F50 Eagle Pilihan Malaysia


 DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang telah pun diumumkan sebelum ini, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menawarkan pakej pemindahan teknologi yang amat menarik sekiranya Malaysia memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Antara tawaran pemindahan teknologi yang amat menarik itu melibatkan mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat-pesawat FA-50 itu di Malaysia sekiranya negara menjadikan pesawat hasil usahasama antara syarikat Korea Selatan dengan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat itu menjadi pilihan.
Sekiranya Malaysia benar-benar memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat FLIT/LCA pilihannya dan bertindak mewujudkan pusat pemasangan akhir (final assembly line) itu, dimanakah cadangan lokasi pusat pemasangan itu?
Menurut Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kemalak Systems Sdn Bhd Maj (B) Mohd Iswandi Mohd Sharif , bandar Kuantan dipilih untuk menempatkan “final assembly line” pesawat FA-50 Block 20 untuk TUDM sekiranya ia menjadi pilihan Malaysisa berikutan kedudukan bandar itu yang amat strategik.
“Lokasi dia (Kuantan) yang amat strategik. Ia berdekatan dengan training area untuk ujian penerbangan, berdekatan dengan Kuantan Port, kemudahan landasan kapal terbang selain memiliki kemudahan infrastruktur yang lengkap.”
“Selain itu, lokasi penempatan pesawat baru LCA adalah bertujuan untuk menggantikan pesawat FLIT dan LCA  Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dimana kami dan KAI berpandangan bandar Kuantan adalah lokasi yang difikirkan sesuai untuk ‘assembly line’ pesawat FA-50 termasuk menggunapakai kemudahan sedia ada,” kata beliau kepada Defence Security Asia.
Namun kata Mohd Iswandi berkata, kesemua cadangan berkenaan tawaran pakej pemindahan teknologi dan penempatan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 kemungkinan di bandar Kuantan itu tertakluk kepada rundingan dan sekiranya pesawat KAI menjadi pilihan kepada kerajaan Malaysia.

Apa yang pastinya, sekiranya FA-50 dipilih sebagai pemenang dalam tender kerajaan Malaysia itu, maka bandar Kuantan dan negara bakal menerima limpahan ekonomi hasil daripada kewujudan kemudahan pemasangan akhir pesawat FLIT/LCA itu.
Beliau menjangkakan pelaburan di antara US$110 juta hingga US$120 juta (RM440 juta hingga RM480 juta) tetapi tidak melebihi US$140 juta (RM560 juta) untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu di Kuantan, merangkumi penyediaan fasiliti, tools dan latihan di Korea Selatan.
Mengenai pengambilan tenaga kerja untuk kemudahan pemasangan akhir FA-50 di Kuantan itu, ia melibatkan tenaga kerja mahir tempatan dan luar negara.
“A mixture di antara jurutera KAI dan tempatan. Lebih kurang 40 hingga 50 orang warga tempatan dan disertai lebih kurang 18 tenaga mahir KAI merangkumi jurutera dan pekerja teknikal,” katanya.



Kemudahan pemasangan akhir pesawat FA-50 itu juga bakal memiliki barisan juruterbang tempatan dan juruterbang ujian (test pilot) daripada KAI, kata Mohd Iswandi dan menambah, pada mulanya mereka merancang untuk mewujudkan “two aircraft assembly line” tetapi keputusan akhir bergantung kepada KAI yang akan melakukan kajian terperinci mengenainya, sekira ia dipilih oleh kerajaan Malaysia.
“Kita kejar at least 2 aircraft (assembly line) if possible but depend on contractual time line. KAI needed further study to come out which is the best that suit the contract and the current facilities if chosen (by the Malaysian government),” katanya.
Berkenaan tempoh masa diperlukan untuk pemasangan sebuah pesawat FA-50 sekiranya ia dilakukan di kemudahan pemasangan akhir pesawat di Kuantan (sekiranya ia menjadi kenyataan), Iswandi memberi bayangan.

