Anwar Adakah Muhyiddin Cemerlang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 243 hits
Ketidaktentuan politik yang berterusan selepas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan telah mempunyai cukup majoriti untuk mengambilalih kuasa sebagai Perdana Menteri ke 9 pada Selasa lalu menatijahkan satu persoalan mengapa...
Mb Perak Pun Nak Menggelabah Juga Kenapa Patut Muhyiddin Yang Sokong Anwar

Mb Perak Pun Nak Menggelabah Juga Kenapa Patut Muhyiddin Yang Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 287 hits
Peja minta Anwar sokong Muhyiddin Dah tak ada majoriti dan nak tumbang kau nak suruh yang nak naik sokong yang nak tumbang ka yob adeiiiiiOctober 11 2020 Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersama sama memberi sokongan kepada Perdana Menteri Ta...
Serangan Terhadap Anwar Baru Bermula

Serangan Terhadap Anwar Baru Bermula

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 267 hits
Kak ida Abdullah Sesiapa yang percaya Saiful diliwat ketahuilah bahawa BUKAN Anwar yang anda aibkan TETAPI diri kamu itulah yang sedang diaibkan dengan daging busuk selayaknya menjadi santapan selama mana kamu tidak bertaubat dengan memohon...
Perbandingan Antara Anwar Muhyiddin Mahathir Dan Najib Dari Segi Ketokohan Politik Akademik Dan Gerakan Agama Islam

Perbandingan Antara Anwar Muhyiddin Mahathir Dan Najib Dari Segi Ketokohan Politik Akademik Dan Gerakan Agama Islam

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 349 hits
IBRAHIM MAT ISA 1 Muhyiddin Yasin seorang pemimpin politik yang berfahaman Autokratik a Tokoh Politik Sahaja b Tiada kepakaran dalam hal ekonomi 2 Najib seorang Autokrat yang mempraktikkan POLITIK KOTOR untuk mempertahakan kuasa menurut pen...
Jika Anwar Gagal Maka Peluru Sedang Dihala Kepada Beliau

Jika Anwar Gagal Maka Peluru Sedang Dihala Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 211 hits
HAMDAN TAHA Dari segi politik MCA MIC 67 tahun bersama Umno elok sahaja mereka menerajui negara Kenapa mereka elok sebab mereka tak berebut kerusi yang sama cuma ada satu dua sahaja ada pertindihan Kenapa pas umno tak pernah berbaik selama ...
Umno Bergolak Desak Anwar Dedah Nama Mp Umno Yang Sokong

Umno Bergolak Desak Anwar Dedah Nama Mp Umno Yang Sokong

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 298 hits
BOB KELANANG Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat perlu tahu siapa sebenarnya ahli ahli Parlimen yang berkomplot dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika negara diancam pandemik koronavirus Justeru...
Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What The Jalur Gemilang Truly Means To Me

Don T Give Ex Army Cops Unrestricted Powers As Mrsm Wardens Says Criminologist

World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co