Experienceterengganu Lokasi Riadah Sekeluarga Untuk Layan Air Terjun Lata Kolam Air Deru Ecopark Jerteh Terengganu




Hello semuanya! 
Kalau korang ada follow aku dekat instagram, mesti tahu yang aku baru je balik dari trip ke Terengganu haritu. Kalau nak kirakan, aku ni asalnya dari Pantai Timur jugak. Mak aku orang Besut tapi kampung kitorang bukan dekat Terengganu dah la. So cerita pendeknya, aku tak pernah lagi la berjalan jalan makan angin dekat Terengganu tu. Kalau ada pun, setakat lalu je masa on the way balik dari Kelantan nak ke Kuantan haha

Makanya, bila Bamzar & Pika ajak aku pergi #ExperienceTerengganu, ofcos lah sis onzz!


Special thanks to @amazingterengganu yang sama sama menjayakan #ExperienceTerengganu kali ni. Sebabkan diorang la, kitorang dapat explore banyak tempat best di Terengganu. Semua ceruk ceruk kami pergi haha.
Untuk keseluruhan aktiviti kitorang kalini, banyak yang melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu. So nak senang and tengah tengah, kitorang pilih untuk stay dekat hotel area bandar Kuala Terengganu je untuk aktiviti island hopping semua tu. Bagi aktiviti di daerah Marang dan Setiu, jarak perjalanan dari Kuala Terengganu biasanya ambil masa 40 minit ke 1 jam setengah. Tapi kalau korang taknak pening pening nak buat itinerari, ha ko follow jela itinerari kitorang ni

Mari kita mulakan dengan ; DAY 1
Lata Kolam Air Deru Ecopark
Masa aku share pasal Lata Kolam ni, rata rata followers aku duduk dekat Terengganu pun tak pernah sampai lagi kat sini. Masa sihhhh?? Tempat ni best teruk oke! Kalau aku stay Terengganu, lagi lagi if area Jerteh tu, mau aku datang mandi sini hari hari

Lata Kolam Air Deru Ecopark ni punya main attraction nya ialah Lata Kolam tu sendiri, atau nama lainnya; Pengkalan Raja (Emerald Pool). Dekat sini, ada 3 pengkalan kesemuanya. Bermula dengan Pengkalan paling chill dan sesuai untuk kanak kanak mandi, iaitu Pengkalan Suri




Kemudiannya diikuti dengan Pengkalan Dua. Dekat Pengkalan Dua ni, paras air nya agak dalam. Untuk aku yang 158cm ni pun dah nak cecah paras leher dah. Untuk budak budak tak sesuai la. Tapi kalau nak feeling berenang, sini la syok

Haa lepastu naik sikit baru la jumpa Pengkalan Raja/Emerald Pool/Lata Kolam ni. Haa amek, ada 3 nama ye haha. Tapi dekat Pengkalan Raja ni tak dibenarkan mandi (for now) dan kalau nak mandi kena pakai life jacket. Kedalaman air dari 3 meter ke 5 meter ye. Jangan buat hal. Kalau orang kata jangan, haa ikut je. Jangan banyak tanya haha. Demi keselamatan bersama, ok? Btw nak ke Pengkalan Raja ni kena jalan kaki ataupun naik 4x4. Kereta biasa tak lepas ye nak naik. Kena parking dekat pintu Pengkalan Dua and lepastu jalan. Tapi takde jauh mana pun. Dalam 15 minit perjalanan je. Lepastu, dah sampai :)



Dekat sini korang boleh datang day trip/ berkelah ataupun bermalam sekali. Ada banyak jenis penginapan yang boleh dipilih mengikut keselesaan korang

1. Cabin Dorm2. Tube Lodge3. Glamping4. Giant Tunnel5. Dome Tent
harga semua berbeza mengikut jenis. Aku tak sure kalau ada beza harga ke tak bila peak or low season. Tapi yang aku tahu semuanya affordable

Haritu kitorang stay dekat Tube Lodge jenis Exclusive. Untuk bahagian atas RM100/night, bawah pula RM80/night. Kalau korang tanya aku mana yang best? Atas ke bawah? ada pros and cons la



Kalau bahagian atas, lebih privacy dan view cantik. Tapi waktu siang omo so panas hahahaha kering sis dalam tu bersauna. Kalau belah bawah pulak orang lalu lalang sikit la depan tube kita. Unless memang korang datang ramai ramai dengan family or member member je, so rilek sikit la

Yang bestnya pasal Tube Lodge Exclusive ni, toilet dekat! haha. Kalau ambik tube lodge yang biasa tu, toilet ko kena menapak jauh sikit. Yang tube kitorang ni toilet dekat sebelah je. Toilet bersih dan selesa. 
Dekat sini ada cafe juga. So takyah pepening la fikir nak makan apa bila dekat sini. And makanan dekat sini fuhhh sedap sedap semuanya! Serious tak tipuuu. Ke memang makanan dekat Terengganu ni semua nya sedap? hehe.



