Fahami Fasa Dan Tanda Menopaus Wanita Periksa 5 Tanda Ini Sekiranya Anda Menginjak Umur 40an






Menopaus berlaku apabila seseorang wanita tidak lagi mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut. Ini adalah sebahagian daripada proses penuaan yang normal. Jadi, apa tanda menopause wanita umumnya ?
Perlu anda tahu, menopaus boleh berlaku dek penurunan tahap hormon seks wanita secara semula jadi apabila menginjak usia lebih tua.
Ovari akhirnya berhenti membebaskan telur, menyebabkan anda tidak lagi datang bulan atau hamil.
Sebilangan besar wanita juga mula mengalami menopaus pada usia 40-an atau 50-an, berbeza-beza mengikut individu.
Mari ikuti kupasan ini untuk kenali simptom-simptom menopause pada wanita!
Fahami fasa dan tanda menopause wanita Putus haid merupakan suatu proses semula jadi yang akan berlaku kepada setiap wanita apabila mencecah usia tertentu, dan pengalaman masing-masing pastinya unik.
Menopaus secara umumnya akan melalui 3 peringkat, merangkumi:
Perimenopause: Merupakan fasa peralihan yang bermula sebelum putus haid dan merangkumi 12 bulan haid terakhir seseorang wanita.Menopaus: Fasa ini bermula secara rasminya apabila anda tidak didatangi haid selama setahun, selepas haid terakhir atau apabila haid terhenti atas faktor perubatan seperti pembuangan ovari.Postmenopause: Fasa ini meliputi tahun-tahun pasca menopaus.Tanda-tanda menopausePengalaman menopaus setiap wanita adalah unik dan gejala biasanya menjadi lebih teruk apabila ia berlaku secara mengejut atau dalam jangka masa yang pendek.
Kondisi yang mempengaruhi kesihatan ovari, seperti kanser, histerektomi, atau pengamalan gaya hidup tertentu, seperti merokok, cenderung meningkatkan lagi keparahan dan jangka masa gejala menopause.
Selain perubahan haid, gejala perimenopause, menopaus, dan postmenopause secara umumnya adalah sama sahaja.
#1 Haid tidak teraturAntara tanda menopause wanita Malaysia yang pertama adalah perubahan dan ketidakteraturan kitaran haid.
Ini menjadi petanda utama yang menunjukkan anda sedang dalam ‘perjalanan’ untuk menopaus.
Haid anda mungkin akan datang dengan lebih kerap atau lebih jarang, lebih berat atau lebih ringan, masa berlangsung lebih lama atau lebih pendek daripada sebelumnya.
Justeru, ketika dalam fasa perimenopause, anda bakal alami kesukaran untuk meramalkan haid seterusnya atau tempoh masa ia berlaku.
Anda juga lebih sukar untuk hamil dalam fasa ini, tetapi selagi masih didatangi haid, kehamilan masih berpeluang untuk berlaku.
Selain itu, beberapa ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser juga berupaya memicu haid tidak teratur.
Sebarang pendarahan atau spotting selepas menopaus adalah tidak normal! Segera rujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk didiagnosis.
#2 Panas badan (hot flashes)Hot flashes boleh membuatkan anda berasa panas atau berpeluh di bahagian atas badan secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.
Kulit juga mungkin akan bertukar warna merah dan jantung berdegup lebih laju. Kemudian, anda mungkin turut rasai sensasi sejuk secara tiba-tiba.
Night sweats pula adalah panas badan yang berlaku semasa tidur. Simptom ini boleh menjadi sangat kuat sehingga menjejaskan tidur anda.
Sama seperti kebanyakan gejala menopaus lain, pengalaman hot flashes dan night sweats juga mungkin berbeza-beza bagi setiap wanita.
Ia mungkin berlangsung selama seminit atau 5 minit, boleh menjadi ringan atau parah.
Anda juga mungkin merasainya beberapa kali setiap jam, setiap minggu, atau tidak mengalaminya sama sekali.
Bagi sesetengah wanita, simptom ini mampu berterusan selama bertahun-tahun, atau bahkan dekad setelah haid terhenti hingga ke fasa yang digelar postmenopause.
#3 Perubahan perasaan terhadap seksSemasa menopaus, sebilangan wanita mendapati mereka mudah terangsang dan lebih gemar bersenggama dek kebebasan dirasai kerana tidak perlu lagi bimbang dengan potensi kehamilan.
Namun, ada juga yang sebaliknya menzahirkan rasa keinginan terhadap seks yang makin berkurangan.
Anda perlu tahu, semasa menopaus, kulit di sekitar faraj berisiko menjadi kering, lantas boleh menyebabkan pengalaman seks yang menyakitkan.
Justeru, penggunaan pelincir semestinya dapat membantu!
#4 Perubahan moodBanyak perkara boleh memberi kesan terhadap mood anda, dan ini termasuk jugalah perubahan hormon yang berlaku di sekitar fasa menopaus.
Sekiranya kalian pernah mengalami kegelisahan atau kemurungan pada masa lalu, gejala anda mungkin bertambah buruk apabila putus haid.
Apa pun alasannya, anda berhak untuk merasa gembira! Jika anda mendapati telah mengalami mood swing selama lebih dari beberapa minggu, pastikan untuk maklumkan kepada doktor.
Bersama-sama, doktor akan dapat memutuskan pilihan rawatan bersesuaian untuk membantu anda berasa lebih baik.
#5 Alami perubahan fizikalKetika putus haid, wanita sering kali melihat perubahan pada kulit dan rambut yang semakin kering serta menipis.
Malah, ada juga yang bertambah berat badan dalam fasa ini. Tubuh kalian juga mungkin berubah apabila badan menyimpan lebih banyak lemak di sekitar pinggang dan berlaku penyusutan otot secara menyeluruh.
Bukan itu sahaja, anda mungkin tidak lagi selincah dahulu dan mula hadapi kesukaran untuk bergerak, atau alami sakit-sakit sendi.
Oleh itu, adalah amat penting untuk kekal aktif! Anda mungkin perlu bekerja dengan lebih keras untuk mengekalkan kekuatan dan fit.
Akhir kata, berikut adalah perkongsian berkaitan simptom menopause pada wanita secara umum, yang boleh dikenal pasti.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan, rujuk doktor atau pakar sakit puan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.
Kredit : Hellodoktor
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/fahami-fasa-dan-tanda-menopaus-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rangka Kanak Kanak Dipercayai Ada Kaitan Mayat Wanita Dalam Gaung

