Saya Sempat Dengar Isteri Sebut Allahuakbar Saya Tak Sempat Buat Apa Apa Pemandu Vellfire
Foto kecil, pemandu Nissan Navara
Jenazah empat beranak yang maut dirempuh pemandu positif dadah di Jalan Lebuh ke Mempaga, Bentong semalam telah selamat dikebumikan hari ini. Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tahan Perkuburan Islam Kampung Panchor, Pengkalan Chepa.
Menceritakan semula kejadian itu, Mohd Nazri Hamid, 44, berkata dia sempat mendengar isterinya menyebut 'Allahuakbar' sebelum dirempuh.
"Saya sempat mendengar arwah isteri sebut 'Allahuakbar' sebelum kami dirempuh kenderaan itu dan menyebabkan isteri serta tiga anak kami tercampak keluar dari kenderaan. Saya tidak sempat berbuat apa-apa dan tidak nampak kehadiran kenderaan berkenaan di hadapan kereta kami," katanya.
Difahamkan, guru SK Aring, Gua musang itu sekeluarga bersama dengan abang iparnya bertolak dari kuarters kediaman di Felda Aring 1, jam 10 pagi semalam bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara isterinya di Kajang, Selangor.
Mohd Nazri memandu kereta Toyota Vellfire di hadapan dan abangnya sekeluarga menaiki Mitsubishi Pajero di belakang yang turut ditumpang dua anak Mohd Nazri iaitu, Ahmad Awaz, 12, dan Ahdan Fasihah, 11.
"Di sepanjang jalan kami tidak berhenti. Namun sebaik sampai di lencongan Sungai Koyan, ada satu treler terbalik menyebabkan perjalanan kami tergendala selama setengah jam.
"Selepas itu kami meneruskan perjalanan dan berhenti di lampu isyarat lokasi kejadian. Saya meneruskan pemanduan selepas melihat dua kereta di hadapan bergerak sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum kami dirempuh kenderaan itu," katanya.
Mohd Nazri reda dengan apa yang berlaku dan berterima kasih kepada semua pihak dan individu yang menghulurkan bantuan kepada mereka ketika berada di lokasi kejadian sehingga semua jenazah keluarganya selamat dikebumikan.
Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, empat anak beranak terbabit maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh Nissan Navara, ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Gua Musang, untuk menghadiri majlis perkahwinan adik mangsa.
Pemandu Nissan Navara berusia 44 tahun terbabit didapati positif dadah opiate, ampthetamine dan methamphetamine. Pemeriksaan polis juga menemui satu tiub straw lutsinar berisi syabu. Semakan data juga mendapati suspek mempunyi rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut selepas selesai mendapatkan rawatan di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
source https://www.thereporter.my/2022/01/saya-sempat-dengar-isteri-sebut.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsibro.blogspot.com/2022/01/saya-sempat-dengar-isteri-sebut.html