Experience Travel To Korea Stay At This Guesthouse Very Recommended
Saya nak share sikit experience ke Korea Selatan minggu lepas. Walaupun dah banyak kali ke Seoul saya terpanggil untuk berkongsi berkenaan dengan Guesthouse yg kami tinggal.
Guesthouse ni namanya YaKorea Guesthouse (juga dibawah Kimchi Guesthouse).
Yg menariknya tentang Guesthouse ni adalah bukan sahaja ruang bilik yang besar (senang nak solat) tetapi harga dan lokasi yang memang sesuai. Lokasi ke Guesthouse ni memang senang sebab ada direct line AREX so ambil train dari airport terus ke station yang berdekatan dangan Guesthouse. Exit Hongik Station exit 5 jalan dalam 5 minit (saya ikut kepantasan berjalan org Korea ye) dari exit sampai ke Guesthouse.
Saya sewa room for 3 tapi dapat 2 queensize double bed. Dalam bilik boleh masak. Siap ada dapur induction, frying pan, pot etc (cooking utensils), microwave, sinki, meja makan dan peti ais. Harga dlm 90000 won semalam. Harga duit Malaysia terpulang pada exchange rate. Sebab saya beli dari AGODA and terms dia book now and pay later saya dicaj pada 27.2.2017. Saya book untuk 5 malam.
Bestnya kat sini dekat dengan U Mart dan Lotte Mart. 2 hari sebelum balik kami beli barangan kt U mart dan masak kt bilik selepas dah muak mkn luar (muak sbb nak cari makanan halal jauh dan harga pun mahal sbb exchange rate tinggi). Kami langsung tak bawak makanan dr Malaysia sbb tak beli check in luggage.
Kat Guesthouse ni juga bagus sbb boleh beli sim card Mobing yg harganya hanya 20000 won. Kalau beli kt airport sim paling murah dr EG sim card harganya 36000 dan kalau di Itaewon harga 30000. Tapi kat sini hanya 20000 dapat 1GB. Walaupun nampak sikit 1GB kami tiga org guna tak habis sampai balik. Ada lebih jugak sbb internet di Korea mmg pantas.
Oh ye dan guna Mobing ini kena register IMEI phone jadi sim card takle dipindah milik ke phone lain. Selain itu kat sini ada delivery service dan package tour yg bermacam-macam. Murah lah compare travel agent. Juga disediakan hair dryer kat sini. Sebab tempat dah boleh masak diorang tidak sediakan breakfast kat sini ye. Juga tiada laundry machine. Boleh je basuh baju di dalam shower room dan dry kan. So kalau sesiapa yg akan ke Korea, *YaKorea Guesthouse* is good option for you.
P/s:- Lupa juga nak cakap kat sini juga senang nak cari makanan halal. Terdapat satu lagi Guesthouse namanya BoA Travel House yg menyediakan makanan halal yg dlm 7 minute berjalan dari YaKorea Guesthouse. Selalunya BoA Travel House akan fully book so kalau tiada bilik bolehlah tinggal di YaKorea
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wakduit.blogspot.com/2017/03/experience-travel-to-korea-stay-at-this.html