Rangka Kanak Kanak Dipercayai Ada Kaitan Mayat Wanita Dalam Gaung

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 170 hits
SEREMBAN Polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini pagi tadi Ketua Polis Seremban Nanda Maarof berkata penemuan rangka ma...
Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 213 hits
Baru Tahu Harga Kurma Ajwa Mahal Banyak Khasiat Rupanya Dan Meningkatkan Kesuburan Wanita SETIAP kali tibanya Ramadan buah kurma akan menjadi pilihan sebagai menu utama ketika bersahur dan berbuka puasa Menjengah ke pasaran tempatan terdapa...
Wanita Rusia Adakan Kempen Gunting Beg Chanel

Wanita Rusia Adakan Kempen Gunting Beg Chanel

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 127 hits
Wanita Rusia adakan kempen gunting beg Chanel MOSCOW Wanita di Rusia menggerakkan kempen menggunting beg Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas dihalang daripada membeli barangan jenama mewah itu susulan perang di Ukraine lapor ak...
Faedah Surat An Nuur 46 Pakaian Muslimah Bagi Wanita Menopause

Faedah Surat An Nuur 46 Pakaian Muslimah Bagi Wanita Menopause

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 190 hits
Berikut adalah keterangan mengenai pakaian muslimah untuk wanita menopause Ternyata ada keringanan untuk mereka
Polis Buru Wanita Larikan Gelang Emas

Polis Buru Wanita Larikan Gelang Emas

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 176 hits
RAKAMAN video daripada kamera litar tertutup menunjukkan seorang wanita yang disyaki melarikan seutas gelang tangan emas dari sebuah kedai emas di pekan Kuala Pilah Negeri Sembilan petang semalam KUALA PILAH Polis memburu seorang wanita yan...
Tumpang Rezeki Anak Wanita Ini J3ntik Hati Netizen Bergegas Ke Atm Keluarkan Duit Demi Basikal Oren

Tumpang Rezeki Anak Wanita Ini J3ntik Hati Netizen Bergegas Ke Atm Keluarkan Duit Demi Basikal Oren

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 206 hits
Setiap orang yang bergelar ibu bapa sudah pasti akan sedaya upaya akan memenuhi kehendak anak anak walaupun ada kalanya sukar Begitulah situasi yang berlaku bagi pasangan ini iaitu Farah Eshaa 25 dan suaminya Shahrul Aizat 28 apabila berjay...
Wanita Guna Pedang Samurai Serang Suami Isteri Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

Wanita Guna Pedang Samurai Serang Suami Isteri Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 323 hits
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang wanita yang cuba menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka SanookBANGKOK Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah me...
Tukang Cuci Rakam Gambar Wanita Dalam Tandas Didenda Rm100

Tukang Cuci Rakam Gambar Wanita Dalam Tandas Didenda Rm100

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 268 hits
Foto hiasan MediaCorpGara gara merakam gambar seorang wanita di tandas sebuah universiti seorang tukang cuci yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini Majistret Wong Ch...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Kreativitas Ke Cuan Pelatihan Literasi Digital Yang Mendorong Munculnya Konten Kreator Kalbar Profesional

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid