Ertinya Khalifah




Sejarah Khalifah


gambar hiasan


Adapun sejarah khalifah bermula apabila Allah azzawajalla menyatakan akan menjadikan khalifah di muka bumi.Para malaikat kemudiannya  berkata adakah akan dijadikan khalifah dari orang yg akan membuat banyak kerosakkan dimuka bumi ,sedang para malaikat bertahmid  dan  nuqaddis kepada  Allah swt?
Malaikatpun sudah mengerti bani Adam as akan banyak membuat kerosakkan dan menumpahkan darah,walaupun nabi Adam(khalifah) masih belum dijadikan .
Sebelum nabi Adam as dijadikan ,Dunia ini ada pelbagai makhluk makluk  selain dari makluk kaum Jin yang  hidup melata , bertaburan ,didarat ,dilaut,didalam tanah ataupun di udara,termasuklah yang berada  di alam Ghaib.Makhluk-makhluk  itu dicipta dan dihadirkan/diberikan mizan dan perundangan untuk kesinambungan .
Perundangan atau mizan yg pelbagai dan berbeza dikenakan keatas semua makhluk,maka kita boleh panggil sistem/perundangan alam ciptaan Allah swt  itu, secara ringkasnya "nature'(semulajadi). Perundangan khas untuk  makhluk didalam laut berbeza dengan  perundangan khas yang didarat atau  yg didalam tanah (syariat yg berbeza).Dalam semua makhluk tersebut  itu tiada yang dikira zalim walaupun membunuh,sebab itu tiada pengadilan akhirat untuk  mereka.Sehinggalah makhluk dari kaum jin dan manusia akan ada pengadilan diakhirat
Kaum jin lebih dahulu mendiami bumi sebelum bani Adam as dan mereka juga banyak berbuat kerosakkan dan juga  mereka pernah diperangi.Disitulah  bermula politik ,bermula dengan  puak-puak dari bangsa jin tersebut.
Adapun dikalangan haiwan  bukanlah dinamakan politik,tapi hidup para haiwan  adalah mengikut perundangan Allah swt , yang tiada penderhakaan .Contoh ,seekor singa Jantan akan mempertahankan kawasan bila ada singa Jantan lain cuba menguasai dan  menceroboh kawasannya, maka perebutan /pergelutan mungkin berlaku tapi pihak yang  tewas tidak akan dibunuh dibiarkan pergi,itu adalah adil bagi kerajaan haiwan ,walau ada tumpah darah........kerana kekuatan diperlukan untuk survival.
Apabila kita sebut khalifah,ia adalah suatu cara kehidupan,menguruskan masyarakat mengikut syariat Allah swt. Bermula khalifah adalah setelah nabi Adam as diturunkan kebumi bersama  ahlinya (hawa).
Bermulanya sejarah khalifah manusia adalah dengan seorang nabi ,seorang isteri...kemudiannya sebuah keluargan dan seterusnya keluarga yang besar.
Politik sudah pun lama wujud dikalangan makluk Jin sebelum nabi Adam as diciptakan.Didalam khalifah yg pertama tiada politik tapi dinamakan siasah Nubuwwah Iaitu semua urusan kemasyarakatan dan individu berpandukan ajaran nabi dan tiada perebutan jawatan khalifah selama beribu tahun.
Politik diperkenalkan kepada nabi  Adam as oleh Azazil ,bila Azazil terasa cita-cita nya untuk  menjadi dirinya  khalifah dibumi tidak kesampaian ,maka dia membuat plot ( tipu daya ) untuk jatuhkan nabi  Adam as .Azazil mengambil isu buah khuldi ,dan memberikan / menyaluti ucapan ucapan  atau janji janji  manis kepada  nabi Adam as, sehingga nabi Adam mengambil buah khuldi tersebut.


UJUB ITU DATANG  DENGAN DIAM-DIAM.  TANPA KITA SEDARI


UJUB berbeza dengan RIYA' , Kadangkala RIYA dapat dihindari, tapi UJUB masih ada.
Contohnya: Kita sholat tahajjud diam-diam . Tiada yang tahu dan tidak kita ceritakan pada orang lain,  dengan harapan agar tidak RIYA'. 
Cara mudah hilangkan RIYA'..


