Korang Rasa Malaysia Akan Hadapi Krisis Makanan Tak





Penubuhan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) sejak 21 Mac 2021 sehingga kini masih gagal untuk membentangkan satu pelan tindakan (blueprint) memastikan isu keselamatan makanan (food security) ini benar-benar diselesaikan. 
Malaysia tidak boleh selamanya bergantung kepada import makanan kerana dasar inilah yang menyebabkan harga barang sering naik, apatah lagi ketika nilai ringgit yang lemah. Selain itu, kuantiti barang dan nilainya juga bergantung kepada keadaan politik dan ekonomi sesebuah negara pengeksport dan ini yang membuatkan ketidaktentuan barang makanan dalam negara baik dari sudut ketersediaan dan harga. Nilai import makanan sehingga RM55.5 bilion pada tahun 2020 menunjukkan isu keselamatan makanan negara suatu isu yang amat serius yang perlu perhatian segera kerajaan. 
Jika kerajaan mempunyai pelan tindakan bersepadu berkaitan keselamatan makanan, sudah pasti negara tidak akan berhadapan dengan inflasi makanan yang serius hari ini. Kenaikan harga barang boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuk kenaikan harga input makanan seperti baja dan dedak. Harga barangan ini sekiranya dikawal akan mengurangkan kos operasi dan produksi makanan yang boleh mengurangkan harga barang makanan. 
Untuk solusi jangka panjang, kerajaan perlu menyediakan ‘zon hijau input makanan’ di setiap daerah dengan dana khas yang berperanan mengeluarkan bahan input bagi baja dan dedak seperti jagung dalam skala yang besar. 
Kos harga baja seguni meningkat dengan mendadak dari RM120 kepada RM250 telah menaikkan harga sayur seperti sawi, timun dan bayam antara RM1-RM2.50 sekilogram. Begitu juga harga ayam yang meningkat tanpa kawalan sehingga melebihi RM9 sekilogram akibat harga dedak yang naik
Kebergantungan kita kepada import dedak hampir RM4.6 bilion dan import baja RM3.2 bilion pada tahun 2020 merupakan satu kos yang tinggi. 
Oleh itu, sudah pasti, kenaikan-kenaikan harga ini membebankan pengguna dan dengan gaji rakyat yang masih rendah, inflasi akan terus meningkat di mana inflasi teras adalah pada kadar 1.7% yang merupakan kadar tertinggi sejak tahun 2020. 
Terbaru adalah krisis tepung gandum yang mana dijangka stok tepung gandum dalam negara tidak mencukupi. Natijahnya, harga tepung gandum akan meningkat dan harga makanan berasaskan tepung gandum akan menjadi mahal. Sekarang pun harga tepung gandum dikatakan telah mula naik sehingga 50 sen sekilogram. 
Di samping itu, harga minyak masak turut naik mendadak lebih 40% dari RM25 bagi botol 5 kilogram kepada RM45. Kerajaan pula dalam rangka untuk memperkenalkan subsidi bahan bakar bersasar yang sudah pasti meningkatkan harga petrol dan diesel dan kos pengangkutan, yang akan menjadikan harga barang terus meningkat kerana faktor domino ekonomi. 
Tambahan pula, kadar OPR yang meningkat ke 2% yang meningkatkan kadar faedah pinjaman, pasti akan meningkatkan kos syarikat pengeluar makanan yang mempunyai bebanan pinjaman. 
Oleh itu, bagi mengawal harga barang untuk jangka pendek, kerajaan perlu memastikan tiada gangguan pada rantaian bekalan makanan termasuk pengangkutan. Jika wang Petronas boleh dicadangkan untuk bail-out syarikat besar, sepatutnya kerajaan juga boleh menyuntik dana sebagai subsidi barang makanan. Jika tidak, rakyat akan tertanya-tanya kenapa aku perlu membayar harga yang mahal sedangkan kek itu dikatakan dihiris-hiris untuk rakyat. 
Jangan menguruskan negara ini dengan dasar membesarkan kek ekonomi sedangkan fungsi asas ekonomi negara seperti struktur ekonomi yang baik dan berintegriti, daya tarik pelaburan asing, peluang perniagaan yang adil dan peluang pekerjaan dengan gaji setimpal tidak dilaksanakan. Malaysia tidak boleh mengulangi dasar ekonomi di Sri Lanka yang lumpuh dan bankrap hari ini kerana sejumlah dana yang besar digunakan untuk projek mega termasuk infrastruktur awam sedangkan bantuan kepada rakyat dikurangkan. 
Isu harga barang yang semakin naik ini akan terus menjadi isu teras di kalangan rakyat Malaysia. Kegagalan kerajaan UMNO-PPBM-PAS pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mencari solusi jangka pendek dan jangka panjang terhadap isu pokok ini menunjukkan kegagalan kerajaan memahami denyut nadi rakyat. Kerajaan hari ini seolah-olah tiada kesungguhan politik (political will) menyelesaikan permasalahan ini dan sering memberikan alasan remeh seperti harga barang naik disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine, kejatuhan nilai ringgit dan sebagainya yang tidak mengubat sengsara rakyat terutama golongan B40. 
Setiap hari rakyat merungut tentang kenaikan harga barang, tetapi seperti tidak diendahkan kerajaan kerana mereka percaya bahawa apa sahaja isu yang membelenggu rakyat, pasti terpadam dengan sentimen perkauman yang akan menjadi api membakar apa sahaja masalah hidup rakyat. 
Biarlah derita sekalipun, perkauman tetap dijadikan candu politik oleh pemerintah untuk terus berkuasa. Harga barang yang mahal adalah ‘real’ sedangkan perkauman adalah ‘retorik’. Sesetengah orang lebih takutkan hantu berbanding manusia yang kelihatan atas dan bawah. 
Faiz Fadzil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/05/korang-rasa-malaysia-akan-hadapi-krisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
India Larang Eksport Gandum Cetus Kebimbangan Berlaku Krisis Bekalan Makanan

India Larang Eksport Gandum Cetus Kebimbangan Berlaku Krisis Bekalan Makanan

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 218 hits
The ReporterBaru baru ini Kerajaan India mengenakan larangan mengeksport gandum berikutan fenomena gelombang haba dan tindakannya itu mengundang kritikan daripada menteri menteri pertanian negara Kumpulan Tujuh kerana langkah itu hanya akan...
Dunia Hadapi Krisis Demi Krisis Apa Peranan Insan Tarbawi

Dunia Hadapi Krisis Demi Krisis Apa Peranan Insan Tarbawi

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 395 hits
DUNIA HADAPI KRISIS DEMI KRISIS APA PERANAN INSAN TARBAWI Muhammad Nuruddin Bashah Muqaddimah Dunia belum benar benar sembuh dari bahana ujian Covid 19 Walau rata rata data ekonomi membawa maksud pertumbuhan ekonomi di banyak negara namun k...
Bersedia Dengan Kejatuhan Ekonomi Dan Krisis Makanan

Bersedia Dengan Kejatuhan Ekonomi Dan Krisis Makanan

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 218 hits
Bersedia dengan kejatuhan ekonomi dan krisis makanan Assalamualaikum dan salam sejahtera Sana sini orang cerita pasal krisis makanan yang bakal terjadi Baru baru ini india telah menyekat export gandum mereka kerana kegusaran mereka dengan k...
Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba

Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 208 hits
Kampung Carabao Authentic Thai Restaurant Pilihan Makanan Thai Yang Perlu Korang Cuba bila korang berada di Johor Bahru ni Pertama kali umi menjejakkan kaki ke restoran makanan thai yang sangat selesa walaupun dinikmati semasa makan tengaha...
Hwang Inyeop Idle Buat World Tour Ramai Peminat Sedih Malaysia Sering Dikecualikan

Hwang Inyeop Idle Buat World Tour Ramai Peminat Sedih Malaysia Sering Dikecualikan

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 199 hits
Memang seronok kan kalau selebriti Korea kegemaran kita akhirnya akan menjelajah dunia untuk berjumpa dengan peminat Terbaru peminat amat teruja apabila artis kegemaran mereka iaitu Hwang In yeop dan I DLE membuat pengumuman tentang acara p...
Saya Tak Susahkan Sesiapa Suka Menari K Pop Influencer Hijabi Malaysia Dikecam Pandang Enteng Hal Agama

Saya Tak Susahkan Sesiapa Suka Menari K Pop Influencer Hijabi Malaysia Dikecam Pandang Enteng Hal Agama

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 238 hits
Peminat K Pop tempatan pastinya mengenali Sabrina Azhar iaitu seorang influencer Malaysia yang merupakan pelajar di Korea dan aktif menari di laman media sosial Meskipun merupakan seorang hijabi ianya tidak menghalang gadis berusia 23 tahun...
Analysts Golden Era Revisionism Philippines Marcos And Malaysia S Najib Represent Different Things For Each Nation

Analysts Golden Era Revisionism Philippines Marcos And Malaysia S Najib Represent Different Things For Each Nation

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 197 hits
It can t be denied that in the past two years the Pekan MP has probably been the only big shot able to advance proposals for different emergent issues he did so with commendable communication powers and strong arguments Veteran politician L...
Pandelela Dhabitah Complete Malaysia S Clean Sweep In Diving

Pandelela Dhabitah Complete Malaysia S Clean Sweep In Diving

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 159 hits
The Malaysian diving camp proved their prowess in the sport after making a clean sweep of all eight gold medals at stake in the 31st SEA Games here In the last event today pool darlings Pandelela Rinong Nur Dhabitah Sabri completed the icin...
Kononnya Nak Jadi Negara Maju Tetapi Otak Penuh T Hi Lembu Persamaan Sri Lanka Dan Malaysia

Kononnya Nak Jadi Negara Maju Tetapi Otak Penuh T Hi Lembu Persamaan Sri Lanka Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 220 hits
Bukan saja persamaan dengan Sri Lanka tetapi dengan kesemua ekonomi negara yang gagal Hampir kesemua negara Islam adalah negara yang gagal atau failed States termasuk Turki Indonesia sudah mula bergerak ke depan tetapi masih jauh lagi Dan s...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri