Fahami Sejarah Negara Agar Kesilapan Lampau Tidak Berulang Tun M


    Foto oleh Bernama. 

PUTRAJAYA - Fahami sejarah supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara terus terpelihara, yang membolehkan kemajuan dikecapi dan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika tiga kaum utama di Malaysia bersama kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk ‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama, negara akan lebih maju.

Loading...
"Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dijalani negara kita, maka negara kita akan terus aman. Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai dan kekayaan diagih antara semua kaum,” katanya semasa perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, yang pertama pada tahun ini.

Dr Mahathir turut mengingatkan bahawa rusuhan atas faktor perkauman seperti yang berlaku pada tahun 1969 tidak akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapapun.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini tiada rusuhan, namun masih terdapat perpisahan antara kaum dan ini tidak selamat untuk negara.

Memetik kata-kata ahli falsafah terkenal George Santayana “sesiapa yang melupakan sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”, Dr Mahathir berkata itulah sebabnya semua pihak termasuk pegawai kerajaan dan ahli politik perlu tahu segala sejarah negara.

Menurutnya, Malaysia bertuah kerana pemimpin semua kaum bersetuju untuk bersama-sama membangunkan negara selepas mencapai kemerdekaan berbanding negara lain yang tidak mahu menerima kehadiran kaum dari negara lain.

Katanya, di sesetengah negara mereka yang menganggap diri mereka sebagai orang asal negara itu, tidak senang hati dengan kaum lain yang dikatakan kaum pendatang dan apabila kemerdekaan dicapai, kaum yang bukan terdiri daripada anak watan dihalau keluar.

Di sesetengah negara yang tidak mempunyai masalah perkauman pula, perpisahan antara golongan miskin dan kaya yang begitu ketara juga telah mencetuskan perbalahan sehingga berlaku rusuhan, katanya.

“Kita tak mahu negara ternampak terlalu kaya tetapi kekayaan negara tidak diagihkan secara adil kepada semua kaum,” katanya.

Perdana Menteri berkata itulah sebabnya kerajaan menumpukan usaha untuk membasmi kemiskinan terutamanya dalam kalangan bumiputera yang ramai hidup dalam kemiskinan di luar bandar berbanding mereka yang tinggal di bandar dengan kemudahan serba mencukupi.

“Menjadi tugas kita untuk menentukan negara dapat mengagihkan kekayaan secara sama rata, atau pada satu tahap yang boleh diterima semua masyarakat,” katanya.

Dr Mahathir berkata Malaysia bertuah kerana mencapai kemerdekaan tanpa melalui peperangan atau rusuhan dan pentadbiran negara diambil alih oleh pemimpin yang mempunyai pengalaman bekerja dengan penjajah British.


Beliau berkata di kebanyakan negara yang diambil oleh pemimpin yang menang atas dasar peperangan, kemajuan tidak dicapai dengan baik kerana mereka tidak memiliki ilmu dalam pentadbiran negara.

“Oleh kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran, biasanya kita lihat negara mereka tak ditadbir dengan baik, maka kerap kali terjadi pemerintahan kuku besi,” katanya.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/fahami-sejarah-negara-agar-kesilapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Hakim Negara Mengaku Cuai Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Kesilapan Sultan Muhammad V Dan Tun M

Bekas Ketua Hakim Negara Mengaku Cuai Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Kesilapan Sultan Muhammad V Dan Tun M

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 415 hits
Bekas Ketua Hakim Negara Mengaku CUAI Dalam Mengeluarkan Kenyataan Berkaitan Kesilapan Sultan Muhammad V Dan Tun M
Kerajaan Yang Stabil Perlu Memacu Pembangunan Untuk Negara Lain Membangun Tun M

Kerajaan Yang Stabil Perlu Memacu Pembangunan Untuk Negara Lain Membangun Tun M

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 338 hits
Foto oleh Bernama DAKAR Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan tentang pentingnya kerajaan yang stabil untuk memacu pembangunan mana mana negara ketika berucap pada persidangan mengenai kemunculan Afrika di sini Perdana Menteri Malaysia itu men...
Anugerah Ridzuan Puzi Cipta Sejarah Sukan Para Negara

