Epenawaran Hlp Kpm 2023 Permohonan Syarat Semakan


HLP KPM 2022: Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia ambilan Tahun 2023 Melalui Portal ePenawaran KPM
Hadiah Latihan persekutuan adalah merupakan kemudahan cuti sambung belajar yang meliputi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang berada dibawah kumpulan Pengurusan dan Profesional, Gred 41 dan ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 
Tahukah anda apakah itu Hadiah Latihan Persekutuan atau HLP KPM ini?
Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman bersama.
Apakah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP KPM 2022)? Secara ringkasnya, ia adalah biasiswa sambung belajar bagi peringkat Sarjana dan PhD untuk gred 41 dan ke atas.
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
Pemberian penajaan atau kemudahan cuti belajar juga merupakan satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh KPM
Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.
Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

Tarikh Permohonan & Temuduga Tarikh permohonan HLP KPM 2023 melalui Portal ePenawaran KPM akan dibuka pada tarikh berikut:
23 Disember 2022 hingga 20 Januari 2023 Urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2023.
Kelebihan Cuti Belajar / Program Penajaan KPM Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan setiap tahun adalah seperti yang berikut:
Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP); Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS); Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]; Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB). Sila rujuk infografik di bawah untuk info lebih lanjut serta kelebihan setiap program yang ditawarkan.
Cara Permohonan & Semakan di Portal ePenawaran KPM Calon – calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (rujuk Pautan Pantas > Permohonan / Semakan Dibuka).
Baca juga: Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir
Tips Memohon HLP KPM Di sini kami paparkan juga beberapa tips berguna oleh Cikgu Faizal yang telah berkongsikan pengalaman beliau yang berjaya ditawarkan HLP KPM 2021.
ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA PhD HLP KPM TAHUN 2021
Saya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa.
Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan.
Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.
Tip 1
Selepas memohon dilaman web epenawaran, sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kena contact sendiri.
* Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat-syarat minimum untuk mohon.
Tip 2
Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan.
Contohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.
Tip 3
Persiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.
Tip 4
Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham.
Ada macam-macam bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago.
Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)
Tip 5
Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja).
Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.
Tip 6
Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka.
Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)
Tip 7
Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu “Nana korobi ya oki” jatuh 7 kali bangkit 8 kali.
Tip 8
Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh
Klik pautan di bawah untuk download:
DOWNLOAD – Contoh Proposal PhD DOWNLOAD – Contoh Slaid Pembentangan Proposal Phd DOWNLOAD – Skema Permarkahan Temuduga HLP DOWNLOAD – Nota Persediaan HLP Tips Extra
– Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.
– 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.
– Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, – untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.
– Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan), 
– Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon (Utara IPGSAH, Tengah (Cyberjaya), Selatan, Timur(IPG), Sabah(SPP) ,Sarawak).
– Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin – Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.
– Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.
Sumber: Facebook Faizal Nasir
Semakan Keputusan Permohonan & Temuduga Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia biasanya boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my sekitar bulan Jun nanti.
Info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut Tentang HLP KPM 2023 Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2023, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau menghubungi:
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
E-mel : [email protected]
Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :
E-mel: [email protected]
Telefon: 03-8321 7151 / 7154 / 7144 / 7159 / 7136
Atau layari https://www.moe.gov.my/
Selamat berjaya!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hlp-kpm-2023/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hlp-kpm-2023

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Bantuan Asasi Ipta Bagi Tahun 2023 Rujuk Syarat Permohonan

Kpm Bantuan Asasi Ipta Bagi Tahun 2023 Rujuk Syarat Permohonan

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 307 hits
KPM Bantuan Asasi IPTA Bagi Tahun 2023 Rujuk Syarat Permohonan Pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Bantuan kewangan asasi untuk rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan Terdapat pelbagai jenis bantuan sepanjang tahun ini yang telah...
Tajaan Sambung Belajar Program Hlp Cbbp Tb Hlps Peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran Untuk Guru Kpm Ambilan Tahun 2023

Tajaan Sambung Belajar Program Hlp Cbbp Tb Hlps Peringkat Ijazah Sarjana Kedoktoran Untuk Guru Kpm Ambilan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 312 hits
Setiap tahun KPM akan membuka permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bagi pengambilan tahun 2023 hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM Te...
Bantuan Tunai Rakyat Btr 2023 Permohonan Semakan Bayaran

Bantuan Tunai Rakyat Btr 2023 Permohonan Semakan Bayaran

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 618 hits
Cara Mohon Permohonan Semakan Bayaran Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 diawalkan pada Januari 2023 Bantuan Tunai Rakyat merupakan bantuan kewangan tahunan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat malaysia bagi tahun 2023 Bantuan ini akan mem...
Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Setiap Negeri 2023

Permohonan Jawatan Kosong Guru Kafa Setiap Negeri 2023

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 494 hits
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA SETIAP NEGERI 2023 Kepada anda yang ingin membuat permohonan Guru Kafa semestinya anda melihat tawaran yang disediakan bagi setiap negeri Disini kami akan kongsikan kepada cara semakan dan permohona jawat...
Makluman Permohonan Mudah Rumah Ppr Bagi Tahun 2023 Ikuti Cara Mudah Permohonan

Makluman Permohonan Mudah Rumah Ppr Bagi Tahun 2023 Ikuti Cara Mudah Permohonan

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 262 hits
MAKLUMAN Permohonan MUDAH Rumah PPR Bagi Tahun 2023 Ikuti Cara Mudah Permohonan Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan pelan Projek Perumahan Rakyat Dimiliki akan diberitahu dari masa ke semasa Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang PPR Dimil...
Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Rm100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 Semak Kelayakan Permohonan Anda

Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar Rm100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 Semak Kelayakan Permohonan Anda

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 162 hits
Permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 Semak Kelayakan Permohonan Anda Makluman terkini berita baik untuk seluruh rakyat malaysia terutama bagi rakyat negeri Selangor Terdapat satu bantuan yang dibu...
Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Ambilan 2023

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan Ambilan 2023

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 193 hits
Permohonan bagi penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh telah dibuka oleh Kementerian Pengajian Tinggi Hadiah Latihan Persekutuan ini diberikan bagi mengikuti pengajian kursus kursus jangka panja...
Semakan Egtukar Bagi Sesi Januari 2023

Semakan Egtukar Bagi Sesi Januari 2023

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 271 hits
Semakan keputusan pertukaran antara bahagian antara negeri antara daerah dan dalam daerah kementerian pendidikan malaysia sesi januari 2023 boleh disemak melalui modul e gtukar seperti ketetapan berikut pertukaran antara bahagian antara neg...
Takwim Sekolah 2023 2024 Kpm Cuti Penggal Persekolahan

Takwim Sekolah 2023 2024 Kpm Cuti Penggal Persekolahan

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 552 hits
TAKWIM SEKOLAH SESI 2023 2024 CUTI PENGGAL KPM Untuk makluman semua takwim persekolahan dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator