Rangka Kanak Kanak Dipercayai Ada Kaitan Mayat Wanita Dalam Gaung
SEREMBAN: Polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Seremban, Nanda Maarof, berkata penemuan rangka manusia pada kira-kira 11 pagi itu membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga suspek yang ditahan sebelum ini berhubung kes penemuan mayat wanita tanpa identiti dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Bukit Putus, 20 Mac lalu.
Beliau berkata, rangka kanak-kanak itu ditemukan bertaburan di atas tanah dan dilitupi daun kering kira-kira 10m dari lokasi asal pencarian sejak 28 Mac, setelah polis membawa dua daripada suspek berkenaan ke lokasi kejadian.
“Penemuan rangka ini melibatkan kes kanak-kanak hilang sebelum ini, kami percaya tulang ini berkemungkinan adalah milik mangsa, bagaimanapun kita masih lagi menyiasat dengan proses forensik dan patalogi akan dilakukan untuk mengesahkanmya
“Kemungkinan dalam tempoh dua ke tiga bulan (meninggal dunia) sebelum rangka ditemui. Namun mayat wanita yang ditemukan di gaung itu tiada kaitan dengan kanak-kanak ini, tetapi dipercayai masing-masing pernah tinggal bersama suspek,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Dalam pada itu, Nanda yakin melalui penemuan rangka kanak-kanak tersebut, polis sekali gus akan dapat menyelesaikan kes penemuan mayat wanita di dalam gaung berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin.
“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.
Susulan kejadian itu, tiga individu iaitu dua lelaki, masing-masing berusia 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir
Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta?
Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi
Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini
Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat
Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ
Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video)
Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video)
PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN
Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
“Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka
PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]
Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie
The post Rangka kanak-kanak dipercayai ada kaitan mayat wanita dalam gaung appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/07/rangka-kanak-kanak-dipercayai-ada-kaitan-mayat-wanita-dalam-gaung/