Selain aktiviti mandi manda, ada banyak lagi aktiviti korang boleh buat dekat sini antaranya memanah, ATV dan juga hiking (with guide). Masa kitorang datang haritu, limitation untuk aktiviti ATV masih lagi dikuat kuasa. So tak dapatla kitorang nak cuba main ATV tu. Tapi kitorang dah cuba memanah! Bestt! Harga pun mur mur je, cuma RM5 untuk 7 arrow.
Dekat sini ada juga ditawarkan aktiviti water rafting dan walking ball pada korang yang berminat nak cuba. Anything just enquire je dekat diorang

Overall memang pengalaman yang menyeronokkan dan memuaskan hati sepanjang dekat sini. Service tiptop, makanan tiptop, tempat pun cantik sangat. Memang ada rezeki nanti nak datang sini lagi. Tapi next time nak tidur dua malam pulak. Sebab 1 malam tak cukup hehe.


Kesimpulan;


Tiket masuk harian - RM2/seorang Memanah - RM5/7 arrowExclusive Tube lodge - RM100 (atas) RM80 (bawah)


Untuk booking dan sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp ataupun DM di facebook 

Facebook: https://www.facebook.com/AirDeruEcopark
Instagram: https://www.instagram.com/latakolam_ecopark/

Mandi air terjun dah setel, next? Jom kita tubing di Sungai Berang! See you in the next post!















Related search : Lata Kolam Terengganu, pusat rekreasi terengganu, air terjun terengganu, senarai air terjun cantik terengganu, tempat menarik di terengganu, kawasan pelancongan terengganu, tempat melancong terengganu, tempat picnic terengganu, lokasi berkelah terengganu, tempat cantik berkelah terengganu, kolam air terjun best terengganu, tempat menarik di jerteh terengganu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/08/experienceterengganu-lokasi-riadah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Lemas Ketika Riadah Di Air Terjun

Lelaki Lemas Ketika Riadah Di Air Terjun

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 298 hits
BINTANGOR Seorang lelaki ditemui lemas ketika beriadah bersama rakannya di Air Terjun Kuji Wong Kuji di sini petang tadi Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubu...
Keindahan Sederhana Air Terjun Sri Gethuk Gunungkidul

Keindahan Sederhana Air Terjun Sri Gethuk Gunungkidul

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 289 hits
Tinggi air terjun sekitar 25 meter dan membentuk 3 air terjun Jika debit air sedang tinggi pengunjung bisa menyaksikan keindahan 5 air terjun sekaligus
Nampak Selipar Terapung Dalam Tali Air Naluri Seorang Kakak Adiknya Lemas Betul

Nampak Selipar Terapung Dalam Tali Air Naluri Seorang Kakak Adiknya Lemas Betul

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 398 hits
Tak disangka sangka aktiviti bermain basikal bagi seorang kanak kanak berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila mangsa ditemui lemas bersama basikal selepas terjatuh dalam tali air Kanak kanak lelaki berusia enam tahun yang dikenali seb...
Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air Biar Anak Berus Gigi Depan Tv Kalau Dia Suka

Berus Gigi Tak Semestinya Dalam Bilik Air Biar Anak Berus Gigi Depan Tv Kalau Dia Suka

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 352 hits
Mengajar serta menggalakkan anak anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi Selalunya ia merupakan satu cabaran keran...
Aidiladha Aadk Buat Ujian Saringan Air Kencing Setiap Pemandu Bas

Aidiladha Aadk Buat Ujian Saringan Air Kencing Setiap Pemandu Bas

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR 29 Julai Agensi Antidadah Kebangsaan akan membuat ujian saringan air kencing kepada setiap pemandu bas dalam Ops Terminal di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan di sini sebelum mereka bergerak ke destinasi masing ma...
Berlinang Air Mata Warga Indonesia Ini Dapat Kesempatan Naik Haji Di Tengah Pandemi

Berlinang Air Mata Warga Indonesia Ini Dapat Kesempatan Naik Haji Di Tengah Pandemi

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 316 hits
Salah satu warga negara Indonesia yang terpilih untuk bisa mengikuti ibadah haji tahun ini menyampaikan rasa haru dan syukurnya Menjadi yang terpilih di antara antara banyak pendaftar melalui online untuk berhaji dia menyebut pengalamannya ...
Tampil Gagah Saat Manggung Ini Momen Manis 8 Vokalis Band Perempuan Tanah Air Bareng Anak

Tampil Gagah Saat Manggung Ini Momen Manis 8 Vokalis Band Perempuan Tanah Air Bareng Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 224 hits
Siapa nih yang kangen sama suara mereka yang selalu menemani masa masa galau kita dulu
Air Touch Panel Sistem Paparan Skrin Sesentuh Nirsentuh

Air Touch Panel Sistem Paparan Skrin Sesentuh Nirsentuh

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 235 hits
Covid 19 mendidik orang ramai untuk menjaga jarak dan melakukan pembatasan sosial kerap basuh tangan teruskan menggunakan pensanitasi tangan sentiasa memakai pelitup muka dan dengari arahan kerajaan untuk tujuan keselamatan Kita juga tidak ...
Dipercayai Terjatuh Ketika Bermain Basikal Kanak Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Dalam Tali Air

Dipercayai Terjatuh Ketika Bermain Basikal Kanak Kanak Lelaki Ditemukan Lemas Dalam Tali Air

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 503 hits
KEPALA BATAS 28 Julai Seorang kanak kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas dalam tali air di belakang rumahnya dipercayai terjatuh ketika bermain basikal di Permatang Buloh di sini hari ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara A...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa