Eversoft Micellar Cleansing Water Penanggal Solekan Dengan Ekstrak 100 Tumbuhan Organik
EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Penanggal Solekan Dengan Ekstrak 100% Tumbuhan Organik. Hi korang. Mommy baru try penanggal solekan yang baru di pasaran. Paling best sebab ia adalah 100% menggunakan ekstrak tumbuhan organik, tanpa paraben, mineral oil, pewangi, pewarna dan lain-lain bahan yang terlarang seperti SLES/SLS dan phthalates dan propylene Glycol. Memula tu tak yakin juga sebab nampak macam cleansing water yang lain juga. Tapi bila dah guna, sangkaan mommy tu memang tak boleh pakai sebab ia sangat best. So, korang pun patut guna EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water juga.
Antara faktor lain yang patut korang pertimbangkan untuk guna adalah kulit jadi lembut, lembab dan sangat bersih selepas guna, membaikpulih pori dan menyumbang kepada kulit yang lebih sihat. Ini kerana formula EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water menggunakan teknologi dari Jepun, berasaskan air, tidak melekit dan tak perlu bilas.
Cara guna pun senang.
1. Korang hanya perlu pump sekali atau dua kali ke atas cotton pad.
2. Sapu ke atas solekan secara lembut. Ulang sehingga bersih.
3. Untuk solekan mata, lekapkan cotton pad seketika sebelum menyapu solejan tersebut.
Senangkan
Kalau korang nak tahu, korang boleh baca info tentang EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water di bawah.
EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water
Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering
Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah
Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata. Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit
EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL
Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda.
EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER
EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah
EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING
Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol.
EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER
Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit
EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT
Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat
EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER
EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat
Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2019/10/eversoft-micellar-cleansing-water.html