Amalan  wajib/fardhu dizahirkan tidak sembunyi sembunyi.....syiar islam
1.Bersyahadah 2 kalimah nyatakan terang terangan,nyatakan keIslaman kita juga untuk  syiarnya.
2.solatlah berjemaah terang terangan dan azan terlebih  dahulu,beramaikan  jemaah,jangan bersembunyi juga untuk  syiar juga.
3.Puasa bulan Ramadhan dengan nyata / jelas janganlah disembunyikan puasa Ramadhan kita, juga utk syiar Islam.Puasa  sunat takperlu dihebah,buat sendiri dengan  diam diam  kecuali bila dijemput makan dan seumpamanya,untuk  merasa hampir dengan  Rasulullah saw dan takwa.
4.Kalau berzakat ,nyatakanlah bahawa itu adalah wang  zakat,supaya tidak dipuji sebagai sedekah,tapi dikira  kewajipan juga untuk syiar.
5.Kalau dah naik haji nyatakan ,atau boleh letakkan haji bersama nama........supaya tidak perlu dibuat badal haji,juga untuk  syiar.


Amalan sunnat di sembunyikan dan berahsia kira dengan  Allah swt.
1.Tahmid,tasbih,tahlil,takbir yg sunnat sembunyikan  untuk menikmati.
Amalan Tasauf sesuai untuk mereka yang tinggi IQ nya ,untuk menjadi ulamak Tasauf.Seperti  seorang pelajar yang ingin menjadi professor, hanya segintir dari mereka yang lulus .Untuk mereka yg biasa biasa  sahaja ada kaedah lain yg lebih mudah.Contohnya untuk menjadi peniaga yg berjaya,tidak  perlu belajar tinggi tinggi ataupun yang tiada kelulusan SPM  pun boleh menjana pendapatan puluhan ribu sebulan.
Bagaimanapun siapa yang berminat dengan Tasauf dan berbakat boleh teruskan dan boleh sebarkan segala makrifat yg ada kpd muslim muslim yang lain.Ada yang berminat menjadi ulamak Fiqah ,ada yg cenderung kepada ulamak Tafsir dn ada yg berminat jadi ulamak Akidah dan  yang berminat menjadi Muhadis ataupun ulamak Tasauf.Semua bidang dialu alukan untuk  dipelajari dan dikembangkan.
Asalnya semua bidang tersebut itu ranting ranting  dari sebatang pohonTauhid peninggalan Rasulullah saw.
Cuba fikirkan UJUB dan RIYA'  hanyalah was was yang diperkenalkan oleh syaitan untuk jatuhkan kita, sepertimana Azazil menanam was was kepada nabi Adam as (  political move/strategy)  dalam isu buah khuldi.
Azazil dari bangsa jin sudah lama menyimpan cita-cita  utk menjadi khalifah dan cita cita  politiknya  yang tidak tercapai melahirkan dendam dan penderhakaan kepada  Allah swt , enggan tunduk(sujud) kepada nabi  Adam as bila diperintah kerana merasa diri lebih sempurna,lebih layak dari nabi adam as untuk polisi sebagai Khalifah.
Sifat merasa diri lebih baik,lebih pandai,lebih efisien ,lebih layak adalah dari perangai Azazil yg banyak diamalkan /diterima pakai oleh pihak pembangkang dalam  sesebuah kerajaan,cara sesuatu isu di mainkan untuk  menjatuhkan pihak lawan sama seperti cara Azazil gunakan utk jatuhkan nabi adam a.s.
 Diantara siasah nubuwwah dgn politik itu ada yg samar samar  , yang  harus dan yg makruh, seperti   mana antara halal dan haram itu ada yang samar samar. Seperti mana juga  antara lelaki  dan perempuan  itu ada yang samar samar.Untuk was was kita tinggalkan yang samar samar adalah lebih selamat.
