Entah Entah Jodoh Kita Adalah Seseorang Yang Telah Lama Cintakan Kita Dalam Diam Atau Jodoh Kita Adalah


 

 Selalunya apabila pasangan lelaki dan perempuan bercinta, pasti mengharapkan hubungan yang dibina akan kekal dan sampai ke jinjang pelamin
 Namun, bagaimana pula seandainya hubungan yang dibina tidak berkekalan, usah bersedih, yakinlah dengan jodoh yang telah Allah tetapkan
 Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita. Percaya atau tidak, sebenarnya jodoh yang kita cari berada berdekatan dengan kita. Kita mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu satu hari nanti kita akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan kita. Bahkan kita akan jatuh cinta dengan seseorang yang kita kenal suatu masa dahulu
 Tak sangka kan..
 Kuasa Allah ini besar
 Kita cari jodoh jauh-jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita
 Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh kita adalah daripada kenalan kita suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara kita yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh
 Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk kita tetap juga sampai nanti
Sebenarnya jika kita perhatikan betul-betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ini.  Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita
 Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita, ia tetap menjadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah
 Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi. Baiklah, sekarang adalah situasi di mana kita sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Kita sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama-sama
 Tidak dinafikan pasti wujud konflik di saat ini kan..
 Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang akan datang untuk menguji cinta kita kan..
Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan
 Ketidak percayaan mula timbul dan mengeruhkan hubungan kita. Di sinilah sebenarnya kita kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat berputus asa
Okay, jika kita berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk kita.  Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan
Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah-olah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Kita pula dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan kita berdua kembali seperti dulu lagi. Malah, mungkin semakin memahami dan bahagia
 Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan kita rasa putus asa, Allah akan tunjukkan kita jalan untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh kita kuat bersama si dia
InsyaAllah, banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan
 Jangan sesekali mudah mengalah. Apa-apa pun ia bergantung pada sikap kita sendiri. Jika kita jenis yang cepat putus asa dan mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh..
 Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita, ia pasti milik kita..
 Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah lama berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin..! Itu juga namanya jodoh
 Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita. Mungkin Allah mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing-masing dan menguji rasa cinta antara kita
 Hakikat ayat ini, "Kalau dah jodoh, ia tetap jodoh" sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang yang kita cintai
Tapi bersangka baiklah kepada Allah
 Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk kita. Tidak mudah untuk kita perlu menjadi seorang yang sangat kuat dan tabah
 Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh kita, 
tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan kita. Tetapi, jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik kita
 Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah, Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba-Nya
 Mintalah kepada-Nya sedikit kebahagiaan. InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah Solat Istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu kita dalam membuat keputusan
 Jika kita dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk kita, terimalah dengan sabar dan ikhlas.  Memang sukar tetapi Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang kita rasa sekarang adalah bayaran untuk kita di masa akan datang nanti, insyaAllah
 Jangan serahkan pada takdir semata-mata. Soal jodoh memang milik Allah, tetapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata, jodoh tidak perlu dicari, tetapi ia akan datang sendiri
 Benar,Tapi tetap juga kita perlu berusaha
 Bagaimana..
 Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan, asalkan kita tahu batas-batasnya dan luaskanlah pandangan terhadap kehidupan
 Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh kita sudah ditentukan
 Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jagabatas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil kita akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamal sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin kita adalah seorang lelaki yang meminati seorang gadis dalam diam. Kita mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang kita perlu lakukan..? Duduk diam..? Salah tu
 Sekurang-kurangnya, kita harus mencuba. Belum cuba, belum tahu kan..
 Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersamanya selama-lamanya..
 Jadi, jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini
 InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu
Jangan awal-awal dah putus asa
 Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak
 Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta itu, jagalah elok-elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku
 Walau apa berlaku sekali pun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga kita
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi kita dah dapat, kenapa nak sia-siakan..
 Jaga hubungan elok-elok
Hargai apa yang kita ada sekarang
 Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah
Takdir memanglah takdir, tapi usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba
 Allah tidak kejam
Dia Maha Menyayangi
Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua
InsyaAllah..
Sebab itulah kita jangan mudah berputus asa dalam percintaan. Kekecewaan dan kesedihan adalah lumrah dalam kehidupan
 Jangan sesekali menyeksa diri sendiri kerana gagal dalam percintaan. Jadilah seorang manusia yang ada pegangan
 Ingat, JODOH ITU RAHSIA ALLAH, kita sebagai manusia hanya perlu berusaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2023/07/Entah-entah-jodo-kita-adalah-seseorang-yang-telah-lama-cintakan-kita-dalam-diam-atau-jodoh-kita-adalah....html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilih Yang Lebih Baik Atau Gabungan Yang Lebih Baik Yang Masih Sombong Dan Nak Kekalkan Budaya Lama Ketepikan

Pilih Yang Lebih Baik Atau Gabungan Yang Lebih Baik Yang Masih Sombong Dan Nak Kekalkan Budaya Lama Ketepikan

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 187 hits
Ramai tanya saya kalau taknak undi UMNO adakah kita nak kena undi Bersatu Jawapan saya dalam konteks politik negara kita tiada suatu parti pun yang boleh claim mereka BERSIH Juga dalam konteks politik negara yang tengah fluid banyak parti t...
Merancang Kehamilan Anak Lelaki Atau Perempuan

Merancang Kehamilan Anak Lelaki Atau Perempuan

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 222 hits
Assalamualaikum wbt MasyaAllah tabarokallah Allahuakbar hari ini baru Wawa terdengar kisah merancang kehamilan melalui bulan persenyawaan mengikut umur ibu Sesungguhnya rezeki anak samada perempuan atau lelaki adalah pemberian Allah swt Sem...
2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu

2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 304 hits
2 Marhalah Bersamaan Berapa Kilometer Atau Berapa Batu Selalu kita tertanya tanya tentang marhalah ni bila kena outstation dan nak kena jaga solat fardhu Begitu juga bila balik kampung yang jauh merentasi negeri Jadi dalam perkongsian dalam...
6 Cara Aman Pakai Baju Putih Biar Awet Tahunan Putihnya Dipakai Ngampus Atau Jalan Pd Saja

6 Cara Aman Pakai Baju Putih Biar Awet Tahunan Putihnya Dipakai Ngampus Atau Jalan Pd Saja

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 358 hits
Baju putihmu menguning di bagian ketiak Atau masih aja pakai pemutih saat mencucinya Helooo kamu kemana aja
Hiburan Buat Anak Sendiri La Bro Wanita Sindir Sambut Hari Bapa Bersama Anak Tiri Caprice Tak Diam Diri

Hiburan Buat Anak Sendiri La Bro Wanita Sindir Sambut Hari Bapa Bersama Anak Tiri Caprice Tak Diam Diri

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 215 hits
Penyanyi Caprice baru baru ini tidak ketinggalan menyambut sambutan Hari Bapa yang diraikan pada tanggal 18 Jun lalu Menerusi media sosial penyanyi lagu Baby Sayang ini dia dilihat memberikan ucapan Hari Bapa kepada semua insan bergelar bap...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online