Anugerah Ridzuan Puzi Cipta Sejarah Sukan Para Negara

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 533 hits
KUALA LUMPUR Atlet paralimpik negara Mohamad Ridzuan Puzi muncul atlet negara pertama dinobatkan selaku Atlet Para Terbaik Asia 2018 dalam majlis khas yang akan diadakan di Emeriyah Arab Bersatu pada 5 Februari depan Kejayaan itu akan mengu...
Desakan Agar Pengerusi Bersatu Perlis Letak Jawatan Ibarat Tidak Hormati Tun M

Desakan Agar Pengerusi Bersatu Perlis Letak Jawatan Ibarat Tidak Hormati Tun M

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 411 hits
KANGAR Tindakan mendesak Pengerusi Bersatu Perlis Ameir Hassan oleh sebahagian pimpinan parti agar melepaskan jawatan dilihat seolah tidak hormati keputusan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau menerajui Bersatu di Perl...
Masih Banyak Desa Butuh Dibangunkan Infrastruktur Agar Ri Jadi Negara Ekonomi Maju

Masih Banyak Desa Butuh Dibangunkan Infrastruktur Agar Ri Jadi Negara Ekonomi Maju

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 318 hits
Anggota DPR Budiman Sudjatmiko yang juga penggagas Program Dana Desa mengungkapkan masih banyak desa di Indonesia memerlukan pembangunan infrastruktur seperti jalan sarana air bersih dan klinik pengobatan Pembangunan infrastruktur disebut s...
Isteri Bina Galeri Pamer Barang Berharga Zaibo Agar Suaminya Tidak Dilupakan

Isteri Bina Galeri Pamer Barang Berharga Zaibo Agar Suaminya Tidak Dilupakan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 240 hits
BAGI memastikan nama suami tidak terus dilupakan balu kepada Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal dan anak anaknya sedang membangunkan sebuah galeri mini bagi menempatkan semua pelakon dan pelawak itu untuk tatapan ramai Siti Hawa berkata idea untuk...
Baca 11 Amalan Mudah Tapi Mujarab Ini Agar Gigi Anda Kekal Sihat

Baca 11 Amalan Mudah Tapi Mujarab Ini Agar Gigi Anda Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 399 hits
Antara nikmat yang baru terasa hebat dan sepatutnya sentiasa disyukuri bila dah tua adalah nikmat diberikan Tuhan gigi yang lengkap dan sihat Masa muda terlepas pandang nikmat gigi lengkap dan sihat ni Maklumlah semuanya masih baru segar da...
Ini Strategi Waskita Karya Jual Tol Agar Cepat Laku

Ini Strategi Waskita Karya Jual Tol Agar Cepat Laku

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 398 hits
Kita masih optimis untuk bisa melakukan penjualan divestasi tol tapi mungkin konsepnya beda kalau yang sebelumnya kita menunggu peminat kita menunggu yang beli tahun ini kita akan mendatangi para investor yang dilist oleh konsultan yang kit...
Nurul Izzah Marches With Lawyers Moots Tribunal To Probe Jac Leak Claims

How To Choose The Right Insurance Policy In Malaysia For Complete Protection

Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau

My Moving Journal A Fresh Start

Konvokesyen Perdana Ipma Bila Allah Mendengar Rintihan

Police Deny Arresting Suspect In Temple Groping Woman Incident

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Video Menarik Aktiviti Membaca Bersama Warga Bomba Kini Di Youtube


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Win Big On Official Gudangtoto Site With These Tips And Strategies

Membina Tabiat Baik Sebagai Muslim 7 Prinsip Untuk Istiqamah

Voltecx Rahsia Kaw Kaw Jimat Minyak Buat Enjin Kereta Lama Kembali Power

How To Capture Short Attention Span

Employee Engagement Isn T One Size Fits All And Neither Is Your Platform

Pemimpin Industri Gariskan Masa Depan Inovasi Mudah Alih Di Forum Teknologi Galaxy Laporan Samsung Mobile