 Antara ajaran Ambia dgn bisikan syaitan itu ada yg jelas kepada sebahagian orang,ada yg samar samar   kepada sebahgian orang,untuk melihat lebih jelas perbezaan antara khalifah / siasah nubuwwah   (berasaskan wahyu dan bimbingan dari Allah swt ) dan politik olahan manusia/syaitan kita perlu  buat perbandingan.
Siasah nubuwwah  /khalifah diajar & diamalkan oleh para ambia,mukmin & muslim sahaja. Sedangkan politik diamalkan juga oleh muslim, ahlikitab, pagan, orang asli ,penyembah berhala, kafir, atheis, kaum LGBT, jin dan Azazil sendiri.Kita perlu ingat makhluk yang  bernama Azazil tidak akan padam cita cita politiknya dan dendamnya kepada bani adam sampai hari kiamat.Justeru itu azazil tidak berhenti mencipta dan membisikkan isu isu  kepada benak manusia supaya saling membinasakan.
'ISU'  hanyalah satu senjata politik untuk dimanipulasi untuk menjatuhkan  dan mengaibkan pihak lawan.
Antara bisikkan Azazil  kepada bani Adam yang awal ialah berkenaan isu cinta yg membuatkan Habil dibunuh Qabil. 
Masih belum ada isu politik yg jelas disini.
Kemudian bisikkan yang menjadikan bani Adam terpecah kepada  dua puak, satu yang  kekal dengan khalifah selepas wafatnya nabi Adam as dan satu puak lagi yang  dipimpin oleh Qabil menuju ke tanah rendah.
Tapi masih belum ada isu nak tumbangkan khalifah.
Sehingga Allah swt perintahkan nabi Idris as untuk  memerangi puak yang engkar.Setelah nabi Idris as naik ke langit manusia mula hanyut ,sehingga diutuskan Rasul yang pertama iaitu nabi Nuh as untuk  memperbaiki iman ,amalan manusia. Sehingga Allah swt  bersihkan dunia dari manusia kufur manusia kembali kepada fitrah Khalifah.Semua ambia mengajarkan Tauhid (monotheism) sebagai lawan kepada  polytheism.
Monotheism vs polytheism ataupun untuk  vocabulary org yg x beriman  ,Monotic vs polytic.
Poly itu maknanya banyak, Tik itu fokus.
Politik itu banyak fokus,confusing, banyak pihak,banyak kaum,banyak  parti,banyak nasional dan pelbagai.Pengikut tidak  mampu fokus,bercelaru.Sedangkan monotheism itu fokus kod satu tuhan dan Monotic fokus kpd satu kerajaan. Allah swt ciptakan kita utk menjadi khalifah,hanya dengan ajaran tauhid(monotheism) boleh terbentuk khalifah.
Setiap kali manusia hanyut ,Allah swt hantarkan Rasul untuk  mengembalikan nanusia kepada jalan  Allah swt. Bagi ahli politik dari kalangan orang yang tidak beriman (kufar) para ambia itu hanyalah ahli politik macam mereka yang kini nya membawa janji janj palsu,berita berita palsu dan cerita cerita  akhirat yg direka utk meraih sokongan , sepertimana mereka membuat janji janji  palsu,isu isu bohong cerita yg diada adakan,berita yang separa benar dan dimanipulasi  untuk kepentingan diri.Mereka itu hanya ada sebelah mata ,mata dunia,vocabulary pun tentang dunia sahaja tiada merujuk akhirat ,alam kubur ,syurga neraka sedikitpun, tiada lain ini adalah ajaran syaitan .
Wahyu vs bisikkan syaitan.
Ambia vs ahli poltik
Khalifah vs kerajaan batil...
Quran vs buku tulisan manusia......


Bukankah itu sangat jelas perbezaannya? Setelah ketiadaan nabi Nuh as , manusia mula diajar oleh Azazil supaya syirik.


Antara siasah nubuwwah & politik ada yg samar samar , harus & makruh.


