Esscom Tahan 41 Pati Di Perkampungan Atas Air Di Kunak


KUNAK: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang menyelaraskan Operasi Gasak Laut menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PTI) di tiga perkampungan atas air, di sini.

PTI yang terdiri 21 lelaki dan 20 wanita yang berumur antara 6 hingga 65 tahun itu ditahan di Kampung (Kg) Pangkalan (Sumil), Kg Kunak Jaya Laut dan Kg Kulluk dalam operasi yang diadakan bermula jam 3 pagi.


Komander ESSCom Datuk Hazani Ghazali berkata, kesemua yang ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen dan yang meragukan.

Katanya, kesemuanya telah dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar ke negara asal masing-masing.

“Operasi ini disertai 176 anggota keselamatan dan agensi awam dan telah memeriksa sebanyak 255 orang seterusnya menahan 41 orang untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan.

Hazani berkata, operasi itu dijalankan untuk mengekang kemasukan dan kewujudan PTI yang disyaki menjadi tali barut kepada kumpulan jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang menjadikan kawasan-kawasan perkampungan setinggan atas air untuk mengintai mangsa selain menjadi tempat persembunyian mereka.

Selain itu, menurut Hazani, operasi ini juga bertujuan menunjukkan kehadiran pasukan keselamatan secara terkoordinasi bagi mewujudkan elemen cegah rintang di kawasan itu.

Dalam operasi itu juga, Sabah Electricity Sdn Bhd turut melaksanakan operasi pemotongan bekalan elektrik di rumah-rumah setinggan yang didapati membuat penyambungan secara haram.

Hazani berkata ESSCom akan memperhebatkan lagi operasi-operasi gasak pada masa akan datang untuk memburu saki baki tali barut KFR di samping meneutralkan kawasan ‘hotspot’ daripada sebarang unsur jenayah.

Tambahnya, keberkesanan operasi-operasi seumpama itu amat penting diteruskan untuk membendung kawasan tumpuan yang disyaki menjadi tempat kegiatan dan persembunyian penjenayah.

“Beberapa ancaman yang telah dikenalpasti dan sering berlaku di kawasan tumpuan di pantai timur Sabah perlu ditangani secara berkesan bagi memastikan kawasan ini bebas daripada kegiatan jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan hidup di kawasan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Hazani merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi keselamatan dan awam yang telah membantu menjayakan operasi ini.

Antara terlibat dalam operasi ini terdiri Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkatan Tugas Bersama 2, 8 Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion 13 Briged , Pasukan Gerakan Am Batalion 17, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, Sabah Electricity Sdn Bhd dan Majlis Daerah Kunak.
Untuk berita lebih menarik klik link ini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/esscom-tahan-41-pati-di-perkampungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambil Menyusu Mengalir Air Mata Tahan Sakit Bengkak Susu Masalah Lain Tapi Kita Tetap Teruskan

Sambil Menyusu Mengalir Air Mata Tahan Sakit Bengkak Susu Masalah Lain Tapi Kita Tetap Teruskan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 431 hits
Mudah semulajadi indah sumber khasiat dan penawar yang diberikan penuh dengan kasih sayang Itulah yang sering diperkatakan kepada ibu ibu dan apa yang kebanyakan ibu percaya Walaupun kesemuanya benar ia tidak memberi gambaran keseluruhan te...
Tahan Sita Lepastu Jual Lelong Untung Atas Angin

Tahan Sita Lepastu Jual Lelong Untung Atas Angin

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 380 hits
Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang berjaya mengutip sebanyak RM873 150 hanya dalam tempoh lima jam hasil lelongan kenderaan sita sempena Lelongan Awam Siri 1 2020 di Kompleks JPJ Pahang Indera Mahkota di sini semalam Program lelongan itu men...
Flerr Air Freshener Flerr Signature Fragrance Pewangi Paling Laris Di Pasaran

Flerr Air Freshener Flerr Signature Fragrance Pewangi Paling Laris Di Pasaran

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 570 hits
FLERR Air Freshener FLERR Signature Fragrance Pewangi Kereta Badan Pilihan Ramai Assalamu alaikum Ummi nak kongsikan dengan korang our new favourite air freshener
Air Asia Unlimited Pass Best Ke

Air Asia Unlimited Pass Best Ke

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 541 hits
Hi semua Seperti yg korang sedia maklum Air Asia baru sahaja lauch Air Asia Unlimited Pass yg berharga RM 499 Teringat Asean Pass dulu Best juga pass tu So ape yg istimewanya pass untuk kali ini It is claimed that dengan adanya pass ini kor...
Sadis 2 Beradik Mati Kepala Dibenam Dalam Bekas Air Oleh Ibu Sendiri

Sadis 2 Beradik Mati Kepala Dibenam Dalam Bekas Air Oleh Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 276 hits
Di Brooklyn seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana melemaskan anak perempuannya berusia dua tahun dengan membenam kepala mangsa dalam bekas berisi air dalam kejadian empat tahun lalu Lin Li 28 didakwa di mahkamah pada Jun...
Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam Elak Gangguan Makhluk Halus

Sebelum Tidur Ambil Air Suam Dan Secubit Garam Elak Gangguan Makhluk Halus

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 384 hits
Pernah anda bermimpi Pasangan anda berkahwin lain Mimpi pasangan ada perempuan Lelaki lain Mimpi Bersetubuh dengan Lelaki Perempuan lain Mimpi Binatang berbisa mimpi Jatuh Tempat tinggi Mimpi Tempat Kotor Mimpi Budak kecil bermain dengan bu...
Keutamaan Kita Adalah Tanah Air Dan Masa Depannya Tok Mat

Keutamaan Kita Adalah Tanah Air Dan Masa Depannya Tok Mat

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 337 hits
Krisis kepimpinan Malaysia akhirnya selesai dan suasana gawat politik telah reda Telah terbit fajar baru untuk Malaysia Sesuatu yang mesti kita hargai dari semua episod ini ialah betapa matangnya rakyat Malaysia Negara terus aman dan damai ...
Air Asia Unlimited Flight Rm499 From 29feb Until 7mac 2020

Air Asia Unlimited Flight Rm499 From 29feb Until 7mac 2020

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 436 hits
Book Before 7 Mar 2020Travel Period 2 Mar 2020 2 Mar 2021 Unlimited FlightAirport Tax Need to be Paid separately during check out From KULAirport TAXGold CoastRM373Melbourne AvalonRM415PERTHRM433SydneyRM513FukuokaRM110Osaka KansaiRM225Sappo...
Garuda Rute Jakarta Solo Batal Berangkat Lion Air Alihkan Penerbangan Ke Semarang

Garuda Rute Jakarta Solo Batal Berangkat Lion Air Alihkan Penerbangan Ke Semarang

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 176 hits
Aktivitas erupsi Gunung Merapi di Jawa Tengah membuat sejumlah penerbangan dibatalkan dari Bandara Soekarno Hatta tujuan Solo Jawa Tengah selasa Hal tersebut sesuai Notice to Airmen Nomor B0614 20 terkait dengan penghentian sementara penerb...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Razali Kongsi Wajah Anak Pertama Nik Muhammad Bin Nik Iruwan

All Her Hard Work Dr Sheikh Muszaphar Luah Bangga Anak Terpilih Program Sukan Bakat Olimpik

Cara Selamat Membekukan Dan Mencairkan Daging Qurban Tanpa Menjejaskan Kualiti

Sedekah Yang Baik Adalah Pada Adik Beradik Sendiri

Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah