Entri Buah Rambai Untuk Blogger Tari Lestari
Entri Buah Rambai Untuk Blogger Tari Lestari | Baru baru ini KakYa ada tulis satu entri berkaitan dengan Masak Lemak Kulit Rambai. Di bahagian komen entri tersebut ada satu komen dari blogger Tari Lestari pemilik blog Gadis cantuk.id . Beliau adalah blogger dari Indonesia. Menurut beliau di kampungnya di Blitar Jawa Timur tiada Buah Rambai dan beliau tidak tahu bentuknya seperti apa dan rasanya seperti apa. Merasa terpanggil dengan komen beliau mengenai Buah Rambai, harini KakYa luangkan masa buat sahabat blogger dari seberang ini untuk bercerita serba sikit mengenai Buah Rambai.
Buah Rambai Rambai (Baccaurea motleyana Mull) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari Keluarga Euphobiaceae yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Tanaman ini juga terdapat di Thailand, Filipina dan juga beberapa kawasan di Asia Tenggara. Di Malaysia terdapat 5 jenis Buah Rambai iaitu Rambai Telur, Rambai Hijau atau Rambai Lumut, Rambai Jantung, Rambai Langkawi dan juga Rambai Sarawak. Oh macam macam jenis rambai la yang ada. Tapi KakYa tak kenal pon nama nama Buah Rambai ni. Biasa kalau beli jer terus makan. Tak tahu pon ada nama hehehe
Ni la dia rupa Buah Rambai
Ni rupa isi Buah Rambai bila dah bukak kulit
Isi Buah Rambai yang telah dibuang kulit
Sumber Gambar: http://semuanyajdt.com/
Rasa Buah Rambai ada yang masam dan ada yang manis tetapi amat berkhasiat. Kulit buah rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa mujarab untuk menyembuhkan sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya
Seperkara lagi mengenai kulit buah rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus, kerana Buah Rambai memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari mengandungi serabut, gula, protin dan air
Manfaat Dan Khasiat Buah Rambai untuk Kesihatan Buah Rambai meskipun memiliki ukuran yang kecil, namun buah ini sangat kaya dengan kandungan nutrisi. Malah mengandung protein, sakarosa, air, serat, vitamin, dan berbagai macam mineral. Dengan semua kandungan nutrisinya tersebut, tentu saja Buah Rambai mampu memberi manfaat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh kita. Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat buah rambai untuk kesihatan kita :-
- Melancarkan Sistem PencernaanBuah Rambai mampu melancarkan sistem pencernaan. Ini kerana, Buah Rambai sangat tinggi dengan kandungan serat. Sepertimana yang kita tahu, serat merupakan nutrisi yang sangat penting dalam proses pencernaan tubuh badan
- Mencegah Terjadinya DehidrasiDehidrasi merupakan keadaan dimana tubuh mengalami kekurangan air. Kesannya, tubuh akan lemas, terasa sakit kepala dan boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri. Untuk mencegah hal ini terjadi, boleh juga cuba mengubati dengan makan Buah Rambai. Buah Rambai sangat kaya dengan air hingga mampu menambah cairan bagi tubuh dan mencegah terjadinya dehidrasi
- Menambah TenagaUntuk yang selalu aktif melakukan aktiviti harian yang memerlukan banyak tenaga, jangan lupa untuk mengamalkan pengambilan Buah Rambai secara rutin. Buah ini memiliki banyak vitamin, mineral, dan protein yang mampu memberi tenaga tambahan untuk tubuh. Dengan tenaga yang cukup, tentu saja kita dapat menjalani aktiviti dengan lebih bertenaga
- Mengubati Gatal-GatalMasalah gatal-gatal pada kulit secara tidak langsung juga dapat diatasi dengan menggunakan buah rambai. Cara untuk mendapatkan manfaat rambai ini pun cukup mudah. Haluskan beberapa buah rambai, lalu tempekkan pada kulit yang bermasalah.
- Sumber AntioksidanSiapa sangka Buah Rambai juga dapat dijadikan sebagai sumber antioksidan yang baik untuk tubuh badan manusia. Antioksidan yang dimiliki Buah Rambai akan membantu korang dalam menjaga kesihatan dan mecegah kesan buruk dari radikal bebas yang berasal dari asap, debu, ataupun sinar matahari
- Mencegah Penyakit KanserPenyakit Kanser juga dapat dicegah dengan kerap mengamalkan pengambilan Buah Rambai secara rutin. Tentu ini perkara yang tidak mustahil terjadi. Hal ini kerana, Buah Rambai memiliki kandungan antioksidan di dalamnya. Antioksidan tersebut dapat mencegah kesan buruk dari radikal bebas yang kerap menyebabkan kerosakan DNA dan menyebabkan kanser
- Sangat Baik Untuk Penderita DiabetesBuah Rambai sangat baik untuk diamalkan oleh penderita diabetes. Korang tak perlu takut kadar gula akan naik kerana buah ini rendah kandungan gula. Sebalinya, kandungan serat dan berbagai nutrisi lainnya akan membantu korang dalam menjaga serta meningkatkan kesihatan
- Nutrisi Bagi Ibu Hamil Saat hamil, ibu boleh mengamalkan makanan-makanan yang bernutrisi, seperti Buah Rambai . Ini kerana buah ini sangat kaya dengan kandungan nutrisi yang dapat menjaga kesihatan ibu dan menyokong pertumbuhan janin di dalam kandungan. Selain itu, buah ini juga membantu menambah tenaga dan tenaga ekstra untuk si ibu yang sedang mengandung
- Menjaga Kesihatan KulitManfaat Buah Rambai yang seterusnya adalah dapat membantu menjaga kesihatan kulit secara natural. Ini terjadi kerana Buah Rambai sangat kaya dengan kandungan vitamin dan mineral di dalamnya. Kandungan vitamin dan mineral tersebut akan memberi sumber nutrisi pada kukit korang dan mencegah dari penuaan
Ok ini saja serba sedikit yang boleh KakYa kongsikan mengenai Buah Rambai untuk sahabat blogger Tari Lestari. Semoga bermanfaat buat kamu ya. Lepas ni harap harap kamu sudah kenal Buah Rambai ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2020/08/entri-buah-rambai-untuk-blogger-tari-lestari.html