Faedah Jika Menggunakan Linux


LinuxSalam semua.. Seriously blur. Takde idea nak update apa hari ni. Semalam macam-macam draf ditulis dalam telefon. Laaa.. Rupa-rupanya tajuk-tajuk lagu yang nak dicari kemudian. Adeh..Fikir punya fikir, akhir sekali tergerak hati untuk cari balik entri yang berada dalam draf. Jumpa pula dengan tajuk ini, terus taip. Jadi kepada anda semua yang bercadang hendak menggunakan distro Linux seperti Ubuntu, Linux Mint,Pinguy OS, Zorin OS dan lain-lain lagi, sila teliti beberapa fakta di bawah. Harapan Mr.Hac agar lebih ramai lagi yang akan menggunakan Linux sebagai sistem operasi lalai (default) dalam kehidupan mereka selepas mendapat pelbagai panduan dari blog ini.
Sebelum ini Mr.Hac pernah menulis ‘Kenapa Linux Jauh Lebih Bagus?’. Entri ini adalah entri susulan atau ‘nasik tambah’ kepadanya. Jadi.. Haa tambah nasik! Tambah!
Antara faedah-faedah menggunakan Linux ialah:

1. Bebas Virus: Ok.. Melihat kepada fakta, Linux bukanlah imun kepada virus 100%. Ingat tu! Cuma setakat ini masih belum ada lagi virus yang dapat menapak dan menyebar dengan kukuh. Mr.Hac ada melihat video dari Youtube yang menunjukkan beliau terkena jangkitan virus dari sebuah laman web. Tetapi eksploitasi yang ditunjuk menunjukkan beliau agak cuai dalam mengendalikan setiap laman web yang dilawati. Fakta:Keylogger bukan virus!


Sebelum anda berkata apa-apa yang mampu membuat darah manis Mr.Hac tersirap, lebih baik pergi baca di Wikipedia dahulu tentang keylogger! Ya. Keylogger mampu menyelinap ke dalam Linux. Namun anda perlu ingat, keylogger untuk Linux yang paling hebat pun masih tidak menyeluruh dan tidak ‘semenggah’ seperti keylogger untuk Windows. Contohnya logkeys. Tambahan, anda perlu tahu, Linux adalah sistem operasi sumber terbuka, dan ini bermakna sesiapa sahaja boleh melihat kepada kod sumbernya. Jika hari ini eksploitasi atau virus dilepaskan, InsyaAllah esok lusa tampalan (patch) sudah siap dibuat. Apa yang anda perlu buat ialah kemaskini sistem operasi anda setiap hari.

2. 100% Percuma: Ada yang berkata sesuatu yang percuma itu tidak bagus. Namun bagi kes Linux, percuma adalah sesuatu yang hebat! Lagipun, siapa yang tak suka benda percuma kan??

3. Pemacu Terbina Dalam: Kebiasaannya jika anda memasang semula Windows, anda perlukan masa untuk mencari pemacu. Apa? Gunakan Driver Pack Solution? Untuk Linux tak perlu semua tu. InsyaAllah, hampir kesemua pemacu sudah terbina dalam kernel. Tinggal plug and play sahaja! Yes 4G tak dikesan oleh Linux? Gunakan pemasang dari fikri.my ini!

4. Tak Perlu Antivirus: Disebabkan ia menghampiri kepada kesempurnaan bebas virus, maka biasanya antivirus itu tidak perlu. Tiadalah pula salahnya jika anda tetap mahu memasangnya! Lagi pula terdapat beberapa antivirus percuma untuk Linux. Tetapi bagi Mr.Hac, tak payahlah!

5. Tiada lagi Blue Screen of Death Doom!: Maaf cakap, tapi melainkan anda benar-benar noob, masalah ini memang tak akan berlaku. Linux adalah sangat stabil. Memang tiada sesuatu yang benar-benar sempurna di dunia ini. Tetapi hakikatnya anda tidak perlu mulai semula komputer anda apabila sistem anda crash, atau mengalami ‘kekejangan misteri’ seperti Windows.


6. Restart = Tak Perlu: Lepas pasang sesuatu perisian pada Windows, anda perlu mulai semula (restart) komputer anda. Jika anda melakukan kemaskini kepada sistem anda, anda perlu mulai semula juga. Ketika sistem anda kelihatan mula goyah, pening, mual, atau menunjukkan tanda-tanda ‘hang’, silalah mulai semula untuk menjadikan keadaan ‘segar’ semula. Situasi ini tidak akan berlaku kepada Linux. Titik noktah.

7. Perisian Windows Tanpa Windows: Ini satu lagi persoalan yang kerap ditanyakan. “Bolehkah saya menjalankan perisian Windows pada Linux?”. Jawapannya boleh. Kita ada WINE (Wine Is Not Emulator), Crossover (Pro), dan Playonlinux untuk memasang permainan Windows yang dijalankan melalui Wine juga. Cuma nasihat Mr.Hac satu sahaja, dah gunakan Linux, tak salah untuk kita embrace teknologi dengan menggunakan kesemua sumber teknologi yang ada, termasuklah perisian-perisian Windows. Tetapi lebih baik jika anda kuasai perisian-perisian yang diciptakan khas untuk Linux. Dengan cara ini anda tidak akan mudah panik apabila memerlukan sesuatu perisian yang ada pada Windows untuk menyiapkan kerja. Sekali-sekala guna ok la!

8. Ratusan Perisian dan Permainan Percuma: Anda bosan dengan apa yang ada? Mahu memasang perisian baru? Tak perlu lagi susah payah mencari. Ambil contoh Ubuntu yang mempunyai Ubuntu Software Center (USC). Sangat mudah. Anda cuma perlu membuka USC, lakukan sedikit klik dan siap! Perisian yang anda mahu sudah pun dipasangkan pada komputer anda.

9. Perisian-perisian Terbina Dalam: Apabila anda memasang semula Windows, perkara kedua setelah memasang pemacu ialah memasang pula perisian-perisian asas dan penting, contohnya perisian pejabat, pelayar web, pengurus arkib dan sebagainya. Ini sekali lagi tidak perlu dilakukan dalam Linux, kerana semuanya sudah cukup, lengkap, dan tersedia. Kita ada Libre Office untuk perisian pejabat menggantikan Microsoft Office, Firefox untuk pelayar web, Totem Movie Player untuk memainkan video, Banshee atau Rhythmbox untuk memainkan muzik dan pelbagai lagi!

10. Hidupkan Komputer Lama!: Komputer dengan spesifikasi lama memang ‘menyedihkan’ apabila ia dilengkapi dengan Windows. Jika anda mahu kemaskini kepada yang lebih baru contohnya migrasi dari Windows XP kepada Windows 7, anda boleh ucapkan kirim salam sayang lagi sedih kepada Windows 7 kerana spesifikasi yang tidak mencukupi. Dengan Linux, untuk tampilan desktop yang kelihatan lebih moden sekalipun anda boleh pasangkannya kerana keperluan minimum untuk Linux adalah benar-benar minimum dalam erti kata yang sebenar!

11. 3D Desktop: Mungkin ada perisian yang mampu menjadikan desktop Windows kepada suasana 3D contohnya Deskspace, tetapi ia masih terdapat kekurangan, iaitu masih perlu dibeli, dan tidak secantik kesan visual COMPIZ pada Linux! Oh ya. Compiz itu percuma pula! Kesan visual yang boleh dibuat menggunakan Compiz juga adalah lebih banyak dan boleh diubahsuai mengikut kemahuan pengguna.

Jadi sekarang bagaimana? Masih takut untuk mencuba Linux? Ahh.. Alasan!

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://johanrakyat.blogspot.com/2012/02/faedah-jika-menggunakan-linux.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Install Driver Wifi 8821ce Di Mx Linux Untuk Lenovo Ideapad 130 15ikb

Install Driver Wifi 8821ce Di Mx Linux Untuk Lenovo Ideapad 130 15ikb

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 168 hits
Wahh lumayan lama juga ya Saya tidak buat postingan lagi yaa mohon dimaklumi saja karena akhir akhir ini Saya lagi sibuk di beberapa project Project Internal dan Project External Langsung saja ya di meja saya sudah ada Laptop Lenovo seri Id...
Windows Malware Detection On Linux Host

Windows Malware Detection On Linux Host

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 138 hits
My favoriate workstation is Linux but I need to analyze Windows malware The are several options such as listed On Ubuntu for example we can simply type sudo apt get install clamav F prot also provides a free Linux host antivirus to analyze ...
Creating Human Friendly Timestamp For Linux History

Creating Human Friendly Timestamp For Linux History

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 172 hits
HISTTIMEFORMAT d m y T Output 2031 29 06 15 21 54 31 ps uanx grep i bbb 2032 29 06 15 21 54 40 nmap localhost 2033 29 06 15 21 55 11 history
3 Cara Menggunakan Essential Oil Young Living Yang Perlu Anda Tahu

3 Cara Menggunakan Essential Oil Young Living Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 461 hits
Sifat Essential Oil yang cepat merewap dan mempunyai molekul yang kecil menjadikannya boleh bertindak balas dengan cepat terhadap tubuh badan manusia Essential oil dapat meresap masuk ke dalam kulit melalui rongga dan akan bergerak ke siste...
Cara Untuk Menggunakan 1 Nombor Whatsapp Untuk 2 Peranti Berbeza

Cara Untuk Menggunakan 1 Nombor Whatsapp Untuk 2 Peranti Berbeza

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 384 hits
Secara amnya satu akaun WhatsApp hanya boleh digunakan pada satu telefon bimbit Namun atas pelbagai tujuan kadangkala kita perlu menggunakan dua telefon bimbit Oleh itu orang biasanya membeli nombor baharu untuk dipasang pada telefon bimbit...
Dwayne Johnson Berjanji Tidak Akan Menggunakan Lagi Senjata Api Sebenar Di Set Penggambaran

Dwayne Johnson Berjanji Tidak Akan Menggunakan Lagi Senjata Api Sebenar Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 348 hits
Berikutan kematian tragis sinematografi Halyna Hutchins Dwayne Johnson telah berjanji untuk tidak lagi menggunakan senjata api sebenar di set penggambaran filem pada masa hadapan Dalam temubual dengan Variety semasa tayangan perdana filem t...
Kelebihan Menggunakan Cc Cream Spf 50 Hansaegee Nature

Kelebihan Menggunakan Cc Cream Spf 50 Hansaegee Nature

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 227 hits
Kebelakangan ini color correcting cream atau CC Cream menjadi salah satu base makeup yang terkenal Bagi yang ingin menggunakan CC Cream untuk mendapatkan perlindungan dari sinaran UV dan memperbaiki warna kulit tidak sekata hanya dalam 10 s...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin