Eprasekolah Kpm Permohonan Prasekolah Sesi 2024 2025


PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2023 MELALUI PORTAL EPRASEKOLAH KPM
Perhatian bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2023), anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.
Permohonan akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Tandakan siap-siap tarikh ni dalam kalendar ok!
Berikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Fungsi Sistem ePrasekolah Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian.
Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:
1. PERMOHONAN KE PRASEKOLAH KPM
Borang permohonan Semak dan kemas kini permohonan Rayuan permohonan 2. KEMASKINI MAKLUMAT PENGGUNA
Pastikan email dikemas kini berdasarkan email terkini yang aktif 3. CARIAN MAKLUMAT INSTITUSI PRASEKOLAH
Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM 4. SEMAK STATUS PENDAFTARAN
Semak status pendaftaran murid dan rayuan bagi permohonan Tarikh Permohonan ePrasekolah Bagi Sesi 2024 Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2024 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2023 Hingga 30 April 2023.
Bagi permohonan manual pula, permohonan boleh dibuat terus di sekolah tersebut dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023. Sila bawa bersama SIJIL LAHIR ASAL ketika mendaftar.
Bagi murid tahun 1 juga, permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sekolah KPM boleh dibuat bermula 1 Mac 2022.
Syarat Kelayakan Permohonan Prasekolah KPM 2024 Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 hingga 15 Januari 2020 sahaja yang layak untuk memohon. Kaedah Permohonan Prasekolah KPM 2024 Permohonan boleh dibuat melalui dua kaedah yang dinyatakan seperti berikut;
1) SECARA DALAM TALIAN bermula 1 Mac hingga 30 April 2023 melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my
2) SECARA MANUAL bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2023 dengan menghantar borang permohonan ke sekolah yang dimohon.
Cara Daftar Prasekolah Online Melalui ePrasekolah KPM Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:
1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar. (Link ke portal permohonan dibuka mulai 1 Mac 2023)
2. Daftar & Login Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.
3. Lengkapkan Maklumat Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa. Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran. Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain. Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif. 4. Kemaskini & Cetak Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2023 berserta dokumen yang berkaitan.
NOTA:
Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah). Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga. Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem. Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja. Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini. 5. Semak Status Permohonan Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2023.
Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.
Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).
NOTA:
Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;
Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak. Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut. Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan. Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran. Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan. 6. Rayuan Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2023 (tertakluk kepada pindaan).
Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN. Semakan Keputusan Permohonan Semakan keputusan permohonan ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my
Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.
Bantuan / Pertanyaan Lanjut Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/eprasekolah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=eprasekolah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 2025 Online

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2024 2025 Online

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 319 hits
Pendaftaran Murid Tahun 1 Makluman buat ibu bapa anda boleh mula membuat permohonan kemasukan tahun 1 untuk anak anak anda bermula 1 MAC 2023 Semakan penempatan tahun 1 untuk sesi 2024 2025 pula boleh dibuat secara online bermula 1 OGOS 202...
Semakan Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023 2024

Semakan Permohonan Maktab Tentera Diraja 2023 2024

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 521 hits
TERKINI Semakan tawaran pemilihan panggilan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus termasuklah Maktab Tentera DiRaja boleh dibuat mulai 9 hingga 12 Februari 2023 Perkara ini dimaklumkan oleh melalui sebuah hantaran di media sosial Berikut d...
Permohonan Upuonline 2023 2024 Syarat Panduan

Permohonan Upuonline 2023 2024 Syarat Panduan

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 297 hits
Permohonan Baharu Kemasukan UPU Politeknik Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam Melalui UPUOnline Sesi Akademik 2023 2024 Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023 2024 ke Program Asasi Sijil Diploma dan Ijazah Sarjana M...
Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023 2024

Permohonan Kemasukan Tingkatan 6 Maktab Mahmud 2023 2024

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 258 hits
Permohonan ke Maktab Mahmud bagi Tingkatan 6 untuk sesi 2023 2024 kini dibuka untuk para pelajar Tingkatan 5 Maktab Mahmud atau Al Maahad Al Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah Pembelajaran akedemik dan silibu...
Pengambilan Jawatan Guru Ganti Kpm 2023 Permohonan Dibuka Sekarang

Pengambilan Jawatan Guru Ganti Kpm 2023 Permohonan Dibuka Sekarang

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 357 hits
Pengambilan Jawatan Guru Ganti KPM 2023 Permohonan Dibuka Sekarang Makluman KPM berita terkini tentang kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan k...
Andika Kangen Band Bakal Nyaleg Dpr 2024 Dari Demokrat Gabung Karena Kagum Dengan Sby

Andika Kangen Band Bakal Nyaleg Dpr 2024 Dari Demokrat Gabung Karena Kagum Dengan Sby

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 122 hits
Andika bertekad untuk berkontribusi sebagai caleg sebagai pengabdian bagi tanah kelahirannya yaitu Lampung
Video Ketum Jokowi Mania Sempat Minta Prabowo Ditangkap Kini Dukung Di Pilpres 2024

Video Ketum Jokowi Mania Sempat Minta Prabowo Ditangkap Kini Dukung Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 129 hits
Jokowi Mania memutuskan mendukung Prabowo di Pilpres 2024 Mereka pun berganti nama menjadi Prabowo Mania 08 Ketum Joman Immanuel Ebenezer alias Noel bercerita pada 2019 lalu sempat meminta Prabowo ditangkap Terkait penyebaran hoaks intimida...
Cuti Akhir Tahun Sesi Persekolahan 2022 2023

Cuti Akhir Tahun Sesi Persekolahan 2022 2023

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 422 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kumpulan AKumpulan BPejam celik pejam celik kita dah nak habis sesi persekolahan dah kan kejap ja masa berlalu Walaupun rasa pelik sikit sbb tugasan hujung tahun yang selalu dibuat berbelas tahun tetiba k...
Sukan Olimpik 2024 Lokasi Tarikh Maskot

Sukan Olimpik 2024 Lokasi Tarikh Maskot

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 164 hits
Kejohanan Sukan Olimpik 2024 pastinya temasya sukan yang paling ditunggu tunggu oleh atlet atlet daripada pelbagai cabang sukan antarabangsa Malah atlet daripada Malaysia juga bakal bertanding dalam kejohanan ini sekiranya mereka telah mele...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults