Event The New Happy Is Healthy Natugee X Mrs Malaysia
Hi Korang!Assalammualaikum.
Harini aku nak throwback sikit Event aku sempat pergi 20/10/2019 haritu, di Hotel Furama Bukit Bintang. Masa mula-mula tu aku asyik dok ingat 20 hb tu hari Sabtu, nasib baik tak cancel semua appointmet hari Sabtu, rupanya event hari Ahad. Jap, ade ke appointment pun kau masa haritu? Kahkahkah. Bagi can lah aku fefeeling.
Serious kenapa berdiri senget ni? TAK PAHAM KENAPA BERDIRI SENGET? Kau ingat ni event anjuran menara condong teluk intan ke? Kenapa kau.
Actually masa aku dapat invitation untuk attend event ni, aku seriously ingat this event untuk pelancaran satu product kecantikan tau. I really had no idea what was this event all about. Tapi bila aku pergi, first thing yang aku tengok kat backdrop event
NATUGEE & MRS MALAYSIA WORLD
HEALTHY IS THE NEW HAPPY
Event ni diadakan bersempena dengan kempen Pinktober iaitu bulan kesedaran berkenaan dengan kanser payudara dan juga untuk bagi awereness kepada wanita mengenai pentingnya penjagaan kesihatan diri, spashly part mental.
Event ni juga collaboration dengan The Asian Parent Malaysia, satu komuniti yang satukan ibu bapa dan banyak sharing serta tips untuk parenting dan kesihatan.
Ada 4 orang panelist yang dijemput untuk event ini iaitu
1) Dr Linda Mat Hassin, Certified AdvancesHormone Therapy & Women Wellness Medical Doctor
2) Mrs Rina Rifaee founder Natugee Sdn Bhd
3) Datin Harveen Kaur, Mrs Malaysia 2017
4) Diana Daniell, Pelakon dan Penyanyi
___________________
Dari taktau apa-apa, terus tercengang dengar all the sharing dari semua penalist. Aku taktau pun selama ni sakit kulit juga adalah disebabkan oleh hormon. Dan kita boleh cek level hormon kita melalui darah juga, ya ya ya aku pun baru tahu! Selama ni aku hanya tau pasal hormon testosteron, tapi rupanya ada banyak jenis hormon dan ada level tertentu. Level tu akan sebabkan certain perubahan kat body kau, TU LAH DULU BIOLOGI PALING TINGGI DAPAT C JE T_______T
Paling aku kagum bilah Puan Rina cerita pasa sharing dia how she started living a healthy lifestyle dan lepas tu buat product organic with natural ingredients which Natugee. Puan Rina ada Diploma in Organic Skincare. Beliau sangat pentingkan formulasi serta bahan yang terkandung dalam sesuatu produk. Terkejut juga bila Puan Rina cakap, kat farmasi dengan drugstore belambak produk yang claim produk organik tapi bila belek bahan-bahan kat belakang, sebenarnya tak pun WEH APA NI DOSA TAU TIPU!
Aku syukurrrr sebab dengan event ni lah aku tau pasal Natugee dan aku so far dah try pencuci muka Natugee (dapat free as one of gift dalam goddie bag) Alhamdulillah, sesuai dengan aku, kulit lepas cuci sumpah rasa lembab je tak rasa kering langsung sukaaaaaa.
Next, sharing dari Diana pasal postpartum depression pun sangat memberi kesan. Banyak yang di kongsi oleh penalist cara nak rawat anxiety, macam mana tak tau kita ni dah tahap anxiety. Memang benda-benda ni selalu jadi kat kita perempuan, tekanan kiri kanan, di tempat kerja, di dalam rumah, mana nak jaga anak, makan minum nak layan suami, apa yang dishare exactly kadang-kadang apa yang aku rasa tapi kadang-kadang lah. Bila ada masa emosi tak leh nak control, tapi Alhamdulillah still moderate, dan bila tersedar, cepat-cepat istighfar.
GOOD SHARING FROM ALL THE PANELIST, TAK CUKUP RASANYA MASA. SEDIH BETUL
I hope the session was longer T_______T
Puan Rina, founder Natugee yang ku sangat kagumi :')
__________________
Okay, selain dengar talk best pasal women's health, ni ha nak tunjuk kat korang
Wanita-wanita cantik dengan heels 5-6 inci. Bedenyut jugak kepala fikir camne diorang jalan dengan heels tinggi-tinggi camtu aku pulak rasa macam nak tolong kasi paut takot jatuh.
Mrs Malaysia 2019.
___________________________
Masa event ni, nasib baik those yang bawak anak dan suami dapat free entrance masuk Waka - Waka Playland di Level LG satu bangunan dengan Hotel Furama Bukit Bintang ni.
Lega Mummy takde la Abi berzikir je tanya bila nak habis HAHA. Thanks Waka-Waka Playland!
Masa ni Mummy turun kejap nak melawat kejap adakah Abi is doing fine di bawah bersama anak?Ya Allah tengok-tengok tersandor tepi dinding dengan muka macam zombi ko kenapa weh Abi AHAHAH. Rela berkorban teman Mummy pergi event dan tunggu anak dia main.
Video kat Waka-Waka Playland yang aku sempat ambik :
View this post on Instagram
A post shared by Norhana Rosmida (@hannamaruku) on Oct 22, 2019 at 3:14am PDT
_______________
Sebelum balik, kami semua dapat banyak sangat goodies dari sponsor lain tau.
Ni Video yang aku sempat ambil dan compilation semua products yang kami dapat. Terima kasih semua sponsors!
View this post on Instagram
A post shared by Norhana Rosmida (@hannamaruku) on Oct 27, 2019 at 5:59am PD
@eoriofficial, its a pure botanical oil, natural remedies yang sesuai sangat for eczema sufferers untuk guna if rasa gatal spahsly pada waktu malam.
Magic Jelly Baby from @loveramalaysia. Boleh guna untuk body, muka dan rambut baby. Paraben free and toxis free. All natural ingredients.
Brooch cantik dari @wirdorahq batu kilat-kilat swarvoski 😘
Essentials oil from @narinar.malaysia. Bagus untuk parents yang suka natural remedies untuk rawat anak demam, batuk, eczema. Go check them out!
Voucher buy 1 free 1 from Aqilah most fav playland @wakawakakl
Voucher dinner and lunch from @furama_bukit_bintang
Breast firming cream by @jamutunteja_hq
Pencuci muka and mask from @natugee. Dah try and sesuai dengan kulit eczema I SUKA GILA! Kulit tak kering and gatal, lembab je 😍
Last but not least,
Roll on essential oil and voucher urutan from breastfeeding specalist @bondahaven Maternity Spa 😍
_____________
Alhamdulillah one of the best event I've attended so far. InsyAllah moga ada peluang pergi event macam ni lagi.
Bye!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hannamaruku.blogspot.com/2019/10/event-new-happy-is-healthy-natugee-x.html