Para ambia mengajarkan,menyampaikan khabar khabar dari Allah swt perintah perintah  ,nasihat nasihat ,larangan larangan ,berita berita  gembira syurga,peringatan peringatan  , amaran amaran ,dan pengadilan neraka.Semuanya adalah ilmu dari Allah swt bukan hasil dari research ataupun kajian dan  bukan reka reka serta bukan doktrin.Para ambia tidak akan membuat keputusan tanpa arahan atau rujukkan dari Allah swt ,mereka tidak meminta upah atau dipilih jadi Raja.
Berbeza dgn ucapan ,arahan , peringatan, amaran ,berita dan khabar yang  dimanipulasi , janji janji  kosong dari pemuka atau  ketua ketua  masyarakat , raja raja atau emperor dan ahli politik , yang  tiada petunjuk, hanya untuk mencapai cita cita peribadi, menguasai rakyat untuk kemewahan dan keseronokan. 
Perjuangan para ambia dari permulaan  selalunya ditentang oleh orang orang yang berpengaruh dan pemuka pemuka masyarakat atau ketua ketua kaum, kerana kedatangan kebenaran akan menjejaskan  ataupun mencabar pengaruh mereka.Mereka akan membuat tuduhan tuduhan palsu,kononyalah  sihir,gila,majnun ,membina isu karut karut untuk  di kredit para ambia.Lihat contoh kisah nabi Nuh as pembesar masyarakat kaum Nuh memandang remeh dan hina keatas pengikut Nuh sebab mereka orang orang  miskin,lemah dipandang kasta paling rendah.
Tapi Allah saw binasakan mereka,lalu Allah swt zahirkan masyarakat yg semuanya islam yg diketuai nabi Nuh a s....khalifah, selama mana  yg Allah kehendaki .Ketiadaan nabi Nuh as.memberi jalan kepada Azazil mula meniup / mengajarkan syirik , mulanya membina patung peringatan,kemudian dihias,seterusnya dijadikan tempat berdoa dan meminta.
Bukankah jelas Azazil yang meminjam  peranan sebagai grandmaster politik dan dia akan terus menerus meniup api persengketaan dangan isu cinta kepada  wanita kemudian perpecahan,kemudian syirik.Dikalangan manusia tokoh tokoh politik yg mashyur adalah Namrud, Firaun , kaligula, Genghiz khan,Stalin,Hitler ,Mao tze tong dan sebagainya.Mereka sudah di lejendakan sedangkan mereka tiada harta hanya memeras ,memaksa dan membunuh rakyat.
Mana mana Raja @ emperor, kings semuanya menindas ,mencuri hak rakyat kecuali amat sedikit yg adil. Adakah kita mahu menjadikan mereka sebagai ikutan? Dan ada muslim modern yg menyamakan @ berkata Rasulullah saw itu seorang  ahli politik......nauzubillah.
Sedangkan kita tahu yg memulakan politik dalam sejarah manusia adalah Azazil , the grandmaster bukan nabi Adam as .Allah swt hanya ajarkan nama nama dalam  syurga & bercakap kepda  Adam a.s......kemudiannya Allah swt berikan petunjuk kpd  Adam  as bila dihantar kebumi.Dan Allah nyatakan makhluk dijadikan berpasang pasangan.........reality.
Pentadbiran  wakil petunjuk Allah (khalifah) vs kerajaan thoghut ikutan Azazil, diantara keduanya ada yg samar samar. Antara good vs evil , Perjuangan @ pertembungan +ve   vs  -ve adalah yg ditentukan keatas kita manusia .Adakah kira mahu menyamakan rasulullah saw ...@ nabi Adam as ,nabi Nuh, nabi Daud as dan anaknya nabi Sulaiman as dengan Firaun, Namrud, Hitler, Mao tze ton,Genghiz khan .. Wanauzubillah.....
Memilih siasah nubuwwah adalah  lebih baik.


