Epenyata Gaji Anm Semakan Slip Gaji Payslip
ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP
APA ITU ePenyata Gaji ANM?
ePenyata Gaji merupakan salah satu sistem yang telah diwujudkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( ANM ).
Sistem ini juga membolehkan kalangan kakitangan awam dan pesara kerajaan bagi mendapatkan payslip masing-masing terus daripada sistem online yang sedia ada.
Setiap penjawat awam, wajib menggunakan sistem e-penyata ini. Sistem ini juga merupakan satu inisiatif ke arah kertas bagi penggunaan slip gaji.
CARA BUAT SEMAKAN ePenyata Gaji ANM ONLINE
Berikut adalah perkongsian cara membuat semakan penyata gaji online untuk penjawat awam.
DAFTAR ePenyata Gaji ANM
Cara Daftar Pengguna Baru epenyata Gaji ANM
Sekiranya anda sebelum ini tidak pernah menggunakan sistem e-penyata, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.
Anda boleh mendaftar akaun baru e-penyata ANM disini = https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/layouts/login/UserRegistration.aspx
Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masaa hadapan.
Wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah :
Kad Pengenalan
Gaji
Kata Laluan
Sahkan kembali Kata Laluan
Soalan keselamatan ( Penting jika anda terlupa kata laluan )
Jawapan kepada soalan keselamatan ( Pastikan anda ingat. )
Klik “OK”
LOGIN ePenyata Gaji ANM
Login ke laman web yang rasmi = https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx .
Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Pasport.
Masukkan Kata laluan.
Klik Daftar Masuk.
TERLUPA KATA LALUAN ePenyata
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh dapatkan kembali dengan klik “Lupa Kata Laluan”
Klik Lupa Kata Laluan
Masukkan No. Kad Pengenalan dan masukkan No. Gaji
Klik Seterusnya.
MUAT TURUN APLIKASI/APPS ePenyata GAJI ANM
Bagi memudahkan lagi pengguna untuk menyemak e-Penyata Gaji, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui smartphone, versi mobile kini sedia untuk dimuat turun di AppStore dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.
Ia menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam Persekutuan iaitu :
memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan,
mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja),
menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan
menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan.
Berikut adalah cara muat turun apps:
Bagi pengguna android –https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
Bagi pengguna apple/ ios – https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530
KEMASKINI MAKLUMAT EPENYATA GAJI ANM
Sebelum memuat turun penyata gaji, anda dikehendaki untuk mengemaskini profil anda dengan memasukkan No H/P dan Alamat e-mel.
Langkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.
MUAT TURUN PENYATA GAJI ANM
Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat yang dikehendaki, barulah anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
i) Menyemak Penyata Gaji Bulanan
Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
ii) Menyemak Penyata Gaji Tahunan
Klik ”Penyata Pendapatan Tahunan” yang terdapat di bawah submenu ”Sendiri”.
Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekirnya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
MAKLUMAT YANG DIPAPARKAN DALAM EPENYATA GAJI ANM
Penyata Gaji yang dipaparkan akan menunjukkan maklumat berikut:
Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan
Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah: potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji.
Majikan berhak memberikan butir-butir potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jumlah amaun pendapatan bersih adalah dari jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari E-Penyata Gaji.
JADUAL GAJI 2020
Untuk makluman anda, berikut adalah jadual gaji kakitangan kerajaan bagi tahun 2020:
Nak tahu tentang STATUS PEMBAYARAN BPN 2.0 MENGIKUT BANK?
SOALAN LAZIM ePenyata Gaji ANM
Bagaimana jika terlupa kata laluan ?
Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan. Masukkan No.kad pengenalan , No. Gaji dan klik “Seterusnya”.
Sekiranya e-penyata gaji laporan tak boleh buka egaji ?
Itu hanya sementara. Adkala server yang tidak dapat menampung jumlah trafik dan pengunjung yang tinggi.
Berapa lamakah data penyata gaji disimpan dalam sistem e-Penyata ?
Bagi penyata bulanan iainya disimpan sehingga 18 bulan ke belakang.
Manakala bagi penyata tahunan pula, 7 tahun ke belakang.
Adakah e-Penyata mempunyai apps pada telefon pintar ?
E-penyata mempunyai 2 apps iaitu pada android dan juga apple ios.
Apps android = https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.epayslipmobile&hl=en
Apps apple/ios = https://apps.apple.com/my/app/epayslip-janm/id1481434530
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada sebarang persoalan mengenai sistem e-penyata gaji, anda bolehlah hubungi pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada :
e-mel rasmi
[email protected]
Jangan lupa untuk sertakan nama penuh anda, No.kad pengenalan , No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.
The post ePenyata Gaji ANM :SEMAKAN SLIP GAJI/PAYSLIP appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/epenyata-gaji-anm-semakan-slip-gaji-payslip.html