Facebook S 10 Year Challenge Menyakitkan Anwar Kenapa Pula
Waspada Dengan #10yearchallenge, Ia Mungkin Konspirasi Melombong Data Besar-Besaran
Jika anda gemarkan teori konspirasi, anda pastinya sukakan artikel ini. Pernahkah anda dengar tentang cabaran terbaru yang viral sekarang yang dipanggil #10yearchallenge?Jika anda menyahut cabarannya, anda perlu mengutuskan gambar wajah anda dalam tahun 2009 dan 2019, kononnya untuk lihat perbezaan selepas 10 tahun di Facebook, Instagram, dan Twitter.Nampak seperti seronok tapi ada pihak membangkitkan kerisauan yang ada asasnya. Soalannya mudah saja:Mungkinkah ini adalah komplot untuk melombong data secara besar-besaran untuk disuap pada kecerdasan buatan?Kenapa dakwaan ini berasas?Katakanlah anda ingin melatih satu kecerdasan buatan (AI) untuk meneka umur melalui wajah seseorang. Sudah tentu anda akan mencari gambar wajah dan masukkan data umur pada gambar itu sebelum disuapkan AI.Penerangan baik tentang bagaimana AI belajar main Super MarioTapi, proses ini pastinya menjerihkan dan memakan masa yang banyak. Mengapa tidak sumber luarkan proses ini pada netizen yang mengepos jutaan selfie setiap hari?Tambah menarik, mengepos gambar wajah dengan jarak umur 10 tahun, sudah cukup memberitahu AI yang ingin belajar tentang data umur daripada gambar yang diutuskan.
Lebih menarik, ia percuma!Apa gunaaya AI yang mampu kenal pasti umur daripada wajah?Data untuk AI adalah seperti ilmu untuk manusia. Apa-apa jenis data tak kiralah berguna atau tidak, ia tetap “ilmu” dan boleh mempegaruhi tindakan AI.Tapi sekiranya AI mampu mengenal pasti umur daripada wajah, ada beberapa aplikasi yang berkemungkinan boleh dimanfaatkan. Contohnya, ia membolehkan syarikat pengiklan menujukan iklan berdasarkan umur sasaran.
Kita dah ada teknologi pengecaman wajah, pengecaman usia adalah langkah seterusnyaYang kedua adalah, ia boleh digunakan untuk mencari orang yang hilang. Polis di New Delhimelaporkan berjaya menjejak sekitar 3,000 kanak-kanak hilang menggunakan teknologi pengecasan wajah.KesimpulanWalaupun adegan yang dibincangkan di atas cumalah hipotesis. Tapi pengguna perlu dimaklumkan tentang potensi penyalahgunaan data yang mereka kongsikan di Internet.Dalam kes #10yearchallenge, sungguhpun ia nampak seronok kerana boleh mengimbau kenangan lampau, masih ada pihak yang sentiasa mencari peluang untuk mengekstrak sebanyak data yang boleh untuk kepentingan sendiri.Apa pendapat anda tentang teori konspirasi ini?[Sumber: WIRED, gambar pemuka]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://feedproxy.google.com/~r/celahgelegarblogspotcom/~3/KLngudtQlek/facebooks-10-year-challenge-menyakitkan.html