Bismillah.....
Manusia telah diajar untuk  syirik secara halus & beransur ansur  setelah ketiadaan pengganti nabi Nuh a.s dan Syirik kemudian berkembang sehingga Allah swt utuskan nabi ibrahim a.s.
Apabila nabi Ibrahim as berkata kepada Namrud ,tuhan aku yg menghidup dan mematikan........dan akan  tunjukkan kita bagaimana bentuk  jawapan orang yg berpolitik ,twisting .... bila Namrud berkata akupun boleh menghidup dan mematikan lalu  diarahkan membawa dua banduan ,satu telah dihukum mati dan satu tidak kemudiannya hukum ditukar antara keduanya.
Putarbelit adalah ciri ciri  ahli politik....


Mereka yang  seperti Namrud,Firaun,Hitler,Musolinu,Lenin,stalin,Mao tze tong,emperir Rome,Kaisar Parsi,Genghiz khan,termasuk kuasa2 penjajah senuanya mengambil jalan politik .
Antara siasah nubuwwah dan politik ada yg samar samar harus dan makruh, jalan politik Namrud dan Firaun  itu toghut, kalau yg begini masih dianggap halal ,.....entah tak pasti   nak tulis apa .?
Setelah kebenaran yang dibawa oleh nabi Ibrahim as ditolak maka Namrud cuba membunuh nabi Ibrahim as dengan  mukjizat dari Allah swt yang  terang, Namrud couldnt give answer ...Kemudian Namrud dgn bala tenteranya mencabar nabi Ibrahim as....dan Allah swt memalukan dan binasakan kerajaan hebat tiada tanding dengan hanya makluk  Nyamuk.
Dan ingat Allah swt malukan kerajaan Rome dan Parsi dengan Tentera backward dari tanah tandus,  padang pasir gersang.....yg tiada ternama,tiada tamaddun,hanya ada beberapa orang yg tahu menulis, membaca.... Tamaddun baru muncul ditanah Arab dari Allah swt,tunjuk ajar nabi,mebinasakan tamaddun oleh manusia yang korupsi.
 Dan Allah tidak merasa malu utk memberi perumpamaan dari benda benda  yang sekecill kecilnya   atau selemah lemahnya..
 Siapakah yg mengajarkan manusia menjadi korup.....??Tiada lain selain Azazil dan setan setan  yang     membisikkan,exploiting & manipulating nafsu,tamak,cinta kepada  harta ,takut kehilangan yg ada     dalam manusia.
Itulah caranya Azazil berpolitik dgn manusia.
Dia akan terus berdendam,dan akan mengilhamkan kepada  manusia dengan  pelbagai isu untuk  memusuhi pihak yg benar, antaranya memberi pendapat / bisikkan kepada ahli agama supaya menukar perkataan dalam  kitab @ menukar terjemahan @  putarbelir tafsiran.......dan akhirnya menukar hukum,mengharamkan yang  halal serta menghalalkan yg haram.
Menghalakan riba dengan  perbankan Islam ,mudah sebab manusia sejagat adalah penyokong kuat sistem monetary aturan dunia baru.
Menghalalkan politik dengan  politik Islam.........mudah sebab manusia sejagat…
[20:42, 13/06/2021]  Bersambung .


Dari panel Abe Joe.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amrlife-amran.blogspot.com/2021/06/ertinya-khalifah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Pas Guna Logo Pn Ertinya Lawan Bn Di Prn Melaka Dan Pru15

Keputusan Pas Guna Logo Pn Ertinya Lawan Bn Di Prn Melaka Dan Pru15

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 148 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional bermakna Pas akan melawan BN bukan sahaja di PRN Melaka bahkan di PRU15 nanti Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata keputusan Pas ini juga berert...
Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

Prn Melaka Apa Ertinya Jadi Wakil Rakyat Jika Miskin Tegar Terus Tidak Terbela

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 194 hits
Kempen PRN Melaka berbaki empat hari lagi dengan kesemua yang bertanding melipatgandakan usaha bagi merebut sokongan pengundi Di tengah tengah kemeriahan PRN itu masih ada keluarga yang mengharapkan bekalan elektrik dari jiran sebelah masih...
8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional