3 Cara Menggunakan Essential Oil Young Living Yang Perlu Anda Tahu
Sifat Essential Oil (EO) yang cepat merewap dan mempunyai molekul yang kecil menjadikannya boleh bertindak balas dengan cepat terhadap tubuh badan manusia. Essential oil dapat meresap masuk ke dalam kulit melalui rongga dan akan bergerak ke sistem badan manusia yang memerlukannya untuk dipulihkan. Selain itu, EO adalah sebatian yang mempunyai bau yang membolehkan manusia menikmati terapi bau darinya
Melalui sifat EO ini, terdapat tiga cara penggunaan yang disarankan iaitu melalui sapuan, bauan dan juga pengambilan dalam makanan dan minuman (yang mempunyai label yang diluluskan oleh Food and Drug Administration seperti label “flavoring”)
Cara penggunaan EO yang betul sangat penting untuk memaksimumkan penerimaan kelebihan minyak pati yang kita guna pada tubuh badan kita. Untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan kepada anda mengenai beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk kita dapat kebaikan EO
1. Topical (Sapu)
Untuk penggunaan topical, ada dua (2) cara samada dilute dengan carrier oil ataupun sapu terus (neat) pada kulit
DILUTEUntuk kegunaan bayi, pastikan EO yang korang gunakan dilute terlebih dahulu dengan carrier oil sebelum sapu pada kulit bayi. Ini adalah untuk mengelakkan dari kulit bayi tidak pijar bila terkena EO yang pekat. Carrier oil ni boleh gunakan organic oil seperti vege oil, coconut oil, olive oil, grapeseed oil. Nak mudah korang boleh beli minyak V-6 dari Young Living sendiri. Selain melindungi kulit, carrier oil ni bantu penyerapan Essential ol lebih banyak ke dalam kulit, memudahkan sapuan rata dan juga menjimatkan penggunaan essential oil
Dengan 1-2 titis essential oil dilute dengan carrier oil dapat sapu lebih banyak lagi kawasan lain berbanding hanya guna essential oil semata-mata. Boleh buat blend essential oil lavender + carrier oil letak dalam botol roll-on untuk memudahkan penggunaan di mana sahaja. Essential oil ni jenis mudah meresap kedalam kulit terutamanya bahagian nadi pergelangan tangan dan belakang telinga
NEAT/UNDILUTEDBoleh sapu direct pada kulit kalau tak ada carrier oil sekalipun. Tapi pastikan ianya bukan minyak yang panas dan boleh bagi kesan ketidak selesaan pada kulit kita apabila disapu. Biasanya kaedah neat ni boleh sapu pada bawah tapak kaki dekat Vita-flex points. Letak 1-2 titis pada tapak tangan, activate minyak dengan cara gosok ikut atau lawan arah jam kemudian sapu dan urut
Untuk kaedah sapuan dua-dua ni sesuai lah kalau untuk merawat luka kecil, atau terkena gigitan serangga, boleh membantu mengurangkan kesan tu. Insyaallah berkesan. Untuk rawatan luka kecil tu, pastikan kita bersihkan dulu bahagian luka sebelum apply EO
Bahagian Badan Yang Boleh DiSapu Minyak Pati
Tubuh anda mempunyai reseptor yang menakjubkan di seluruh badan, oleh itu, anda boleh menggunakan minyak pati di pelbagai kawasan tubuh. Berikut ialah infografik berguna sebagai panduan untuk anda bermula
2. Inhale
Untuk kaedah inhale ni, titiskan EO pada tapak tangan dan activate minyak dengan cara gosok ikut atau lawan arah jam, kemudian tekup kedua tapak tangan pada hidung dan tarik nafas dalam-dalam aroma essential oils pada tapak tangan. Ulang proses tarik dan hembus nafas untuk beberapa kali
p/s : Tips tarik nafas yang betul, pastikan perut mengembang. Apabila hembus nafas, perut mengempis.
3. Diffuse (pembauran)
Selain dari Inhale, kita juga boleh mendapat kebaikan EO melalui aroma dengan cara pembauran menggunakan alat elektronik ultrasonic diffuser. Pembeli akan menerima diffuser sekali apabila membeli satu set permulaan ataupun Premium Experience Kit Young Living
Essential oil akan dicampurkan dalam bekas air diffuser kemudian akan menghasilkan wap air sebagai aromatherapi. Wap air tu juga boleh melembapkan udara juga selain mendapatkan manfaat daripada essential oil tu sendiri
Diffuser ni berbeza dengan air humidifier. Diffuser dari Young Living adalah dari jenis ultrasonik dimana ianya berfungsi dengan cara getaran untuk memecahkan molekul minyak. Jika korang ingin mendapatkan kebaikan EO secara maximum, pastikan ada menggunakan diffuser dari Young Living sendiri
4. Ingest (telan)
Tidak semua essential oil boleh di masukkan ke dalam mulut untuk ditelan. Tapi, beberapa jenis EO dari jenama Young Living telah dilabelkan sebagai "Essential Oil Flavouring" dan dijamin selamat untuk di telan
Ini membuktikan bahawa essential oil dari jenama Young Living ini berkualiti tinggi, 100% bahan semula jadi tanpa pengubahsuaian atau campuran bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.(flavoring essential oils yang mendapat sijil pengiktirafan dari FDA)
Cara untuk ingest flavoring essential oils adalah dengan menggunakan veggie capsule ataupun memasukkan terus titisan EO tersebut ke dalam air/makanan korang
Sekarang ni, cara nak guna EO dengan betul pun korang dah tahu kan? Teringin nak membeli EO boleh lah contact saya. Saya merupakan agen sah Young Living Malaysia yang siap sedia membantu anda
Nak jadi ahli pun boleh, silakan. Kot bercita cita nak guna dan jual minyak pati pulak lepas ni kan. Nak tahu lebih lanjut ? Boleh segera whatsapp saya di
:
Mawardi Yunus
0182266623
Agen Sah Young Living Malaysia
https://wa.link/q7wblqhttps://wa.link/q7wblqhttps://wa.link/q7wblq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2021/10/cara-guna-eo-young-living.html