Eoperasi Kpm Aplikasi Pangkalan Data Bagi Guru Dan Bukan Guru
eOperasi KPM - Aplikasi Pangkalan Data Bagi Guru Dan Bukan Guru (AKP) : Sepertimana yang kita maklum, aplikasi eOperasi ini telah lama wujud dan semua agensi pendidikan yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan menggunakannya. eOperasi merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan untuk menghimpunkan serta menyimpan data-data Guru dan AKP yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan.
Data yang terdapat dalam eOperasi adalah sulit dan tidak boleh disebarkan sesuka hati. Sebagai salah seorang penjawat awam di Kementerian Pendidikan, cik akak memang mempunyai akaun eOperasi ini.
eOperasi menyimpan segala data peribadi, keluarga, gaji dan elaun, tarikh perkhidmatan, kelayakan akademik dan pengalaman pekerjaan serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan pegawai tersebut.
Cara Login eOperasi KPMBerikut dikongsikan cara yang betul dan tertib untuk mengakses eOperasi.
Cara ini khas buat pengguna utama portal eoperasi iaitu pentadbir sistem dan pengguna (guru dan bukan guru)
Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)
Bagi mereka yang mahu login buat kali pertama, anda perlu membuat pendaftaran secara atas talian. Untuk informasi lebih lanjut korang boleh akses pautan ini >>https://www.portalmalaysia.com/eoperasi-kpm-login
Jika anda pengguna baru, ikuti langkah demi langkah di bawah.
Bagi pengguna pertama kali mendaftar anda perlu mengisi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan. Jangan lupa catat pada note anda supaya lebih mudah untuk ingat.Akhir sekali klik butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran seterusnya.Proses pendaftaran selesai. Anda perlu ikuti langkah seterusnya.
LOG MASUK sistem eOperasi. Pasti anda mengguna butiran pada pendaftaran pertama kali tadi. Sekiranya berjaya masuk login portal, mohon semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.Bagi memudahkan pengguna eOperasi, Panduan Manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah.
Jika terdapat maklumat tidak tepat , anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.
Hanya PK1/PK2/PK3 sahaja yang boleh mengemaskini data anda.
Sebarang pertanyaan atau masalah boleh terus hubungi Pentadbir Sistem melalui emel
[email protected].
Selain itu, maklumat berkaitan eOperasi ini juga boleh didapati pada laman web seperti berikut :
Portal Rasmi - https://www.portalmalaysia.com/portal-rasmi
Portal Malaysia - https://www.portalmalaysia.com
Jangan lupa share artikel ini bagi memudahkan bakal pengguna baru yang akan berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/09/eoperasi-kpm-aplikasi-pangkalan-data.html