 
“Estimate 12 hingga 25 minggu depend on flight functional checks, weather dan lain-lain faktor. System functional check akan cover: weighing, fuel wet/leak check, ECS/OBOGS (On Board Oxygen Generating System), secondary power system check, green engine run, NVIS light check out, electrical power check, hydraulic bleed and leaking test, avionic system, flight control check.”
“Kita anggarkan lebih kurang 7 ke 8 sorties diperlukan before pesawat (FA-50 Block 20) lulus untuk diserahkan kepada TUDM,” kata Iswandi.
Pemasangan pesawat pejuang dnegan segala peralatan moden memerlukan masa dan tidak boleh sambil lewa.
Terus-teranglah admin katakan bahawa admin amat teruja dengan cadangan daripada KAI dan rakan tempatan mereka, Kemalak Systems.  Walauapapun keputusan bergantung kepada kerajaan.
Ok selepas dah siap pasang FA-50 Block 20 milik TUDM di kemudahan pemasangan akhir di Kuantan itu, kita sambung pulak pasang KF-21 “Boramae” untuk TUDM. Amacam…
Varian FA-50 Block 20 adalah varian pesawat FA-50 yang paling berkemampuan ditawarkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) bagi tender Kementerian Pertahanan untuk perolehan 18-36 buah pesawat FLIT/LCA.
Pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia adalah varian yang lebih berkemampuan kerana ia telah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan bagi membolehkan ia melaksanakan pelbagai misi dan operasi, selain melatih juruterbang.
— DSA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/f50-eagle-pilihan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jpn Kena Jawab Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Bocor Dijual Pada Harga Rm43k

Hiburan Jpn Kena Jawab Data Peribadi Rakyat Malaysia Didakwa Bocor Dijual Pada Harga Rm43k

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 249 hits
Menerusi perbincangan di difahamkan data peribadi rakyat Malaysia yang dilahirkan dari tahun 1940 sehingga tahun 2004 yang dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara telah dijual secara dalam talian pada harga US 10 000 ataupun sekitar RM43 885 Da...
Malaysia Tidak Berdepan Dengan Risiko Kemelesetan Ekonomi Menteri Kewangan

Malaysia Tidak Berdepan Dengan Risiko Kemelesetan Ekonomi Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 237 hits
Jelas beliau lagi ekonomi Malaysia diramal berkembang antara 5 3 hingga 6 3 peratus pada tahun 2022 disokong oleh permintaan dalam negeri dan luar yang lebih baik Malaysia tidak berdepan dengan risiko kemelesetan ekonomi kata Menteri Kewang...
Parlimen Dan Malaysia Lebih Aman Tanpa Tajuddin Di Malaysia

Parlimen Dan Malaysia Lebih Aman Tanpa Tajuddin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 241 hits
Selamat tinggal politik untuk TAJUDDIN Malaysia kehilangan seorang calon PM
Malaysia Thailand Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Bersama Bincang Hsr Bangkok Kl

Malaysia Thailand Setuju Tubuh Jawatankuasa Khas Bersama Bincang Hsr Bangkok Kl

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 192 hits
Malaysia Thailand setuju tubuh jawatankuasa khas bersama bincang HSR Bangkok KL Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pa
Korang Rasa Malaysia Akan Hadapi Krisis Makanan Tak

Korang Rasa Malaysia Akan Hadapi Krisis Makanan Tak

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 230 hits
Penubuhan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan sejak 21 Mac 2021 sehingga kini masih gagal untuk membentangkan satu pelan tindakan memastikan isu keselamatan makanan ini benar benar diselesaikan Malaysia tidak boleh selamanya...
Program Bantuan Khas Rm 150 Untuk Rakyat Malaysia Kerajaanprihatin

Program Bantuan Khas Rm 150 Untuk Rakyat Malaysia Kerajaanprihatin

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 239 hits
Program Bantuan Khas RM 150 Untuk Rakyat Malaysia KERAJAANPRIHATIN Untuk pengetahuan semua pihak kerajaan telah banyak memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia yang memerluk...
Apa Peranan Anda Jika Benar Anda Mahukan Malaysia Jadi Sebuah Negara Yang Adil Dan Baraqah

Apa Peranan Anda Jika Benar Anda Mahukan Malaysia Jadi Sebuah Negara Yang Adil Dan Baraqah

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 203 hits
BERSEDIAKAH KITA BERDEPAN DENGAN BALASAN ALLAH JIKA KITA MASIH MEMILIH UNTUK PEJAMKAN MATA PEKAKKAN TELINGA MEMBISU LIDAH TATKALA MELIHAT KETIDAKADILAN BERLEGAR DI DEPAN KITA Aku tidak tahu kenapa kita hanya melihat dan membiarkan Najib Raz...
Tawaran Jual Data Rakyat Malaysia Bukit Aman Siasat Dakwaan

Tawaran Jual Data Rakyat Malaysia Bukit Aman Siasat Dakwaan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menerima satu laporan berkaitan dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital