Fahami Maksud Asas Bisnes Online
Saya tengok banyak bahan dan penulisan yang berkongsi berkaitan bisnes online kat Malaysia ni. Cuma saya yang saya perasan, penggunaan bahasa untuk menerangkan topik-topik bisnes online kat Malaysia ni kebanyakannya agak advance yang mungkin sukar difahami bagi mereka yang baru nak berjinak dalam bisnes online ni.
Bahasa-bahasa jargon dalam Bisnes Online
Saya tak cakap orang lain la, sebab saya sendiri pun gunakan perkataan-perkataan yang sebenarnya agak jargon. Saya letakkan diri saya masa mula-mula baca panduan berkaitan bisnes online, memang susah nak faham.
Ok saya kongsikan antara perkataan yang biasa digunakan dalam penerangan berkaitan panduan bisnes online.
AffiliateConversion / ConvertDatabaseMarketplacePlatformChannelNiche
Affiliate
Maksud affiliate dalam bahasa mudah dia adalah jadi ejen. Contohnya Cik Timah ada jual kerepek pisang.
Saya pulak nak jadi affiliate (ejen) kepada Cik Timah untuk jual kerepek pisang tu. Dengan kata lain, saya yang tolong promote dan buat jualan untuk kerepek pisang Cik Timah tu. Nanti kalau ada orang beli, saya dapat la upah (komisen) dari setiap hasil jualan tu. Contoh 1 paket kerepak pisang RM25, saya akan dapat RM10 sebagai komisen. Lagi banyak saya jual kerepek pisang milik Cik Timah tu, lagi banyak la komisen yang saya dapat nanti. Pandai-pandai saya la nak jual camna pun, yang penting hasil dari jualan saya dapat komisen.
Conversion / Convert
Ini salah satu jargon yang mengelirukan saya masa mula-mula belajar bisnes online dulu. Maklumlah dulu english saya tak berapa bagus.
Perkataan conversion tu sendiri berasal dari convert. Maksud convert adalah tukar. Yang dimaksudkan conversion dalam bisnes online adalah menghasilkan jualan dari pelanggan. Maksud yang lebih tepat adalah menukarkan bakal pelanggan kepada pembeli.
Contoh: Saya berjaya membuat 2 conversion pada hari ini dalam penjualan kerepek pisang. Mula-mula saya cakap la kat bakal pelanggan tu yang kerepek pisang ni sedap dan murah, lepas tu dia bersetuju untuk beli sepeket kerepek pisang. Itulah dia conversion, saya berjaya buat jualan kerepak pisang. Conversion: proses tukar bakal pelanggan jadi pelanggan/pembeli.
Database
Database ni kalau diterjemah maksud dia pengkalan data. Tapi untuk mudahkan pemahaman penggunaan dalam bisnes online, ianya dimaksudkan senarai pelanggan. Senarai pelanggan ni digunakan untuk pelanggan dihubungi semula. Alaahhh macam Pakistan yang jual karpet kat kampung-kampung tu, diaorang simpan database pelanggannya (nama dan nombor telefon) untuk dihubungi dikemudian hari. Sama ada untuk kutip hutang, atau offer kain syantik syantik.
Marketplace
Maksud bahasa melayunya adalah tempat pasar. Ha betul dah tu, memang itulah maksudnya. Marketplace adalah tempat untuk memasarkan sesuatu. Biasanya penggunaan perkataan Marketplace kat bisnes Online Malaysia ni adalah merujuk kepada 1 tempat atau platform yang menjual barang (pelbagai barang).
Contohnya Lazada, Shopee, Mudah, Klikjer (jual/buat ebook). Tu semua dipanggil marketplace. Tempat dimana ramai peniaga menjual barang-barang dan pembeli datang untuk membeli barang.
Platform
Platform pulak adalah satu medium atau tempat yang digunakan untuk sesuatu tujuan.
Contoh: “Eh Syafik, ko berniaga online guna platform apa?”
Syafik: aku guna Shopee je, senang takyah buat website. Kau guna platform apa pulak? Lazada ke?
“Eh taklah, aku guna blog je sebagai platform menjual sambal hijau aku”
Gitulah lebih kurang….
Channel
Maksud channel adalah saluran. Dalam bisnes online, maksud channel tetap sama iaitu saluran. Boleh terkeliru antara Channel dan Platform ni. Takpelah, saya bagi contoh biar tak terkeliru.
Syafik: Biasanya kau promote kat mana sambal hijau kau ni?
“Ada beberapa channel yang aku gunakan bro, aku promote guna (saluran) facebook page, youtube, Whatsapp malah blog aku sendiri adalah salah satu channel pemasaran aku”
Niche
Maksud niche dalam bisnes online adalah jenis atau kategori bisnes yang dilakukan. Kalau seseorang tu jual rumah, bisnes dia adalah niche hartanah. Dah tu je nak terangkan.
Belajar Buat Bisnes Online
Sebenarnya bisnes online ni sama je dengan bisnes yang kat luar tu (offline). Kalau bisnes offline perlu menjual secara bersemuka, tapi bisnes online semua proses pemasaran, pengiklanan dan transaksi dilakukan secara online iaitu guna internet dan komputer/smartphone.
Kalau nak diikutkan, sama je proses bisnes online dengan bisnes offline ni. Ada produk -> cari pelanggan -> dapatkan jualan.
Cara offline: Bukak kedai, atau promote secara bersemuka untuk mendapatkan jualan.
Cara online: Bina blog/online marketplace, promote guna saluran yang sesuai dan transaksi bayaran dilakukan secara atas talian.
Skill utama yang diperlukan tak kira menjual secara offline atau online adalah asas pemasaran. Tahu kat mana nak pasarkan atau nak war warkan produk yang dijual. Kalau tahu asas ni, insyaAllah boleh susun strategy pemasaran untuk produk yang berbeza.
Sebagai contoh, saya akan terangkan strategi yang betul untuk promote link affiliate pada artikel yang akan datang.
The post Fahami Maksud Asas Bisnes Online appeared first on 2020 Adzril.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adzril.com/bisnes-online/